in ,

Teater Muzikal Sirah Junjungan: Berat Tetapi Mengesankan

Budiey baru sahaja pulang daripada menonton sebuah teater muzikal Islamik SIRAH JUNJUNGAN yang diadakan di Istana Budaya. Teater yang dipersembahkan bermula malam ini (19 – 23 Mac 2008) adalah hasil nukilan skripnya oleh pelakon dan pengarah popular Erma Fatima. Satu naskah yang ringkas padat dengan elemen seni tarian, muzik, nyanyian dan lakonan tetapi kerjanya penuh dengan ketelitian. Bukan mudah untuk menceritakan kembali sejarah Islam yang mempunyai fakta dan memerlukan sumber yang sahih. Bagi Erma itu satu cabaran besar dan amat berat.

Apa yang korang perlu tahu tentang teater Sirah Junjungan:

  1. Pengarah muzik untuk teater ini ialah Eddie Marzuki. Ini kali pertama Budiey mendengar garapan beliau di IB.
  2. Budiey ingin memuji pereka kostum iaitu FIFI yang berjaya memberikan suntikan dalam setiap rekaan menjelmakan kembali suasana di zaman itu.
  3. Menggunakan narator (pencerita) supaya senang difahami oleh penonton.
  4. Norish Karman turut berlakon memegang watak Saiyidatina Siti Khadijah RA yang dilangsiri supaya tidak dijelmakan kepada umum.
  5. Untuk dialog Nabi Muhammad tiada watak atau pelakon digunakan kerana ini menyalahi syariat begitu juga dengan beberapa watak yang lain. Ianya cukup sekadar suara yang dirakam terlebih dahulu.
  6. Ianya diangkat ke pentas Istana Budaya oleh Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia menggabungkan elemen muzik, tarian, lakonan dan nyanyian.
  7. Menjelmakan keindahan estetika seni prob purbakala dari zaman jahilliah dan keseniaan Islam.
  8. Fakta sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad dirungkaikan secara ringkas dari zaman kelahiran Rasullullah hingga kewafatannya.
  9. Menggunakan khidmat pelakon bukan Islam seperti Wong Sip Nen membawa watak Umaiyah Khalaf yang katanya pertama kali beraksi di pentas sebesar ini juga Jeganathan yang membawa watak Abu Sufyan dan Ketua Quraisy.
  10. Sebelum Jamal Abdillah, katanya Akhil Hayy adalah nama yang disenaraikan untuk menjadi penyanyi utama teater ini.

Sesungguhnya, Budiey pun bersetuju bahawa teater yang berbentuk sejarah Nabi Muhammad SAW ini begitu berat. Berat dari segi tema, berat dari segi pembikinan dan juga penyampaian. Bukan apa, tersilap sedikit, pasti akan mencetuskan kontroversi. Malah, Erma Fatima ketika ditemui sejurus selepas persembahan malam tadi mengatakan skrip ini terlebih dahulu ditapis oleh JAKIM dan teater ini masih lagi dipantau oleh pihak JAKIM setiap malam bagi memastikan teater ini menepati segala peraturan yang ditetapkan. Segalanya dibuat dengan penuh teliti dan hati-hati.

Keseluruhannya, Budiey rasa teater muzikal yang dilakonkan oleh Azri Iskandar, Aman Graseka, Elly Suriati dan dijayakan dengan nyanyian oleh Jamal Abdillah dan Salleh Brothers ini amat memberi kesan mendalam. Ramai yang mengalirkan air mata di dewan Panggung Sari pada malam tadi rasanya. Bertepatan sekali dengan sambutan Maulidur Rasul, teater ini dapat mengembalikan kerinduan kita kepada sejarah Islam khususnya sejarah Nabi Muhammad SAW.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada Erma Fatima kerana berjaya menjadikan teater ini satu realiti. Ini adalah kali pertama Budiey menonton teater berbentuk Islamik yang begitu mengesankan dalam jiwa. Di saat lafaz bait selawat dilagukan beramai-ramai sebagai penamat teater tadi, air mata seakan ingin bercucuran keluar dari kelopak mata.

Nyanyian Jamal Abdillah mengalunkan lagu-lagu nasyid dan selawat Nabi memang menyentuh jiwa. Tidak pernah dengar Jamal nyanyi lagu nasyid dan pada malam tadi ternyata, suara Jamal memang sesuai untuk lagu sedemikian. Namun, Budiey rasa Jamal Abdillah semacam tidak all out pada malam tadi kerana ada part yang beliau terlupa lirik. Nyanyian Salleh pula memang sempurna dengan lenggok dalam irama nasyid sudah menjadi darah daging penyanyi nasyid ini.

Siap tadi, Azri Iskandar pun minta Jamal Abdillah sign autograph tu. Bulan depan Jamal Abdillah akan perform kat Pusat Konvensyen pula.

Ramai tetamu VIP yang hadir pada malam pertama tadi. Antaranya Wakil Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali yang khabarnya pertama kali menjejak kaki di Istana Budaya. Tahniah atas kemenangan di bahagian Titiwangsa Dr! Ini dia gambar Dr Lo’lo’ bersama pengarah Erma Fatima.

Lakonan Elly Suriati agak mengesankan walaupun memegang watak jahat iaitu Hendon. Ada babak-babak yang sangat berat di mana watak ini terpaksa melakukan satu kerja yang sukar. Apakah kerja yang sukar itu, anda kena pergi beli tiket dan saksikan sendiri teater ini.

Kepada semua pembaca Sensasi Selebriti, Budiey ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga ukhuwah antara kita tetap terjalin walaupun kebencian kalian masih ada dalam hati. Semoga detik keramat ini mengingatkan kita tentang kerinduan pada yang Satu. Selamat bercuti semua!

[tags]teater muzikal, sirah junjungan review, pak dini, mp3 pak dini, ringtones, erma fatima bertudung, norish karman, gossip man bai, juhari shaarani, keep bleeding, mastercare, ulasan teater muzikal, lagu jamal abdillah[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Penyanyi Popular Tak Subur?

Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya