Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Teater Kanak-Kanak Aladdin Faizal Ismail & Erma Fatima di IB



Sinopsis Teater Kanak-Kanak Aladdin
Aladdin adalah sebuah cerita yang popular di Timur dan barat mengenai perjalanan hidup seorang anak jalanan. paparan utamanya mengenai kisah cinta dan fantasi Aladdin dengan seorang Puteri yang cantik jelita. kembara Aladdin telah menemukannya dengan Jin yang memiliki ilmu sihir. Teater ini memberikan jawapan terhadap kisah cinta Aladdin dan Sang Puteri Jelita.

Para Pelakon:
Mohamad Faizal Ismail (FBI) sebagai Jin
Erma Fatima sebagai Ahli Sihir
Mohammad Ammal Shafiq Osman sebagai Aladdin
Nur farina Nadia sebagai Puteri Jasmin
Saiful Azlan Saiful Annuar sebagai Belang
Nick Amirul Harith Nick Hamasholdin sebagai Si Tikat Terbang
Syamsul Izzat Haziq Rahizadsebagai Abu
Mikhail Merican Mohd Halim sebagai Raja

Tenaga Produksi:
Aminah Rhapor – Penulis Skrip
Norzizi Zulkafli – Pengarah
Mohd Shahrul Mizad Ashari – Penolong Pengarah
Datuk Suhaimi Zain – Pengarah Muzik
Irwan Ismadi Shahrim – Pengarah Artistik
A.Aris A. Kadir – Pengarah Tari

Ulasan Teater Kanak-Kanak Aladdin
Dari tenaga produksi Siti Di Alam Fantasi, maka lahirlah satu lagi epik pengembaraan yang mengagumkan, Aladdin. Satu teater yang cukup memberikan satu kelainan dan membuatkan anda terpesona dengan hasil dari produksi ini.

Teater muzikal kanak-kanak hasil produksi Istana Budaya mengetengahkan hampir 60 orang kanak-kanak berusia seawal enam tahun hinggalah kepada dua belas tahun. Bagi menambahkan germerlapan teater ini, pengarah telah mengundang Faizal Ismail dan juga Erma Fatima akan menyerikan lagi persembahan.

Aladdin menjanjikan satu kelainan berbeza dengan persembahan tahun lepas. Dari sudut jalan cerita, gerak tari, nyanyian hasil nukilan Pak Ngah, yang cukup mengasyikkan dan pasti tidak dapat dilupakan. Anda perlu menyaksikan, untuk merasai pengalamannya. Ini peluang untuk bersantai bersama keluarga.

Aladdin akan memukau di Istana Budaya pada 11 hingga 18 Disember 2007. Tiket-tiket berharga RM20, RM30 dan RM 50 boleh didapati sekarang di kaunter tiket Istana Budaya. Bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, diskaun sebanyak 50 peratus dari harga tiket diberikan.

Alamilah Dunia Fantasi Yang Pasti Memukau, Aladdin.

Apa Yang Menariknya Teater Ini?

  1. Selain menjadi arahan pertama Norzizi Zulkifli, teater ini dinantikan akan menguji sejauh mana bakat Faisal Ismail, pengacara Muzik-Muzik yang pertama kali berlakon teater.
  2. Ada babak permaidani terbang yang akan ditonjolkan dalam pementasan teater kanak-kanak ini kerana ia antara keunikan dan keistimewaan Aladdin. Untuk merealisasikan babak itu Istana Budaya melantik tenaga pakar holografik dan animasi bagi menghasilkan babak Aladdin terbang di atas permaidani magisnya itu. Sudah tentu semua elemen magis itu ditampilkan kerana ia antara keistimewaan Aladdin. Pihak Istana Budaya katanya akan menyewa kelengkapan khas dari sebuah produksi yang menyediakan kemudahan ini selain turut menggunakan tenaga pakar.
  3. Cerita ini sarat dengan unsur magis dan untuk mempersembahkannya di pentas bukanlah satu kerja yang mudah.
  4. Setiap helah magis dilakukan menggunakan mesin. Apabila mengaitkannya dengan sistem auto, apa-apa saja boleh berlaku.

