in

Tayangan Eksklusif HOUSE OF CARDS di Indulge TGV Cinemas

Pagi ni, Budiey berada di Indulge, TGV Cinemas 1Utama untuk menghadiri TAYANGAN EKSKLUSIF ‘HOUSE OF CARDS’ MUSIM TERBAHARU anjuran HyppTV dan RTL CBS Entertainment HD. Ramai yang kata drama bersiri ini sangat best. Tapi Budiey sendiri tak pasti la sebab belum tengok apa lagi pun. Hari ni baru nak pergi tengok.

hypptv

Untuk info, HOUSE OF CARDS lakonan Kevin Spacey ini ditayangkan pada hari yang sama dengan tayangan di Amerika Syarikat di Saluran RTL CBS Entertainment HD, HyppTV Saluran 616 pada 28 Februari, jam 4 petang. Kiranya korang adalah antara yang sebahagian dari yang pertama menonton siri yang telah memenangi pelbagai Anugerah ini.

HOUSE OF CARDS dibintangi oleh Kevin Spacey sebagai Francis Underwood di dalam drama satu jam yang berkisarkan tentang disebalik tabir kekuasaan, cita cita,cinta, korupsi dan ketamakan di Washington. Francis dan Isteri, Claire lakonan berkesan oleh Robin Wright akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan.

Terima kasih HyppTV dan RTL CBS Entertainment HD di atas jemputan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bella Rai Hari Wanita Sedunia 8 Mac ini

Gambar Marion Caunter di Burberry Prorsum Womenswear Autumn/Winter 2015