in

Tayangan Perdana Drama Bersiri AQUARIUS Secara Eksklusif

iflix, perkhidmatan TV internet terkemuka Asia Tenggara menawarkan akses tanpa had kepada pelbagai rancangan hiburan untuk kadar bayaran bulanan yang rendah, dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah memperolehi hak eksklusif di Malaysia, Filipina dan Thailand untuk menayangkan drama popular berkonsepkan jenayah, ‘Aquarius’ dari ITV Studios Global Entertainment. Boleh ditonton buat pertama kali di Asia Tenggara, pelanggan iflix kini dapat menikmati kesemua 13 episod untuk musim pertama yang menakjubkan ini.

Untitled

‘Aquarius’ dibintangi oleh penerima anugerah Golden Globe, David Duchovny, sebagai Detektif Sam Hodiak, seorang detektif berpengalaman dengan penyiasatannya menjurus kepada aktiviti-aktiviti jahat ketua kultus dalam kehidupan sebenar, Charles Manson. Berlaku pada tahun 1960-an di Los Angeles, drama waktu perdana menarik, mempesona dan hebat secara visual ini berlaku beberapa tahun sebelum Manson menjadi dalang di sebalik pembunuhan paling kejam dalam generasi ini.

Seorang ketua yang bukan siapa-siapa, tapi berkarismatik, Manson mempunyai rancangan besar dan telah melatih orang-orang yang lemah untuk menyertai misinya. Berpasukan dengan seorang polis muda yang membantunya dalam menembusi kawasan Manson, Detektif Hodiak menyelidik dengan lebih mendalam jaringan kejahatan manipulasi, pembunuhan dan korupsi. Namun, di tengah-tengah arus anti-penubuhan budaya silang, gaya penyiasatannya yang provokatif telah meninggalkan kesan mendalam dan apabila Hodiak menyedari kehidupannya mula terdedah, nyawa orang lain sudah pun berada dalam bahaya. ‘Aquarius’ ialah produksi Tomorrow Studios.

CEO Iflix Group, Mark Britt berkata, “Kami teruja untuk menambah ‘Aquarius’ ke dalam koleksi penayangan eksklusif pertama kami yang sedang berkembang. Kami akan menayangkan rancangan ini secara eksklusif di iflix, sebagai sebahagian daripada pelbagai tayangan rancangan TV dan filem terhebat dunia yang kami tawarkan masa kini.

Untitled

“ITV Studios Global Entertainment adalah antara pengedar rancangan menarik dan hebat seperti ‘Aquarius’. Kami berharap untuk terus mengukuhkan hubungan kami dan menawarkan lebih banyak lagi rancangan menarik, eksklusif untuk pelanggan di Asia Tenggara”, sambung Britt.

“Kami gembira bergabung dengan iflix, perkhidmatan TV internet terkemuka Asia Tenggara, dalam membolehkan ‘Aquarius’ ditonton secara eksklusif oleh lebih daripada sejuta pelanggan mereka di seluruh rantau ini. ‘Aquarius’ dinikmati oleh para peminatnya di seluruh pelosok dunia dan kami berpendapat ia akan menjadi sama popular dalam kalangan penonton-penonton di Asia Tenggara”, kata Hyeonza Hong, Timbalan Presiden Senior Pemasaran (Asia), ITV Studios Global Entertainment. Pengurus Pemasaran Senior untuk Pan Asia, Asia Tenggara dan India, ITV Studios Global Entertainment, Elsie Choi menjayakan penjanjian ini.

Kini boleh didapati di Malaysia, Thailand dan Filipina, iflix akan terus melancarkan perkhidmatan bertaraf dunianya untuk pertambahan pasaran Asia Tenggara dalam masa terdekat ini. Dengan lebih daripada sejuta pelanggan dalam masa hanya enam bulan sejak pelancarannya, iflix menawarkan penggunanya koleksi terbesar dan terbaik Hollywood, rantau Asia dan pelbagai rancangan TV dan filem tempatan yang terdapat di rantau ini.

Setiap langganan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan ini dengan menggunakan sehingga ke lima peranti termasuklah telefon, komputer riba, ‘tablet’ dan set televisyen, untuk menontonnya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Untitled

Kini, pelanggan iflix juga boleh memuat turun rancangan-rancangan TV dan filem dari koleksi besar iflix untuk tontonan secara ‘offline’. Perkhidmatan ini ditawarkan untuk hanya RM8 sebulan di Malaysia untuk akses tanpa had, tanpa iklan!

Untuk pelanggan baru, iflix menawarkan tempoh percubaan 30 hari secara percuma dengan akses penuh kepada perkhidmatan, ciri-ciri dan rancangan bertaraf dunia iflix tanpa perlu memberikan maklumat kad kredit mahupun pembayaran. Sila layari www.iflix.com untuk mendaftar.

Untitled

Untitled

Untitled

TENTANG IFLIX

Iflix ialah perkhidmatan TV internet terkemuka Asia Tenggara yang menawarkan akses tanpa had kepada pelbagai rancangan TV dan filem dari seluruh pelosok dunia. Dengan pilihan-pilihan hebat, komedi-komedi kesukaan anda, drama, K-drama, kartun serta filem-filem dari Hollywood, United Kingdom, Asia dan banyak lagi, iflix membawa hiburan yang anda dambakan ke hujung jari anda. Dengan kadar yuran bulanan yang rendah, para pelanggan boleh menonton di telefon, komputer riba, ‘tablet’, TV…di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dah Tiga Kali Berita Kematian Palsu Jins Shamsudin Jadi Viral

Shahrol Shiro Tamatkan Zaman Duda Tahun 2016