Aladdin boleh terbang macam Peter Pan tak?

[tags]Teater Kanak-Kanak Aladdin, Istana Budaya, Faizal Ismail, gambar fiq hot fm gay, foto irwan ismadi, erma fatima berlakon teater, senarai harga tiket teater, istana budaya map, peta kuala lumpur, vote, sms greeting deepavali, kursus kahwin, wedding skills, penis enlargement, sinopsis teater, green wood, bad hair style emma watson, rihanna, mp3 rihanna umbrella, lagu kru ciplak[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Erma Fatima, Faizal Ismail di Teater Aladdin
  • Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin di Istana Budaya
  • Tiket Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad Laris
  • TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD LAKONAN RAJA AZURA
  • Syadhia Hos Haiwan Teladan 3
  • TV3 Kids Parade Bertemakan Persahabatan
  • Pengarah A. ARIS A. KADIR Graduan Tari dari ASWARA
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • MUHAMAD HURAIMI HILMAN MOHD HUSRI



  • 7 Komen untuk entri “Teater Kanak-Kanak Aladdin Faizal Ismail & Erma Fatima di IB”

    1. onn kata:

      saya ingin tahu berapa harga untuk orang dewasa dan budak berumur 9 tahun, 7 tahun dan 4 tahun. terima kasih dan saya cadangkan Teater Kanak-Kanak seperti ini patut diadakan setiap cuti sekolah dengan harga yang berpatutan ini akan mengalakkan kanak-kanak meminati muzik teater

    2. alif aiman kata:

      saya seronok menonton teater ALLADDIN kalau boleh hantarkan gambar pelakon-pelakon teater pada email saya terima kasih

    3. onn kata:

      saya ingin cadangkan harga tiket untuk budak sekolah RM5.00 dibawah umur 12 tahun ini bertujuan mengalakkan Teater Kanak-Kanak seperti ini dapat sambutan pada setiap cuti sekolah dengan harga yang berpatutan ini akan mengalakkan keluarga membawa anak-anak yang meminati muzik teater berkunjung ke balai budaya pada setiap cuti sekolah dan juga saya cadangkan diskaun 50% sekiranya keluarga itu membawa anak-anak mereka
      RM10.00, RM30.00 dan RM50.00 dari harga tiket diberikan

    4. mamarina kata:

      Saya sudah menonton teater aladdin ni pada 16hb malam.. sungguh seronok dan semua hebat2 belaka..watak yang paling saya & anak2 suka ialah SI BELANG lakonan adik saiful azlan..sungguh comel & berbakat..suka sangat bila adik saiful buat muka kucing manja…comelnyerrrrrrrrr

    5. sha@aswara kata:

      bagi saya, teater ini adalah teater kanak-kanak yang paling menyeronokkan dan hebat. ini adalah kerana teater ini banyak menggunakan perubahan pentas dan juga lagu-lagunya amat menarik. bagi saya, bukan senang untuk mengajar kanak-kanak di dalam bidang lakonan, ia mengambil masa yang lama untuk menjadikan teater ini terbaik. walaubagaimanapun teater ini bagi saya adalah yang terbaik. bagi saya, siapa yang tidak menonton teater ini amat rugi.

    6. patung pencerita kata:

      tahniah!!
      sebab teater ni berjaya dengan suksesnyer!!
      saye salah seorg pelakon teater ini dan sangat gembira dgn tunjuk ajr yg diberikan oleh cikgu aris KAdir,cikgu zizi,cikgu ijat dan semuanya lar,
      mama erma dan abg faizakl memamg sporting, friendly dan baik dgn kami..
      tak sia2 saya pegi ker ujibaktnyer dulu.pengalaman yg di perolehi memang berharga,!!!

    7. puteri jasmine kata:

      terima kasih kerana kamu semua menonton teater aladdin pada 2007 segala tunjuk ajar dari cikgu zizi,cikgu aris, dan cikgu ijat thanks banyak2

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK