in

Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala Anjuran JKKN

Siri Semarak Bangsawan 2014 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melabuhkan tirai dengan Pementasan Bangsawan Sinbad “Dendam Ratu Kala” yang akan dipentaskan oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada 7 – 9 November 2014 bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Semarak Bangsawan yang telah diadakan oleh JKKN bermula Mac – November 2014 telah Berjaya mengetengahkan bakat-bakat baru dan 8 kumpulan yang terpilih mempunyai potensi dalam memelihara dan memulihara Teater Bangsawan yang kian lenyap dengan cabaran menempuhi era globalisasi dan penuh dengan budaya luar yang menular dan meresapi seni budaya Malaysia tanpa kita sedari.

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala Janji Keunikan Dalam Teater Bangsawan

Sebanyak 8 kumpulan teater telah berjaya mementaskan Teater Bangsawan tahun 2014 dengan jayanya seperti Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek) yang membawa Bangsawan Kemala Sakti Kesuma Ningrat arahan Zack Zaideen, Seri Bangsawan USM yang mementaskan Jula Juli Bintang Tujuh arahan Dr. Abd. Samat Salleh, Kumpulan Bangsawan Seri Kedah membawa Bangsawan Puteri Selindungan Bulan arahan Morad Ibrahim, Persatuan Teater Malaysia mementaskan Bangsawan Bidasari arahan Rosli Rahman Adam, Persatuan Bangsawan Bintang Timur membawakan Bangsawan Mahsuri arahan SN Hj. Abd. Rahman B, Persatuan Alumni ASWARA membawakan Bangsawan Badang arahan M. Nasri Ayob, Opera Sri Bandaraya DBKL membawakan Bangsawan Merong Mahawangsa arahan Raja Azrey dan Bangsawan Grand Opera JKKN akan membawakan Bangsawan Sinbad arahan Rosnan Rahman.

Menurut Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN, Manifestasi Bangsawan Kebangsaan (Semarak Bangsawan) merupakan acara tahunan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. Seni bangsawan pernah mengecapi zaman kegemilangannya pada awal abad-20, kini hampir lenyap dan pupus. Situasi negara yang semakin maju dengan kewujudan pelbagai teknologi canggih dan terkini telah menjadikan seni bangsawan seolah-olah terpinggir. Justeru bagi memelihara, memulihara dan membangunkan kembali seni bangsawan pada kedudukannya yang wajar, program Semarak Bangsawan diperkenalkan. Program Semarak Bangsawan merupakan salah satu program Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini dianjurkan bertujuan untuk memartabatkan seni persembahan bangsawan di samping menarik minat dan memperkenalkan masyarakat terhadap teater bercorak bangsawan masa kini.

Sebelum Siri Semarak Bangsawan 2014 melabuhkan tirai, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada persatuan teater, badan bukan kerajaan dan khalayak yang terus menyokong seni dan budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Bangsawan Grand Opera JKKN akan mementaskan Teater Bangsawan Sinbad “Dendam Ratu Kala”. Keunikan dalam Bangsawan ini ialah pelakon-pelakon yang akan beraksi di dalam pementasan bangsawan ini ialah terdiri daripada Pengarah, Penolong Pengarah, Pegawai, dan kakitangan JKKN yang akan mempamerkan bakat yang terpendam di dalam dunia lakonan teater. Pengarah Teater Bangsawan Sinbad merupakan Pengarah Bahagian Pengembangan Budaya, En. Rosnan Nordin. En.Rosnan Nordin adalah seorang yang tidak asing lagi dan beliau selalu dilantikan menjadi Pengarah Persembahan dalam aktiviti-aktiviti JKKN di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Menurut Rosnan, kali ini JKKN ingin menampilkan bakat-bakat yang terpendam di kalangan Pegawai dan Kakitangan JKKN yang julung-julung kali diadakan. Kebiasaannya, mereka ini akan berada di belakang tabir seperti teknikal, menjaga susunan persembahan, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya dan kali ini peluang yang ada meraka telah menggunakan sebaik mungkin bagi menyemarakkan seni Teater Bangsawan. Menurut beliau lagi, ada dikalangan pegawai dan kakitangan JKKN ini merupakan bekas pelajar dan ahli persatuan kebudayaan Universiti dalam bidang seni seperti ASWARA, UiTM, UMS, UNIMAS, UKM dan sebagainya. Oleh itu, pementasan kali ini ibarat “Lepas Geram” kepada Pegawai dan Kakitangan JKKN setelah sekian lama mereka tidak bergiat dalam pementasan. Keunikan yang ditonjolkan dalam pementasan ini ialah unsur Kekaguman seperti terdapatnya elemen tarian, nyanyian dan lakonan, penggunaan Skrin LED dan visual bagi menggantikan Mahkota Alam dan Sibeng serta penggunaan elemen-elemen bakat luar biasa.

Bangsawan Sinbad kali ini merupakan kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa”. Khalayak yang pernah menonton Bangsawan Sinbad pada tahun 2009, akan melihat sambungan kepada konflik Sinbad “Batu Permata Dewa” dalam Sinbad “Dendam Ratu Kala” yang akan dipentas pada tahun ini.

Sinbad “Dendam Ratu Kala” mengisahkan apa yang telah terjadi selepas kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya.

Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.

Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang. Mereka selamat mendarat di Alam Sihir.

Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.

Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala. Untuk kisah selanjutnya para peminat bangsawan bolehlah menonton Bangsawan Sinbad “Dendam Ratu Kala” ini akan diadakan pada 7-9 November 2014 mulai jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Tiket-tiket telah mula dijual dengan harga RM5 dan RM50 (Primier). Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 03-26148200 atau FB Fanpage: mysenibudaya atau layari laman sensawang JKKN di www.jkkn.gov.my.

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BTS Performing for One Night at The Star Theatre Singapore

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Festival Teater Malaysia 2014