Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Teater Lorong Blues



Teater ini diadakan buat kali kedua. Pementasan teater “ LORONG BLUES”  yang diadakan di Stor Teater DBP pada  tahun 2007 telah  mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton yang hadir. Berikutan dengan itu, Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) ingin mengambil inisiatif untuk membawa pementasan ini sekali lagi agar ianya dapat dikongsi bersama.

Rata-rata komen dan ulasan yang diterima dari orang ramai mengatakan Teater “Lorong Blues” ini memberikan satu definasi baru dalam industri teater Melayu tanah air di mana masih mengekalkan bahasa yang indah dengan mesej-mesej padat bersertakan dengan lakonan yang bermutu. Ini telah membangkitkan keprihatinan ramai pihak yang sebelum ini tidak memandang serius terhadap teater Melayu yang berskala kecil seperti ini.

Teater : Lorong Blues
Arahan : Hajjah Fauziah Nawi
Tarikh : 24 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009 (kecuali 31 Julai 2009)
Tempat : Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Masa : 9 malam
Tiket : RM 30, RM 20(Pelajar)
*Persembahan untuk 15 tahun ke atas
Pertanyaan, sila hubungi Farah (012 6170697)
Blog STEFANI : www.akulahrawana.blogspot.com

Sinopsis Teater Lorong Blues
“LORONG BLUES” mengisahkan pertembungan beberapa watak yang cuba melarikan diri dari kenyataan pahit kehidupan yang sememangnya penuh dengan ranjau dan duri. Masing masing cuba melarikan diri dari “blues” yang melanda diri akhirnya terkepung di lorong semasa melarikan diri dari serbuan anggota keselamatan.

Dalam kekalutan mereka mula menuduh sesama sendiri. Mereka berkenalan dan dari pertukaran pengalaman mereka mula mengenal wajah sendiri. Kecederaan salah seorang kerana tertembak sewaktu melarikan diri menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan. Menyelamatkannya bererti merisikokan mereka untuk diberkas oleh pihak berkuasa yang sedang mengepong.

“LORONG” yang  bermula waktu tengah malam berakhir di waktu azan subuh bergema , penuh dengan  tragedi kehidupan manusia yang tidak akan pernah berakhir, selagi dunia ini terus berputar. 

Barisan Pelakon:
Ungku Hariz Faizal, Raja Amy Shahril, Raihan Jamil, Ard Omar, Mohd Zaki, Mohd Nor Hafiz, Adrina Badri, Farah Ahmad, Syalizawani Ramlan, Chie Azim

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teater KLku… Kuala LumpurKu Arahan Fauziah Nawi
  • Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan
  • Teater Topeng-Topeng Karya Baha Zain @ DBP
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Warner Presents Original Album Series
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Teater Malam 7 Drama 7 Duri di Stor DBP
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK