in

Team Ajieb Rosdi Menang Pertandingan Tarian Di Korea Selatan

Anak Malaysia yang sedang menanti masa untuk melancarkan album K-Pop di Korea Selatan iaitu Ajieb Rosdi baru saja melakar sejarah baru apabila meraih gelaran juara dalam dua pertandingan tarian peringkat antarabangsa di Korea Selatan, hujung minggu lalu.

Artis dibawah pengurusan syarikat dari Korea Selatan iaitu Blessync Media yang kini membawa nama Hyun Min telah menyertai pertandingan tersebut dalam kumpulan Gamja Performances.

Melalui pertandingan 31th Dance competition of Republic of Korea dan 45th National Dance competition yang masing-masing diadakan pada 28 dan 29 June bertempat di Seoul Kyo Yuk MunHwa HoeKwan Theater, kumpulan Ajieb berjaya meraih juara dalam kategori moden dan Jazz.

Ajieb

Mereka berjaya membawa pulang sebuah trofi dan sijil penyertaan serta hadiah sampingan yang lain bagi kedua-dua pertandingan. Pengajur bagi 31th Dance competition of Republic of Korea adalah The world association for art or exchange organization. Manakala pengajur bagi 45th National Dance competition ialah The Korea Association of Dance.

Kedua-dua pertandingan ini mendapat penyertaan lebih 150 peserta yang mana Ajieb merupakan peserta tunggal bukan warganegara Korea Selatan. Dalam pertandingan tersebut, ia telah diadili oleh pensyarah dan profesionalis dari Universiti terkenal di Korea Selatan.

Selain Ajieb atau kini lebih selesa dipanggil Hyun Min di Korea Selatan, krew Gamja Performance yang dilatih oleh Hyuk-jin Kwon disertai oleh Seung-an Jung, Yung-gil Jung, Hee-sung Chun, Jun- su Oh, Kyoung-sik Park, Ji-eun Sim, Mi-jin Kwon dan Gyu-bum Ma.

Pengarah Gamja Performances, Jin Kwon berkata Hyun Min banyak membawa tuah dalam kumpulan ini untuk meraih juara.

“Hyun Min mempunyai emosi yang baik dalam persembahan. Dia memberi banyak ruang untuk setiap ahli bernafas dengan lebih luas lagi. Dia mempunyai magis di pentas yang tidak dimiliki krew yang lain.

“Dia mendapat perhatian lebih apabila dia mula melangkah di pentas. Terus-terang, saya dan ahli Gamja Performances yang lain merasakan dia sangat profesional. Sepanjang dua bulan latihan, dia tetap teguh berlatih walaupun kami tahu dia mempunyai masalah dengan jadual latihan yang lain.

“Dia seorang yang jujur apabila melakukan persembahan. Dia adalah lelaki yang tidak kenal erti putus asa. Kami berharap Hyun Min terus bersama kami untuk pertandingan dan persembahan akan datang. Kami mendoakan Hyun Min menjadi penyanyi K-POP terkenal selepas dia debut di sini nanti,” kata Jin Kwon yang terharu dengan komitmen Hyun Min.

Selepas pertandingan ini, Gamja Performances telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di Jeju Island pada 30 Ogos 2014 sempena Jeju Beach Salsa Festival. Dalam pada itu, mereka juga bakal bersiap sedia untuk sebuah lagi pertandingan yang terbesar di Korea iaitu Cheonan Festival Dance Contest pada Oktober nanti.

Sebelum ke pertandingan ini, Gamja Performance pernah mengadakan persembahan di China. Malah, mereka berminat untuk mengadakan persembahan di Malaysia seandainya ada pihak berminat mengundang mereka disebabkan Hyun Min berasal dari Malaysia.

Bagaimanapun, penyertaan Hyun Min dalam pertandingan akan datanag masih belum pasti lagi dan tertaluk kepada pengurusannya Blessync Media yang kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan lagu K-Pop Hyun Min dengan kolaborasi bersama bintang K-Pop terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Dapatkan perkembangan terbaru Hyun Min di laman twitter @HyunMinAjieb atau laman Insta AjiebRosdi.

Anda juga boleh menyertai kelab peminat Ajieb di facebook beralamat Best Friend Ajieb (BFA). Bagi peminat di Korea Selatan, Kelab Peminat Ajieb juga telah ditubuhkan dalam laman Naver.com atas nama MinNieStar.

Ajieb

Ajieb

Ajieb

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi & Adira Meriahkan Muzikal Taman Rohani

Sharifah Aini Dimasukkan Ke Wad ICU Akibat Paru-Paru Berparut