in

Teater Bawa Isu Pembuangan Bayi

Teater Bawa Isu Pembuangan Bayi

Rumah Anak Teater dan Revolution Stage akan mementaskan teater yang berkisar mengenai kisah percintaan pasangan yang berasal dari latar belakang keberadaan yang berbeza dan tidak mendapat retu daripada keluarga. Selain itu, isu lain yang dibangkitkan ialah mengenai pembuangan bayi yang banyak berlaku di Negara kita sekarang ini.

Sejak lima tahun yang lalu, perangkaan yang diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, terdapat 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi.

Mengikut perangkaan yang dilaporkan Bernama di Dewan Rakyat 7 April yang lalu, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 105 kes.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

Menurut Menteri Datuk Seri Senator Shahrizat Abdul Jalil, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat.

Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan, katanya.

Justeru, atas kesedaran tersebut, pementasan ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran agar statistik tersebut dapat menjadi iktibar dan perhatian orang awam dan seterusnya perangkaan tersebut tidak menunjukkan peningkatan lagi pada tahun yang mendatang.

Teater SeNaPas (Sejarah Nasib Lepas) akan dipentaskan pada 15-18 September 2011 pada jam 8.30pm di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Rujukan lain: www.rumahanakteater.blogspot.com

IMG_5605

IMG_5613

IMG_5619

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Taps Into Wider Consumer Market

Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta