in

Tayangan Perdana Di HBO Sempena Tahun Baru Cina

Nikmati cuti panjang hujung minggu Tahun Baru Cina dengan barisan filem blockbuster Hollywood baru yang ke udara pada pertama kali di televisyen Asia hanya di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) jam 9 malam setiap hari dari 6 hingga 10 Februari.

Filem calon Oscar dan diarah oleh Angelina Jolie, Unbroken, memulakan tawaran khas ini pada Sabtu 6 Februari, diikuti oleh filem komedi aksi hidup/animasi komputer, Paddington pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, filem yang berjaya meraih kutipan ketiga tertinggi di seluruh dunia tahun 2015, Furious Seven, dibintangi Vin Diesel dan mendiang Paul Walker akan disiarkan pada jam 9 malam di HBO, manakala filem komedi, Dumb and Dumber To, dibintangi Jim Carrey dan Jeff Daniels dapat disaksikan pada hari kedua.

Penutup barisan filem lima hari berturut-turut ini adalah pada 10 Februari, filem thriller fiksyen sains, Project Almanac.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang filem-filem tersebut.

Unbroken
Sabtu, 6 Februari, 9 malam
Jack O’connell, Miyavi, Domhnall Gleeson
Pemenang Anugerah Academy® Angelina Jolie mengarahkan dan menghasilkan UNBROKEN, drama epik yang mengikuti kehidupan luar biasa atlet Olimpik dan wira perang Louis “Louie” Zamperini yang bersama-sama dengan dua anak kapal yang lain, terselamat selama 47 hari dalam sebuah rakit selepas kapal terbang mereka terhempas semasa Perang Dunia II. Tetapi mereka ditangkap oleh tentera laut Jepun dan dihantar ke kem tahanan tawanan perang.

Paddington
Ahad, 7 Februari, 9 malam
Ben Whishaw, Sally Hawkins, Julie Walters
Paddington membesar jauh di dalam hutan Peru dengan Mak Cik Lucy yang selepas diilhamkan oleh pertemuan dengan seorang pengembara Inggeris, telah membesarkan anak saudaranya untuk impikan kehidupan mengujakan di London. Apabila gempa bumi memusnahkan rumah mereka, Mak Cik Lucy menyeludup anak saudaranya di sebuah bot menuju ke England, demi mencari kehidupan yang lebih baik. Apabila dia tiba di Stesen Paddington, Paddington mendapati bahawa kehidupan bandar sama sekali tidak seperti dibayangkan – sehingga dia bertemu keluarga Brown yang baik hati, yang menemuinya dengan label pada lehernya – ‘Sila jaga beruang ini. Terima kasih.’ Mereka menawarkan tempat tinggal, sementara dia mencari pengembara yang telah mengagumkan Mak Cik Lucy. Tetapi tidak lama selepas Paddington menarik perhatian seorang ahli taksidermi yang jahat, tempat tinggal dan kewujudannya di bawah ancaman.

Furious Seven
Isnin, 8 Februari, 9 malam
Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jason Statham
Selepas mengalahkan Owen Shaw dan krew, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan seluruh krew kembali ke Amerika Syarikat agar akhirnya dapat menjalani kehidupan yang biasa, atau begitu mereka berfikir. Mereka tidak tahu bahawa abang Owen, Deckard Shaw, hendak membalas dendam atas kematian adiknya, dan ini membahayakan Dominic dan krewnya, sekali lagi.

Dumb And Dumber To
Selasa, 9 Februari, 9 malam
Jim Carrey, Jeff Daniels, Rob Riggle
Dalam sekuel kepada hit komedi, Lloyd dan Harry melalui perjalanan untuk mencari anak yang Harry tidak pernah tahu bahawa dia mempunyai, serta tanggungjawab yang mereka tidak patut diberikan.

Project Almanac
Rabu, 10 Februari, 9 malam
Jonny Weston, Amy Landecker, Sofia Black-D’elia
Apabila lima remaja menemui sebuah mesin yang boleh menghantar mereka ke masa lepas, pelbagai kemungkinan seolah-olah wujud. Tetapi dengan mengubah masa lalu, mereka telah mengancam masa depan dunia kita. Bolehkah mereka memperbaiki kerosakan yang mereka telah lakukan sebelum ia terlalu lewat?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Fauzi Bin Ayob Timbalan Ketua Pengarah FINAS

Selebriti Popular Jayakan Gerakan #GREEN24