in

Tawaran Hebat Untuk Jemaah Haji dari Maxis

JEMAAH MALAYSIA YANG MENGERJAKAN HAJI BOLEH MENGHUBUNGI ORANG TERSAYANG DENGAN MUDAH MELALUI MAXIS
Maxis menawarkan jemaah Haji masa bercakap percuma selama 40 minit dengan kad SIM Saudi Telecom;
Pelanggan pascabayar Maxis menikmati diskaun sebanyak 30% untuk panggilan perantauan ke Malaysia

Jemaah Malaysia yang akan mengerjakan ibadah Haji dapat menghubungi orang yang tersayang di Arab Saudi dan di Malaysia dengan mudah melalui pelbagai perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Maxis Berhad (‘Maxis’). Bersempena dengan musim Haji yang akan datang, Maxis, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan SIM kad khas dari Saudi Telecom Company (STC) yang membolehkan para jemaah membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Arab Saudi pada kadar tempatan. Kad SIM ini dimuatkan dengan kredit prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dan menawarkan para pelanggan masa bercakap percuma selama 40 minit.

maxis

Dengan bantuan daripada pihak Tabung Haji, kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah Haji di beberapa lokasi balai berlepas, iaitu di Selangor (Kelana Jaya), Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, sebelum mereke berangkat ke Arab Saudi. Secara keseluruhan, Maxis akan mengedarkan 17,000 SIM kad khas STC kepada jemaah Haji.

Di samping itu, pelanggan pascabayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 30% untuk panggilan suara perantauan yang dibuat ke Malaysia, untuk kedua-dua nombor tetap dan mudah alih. Tawaran ini sah dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2011. Pelanggan pascabayar perantauan Maxis juga dapat menikmati perantauan data tanpa had untuk RM48 sehari pada masa yang sama.

Penawaran perkhidmatan baru daripada Maxis ini diumumkan bersempena dengan pelancaran program ‘Sahabat Korporat Tabung Haji’ yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji, dan telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mewakili Maxis pada majlis tersebut ialah Mariam Bevi Batcha, Naib Presiden Hubungan Korporat Maxis, yang menyampaikan sebuah cek bernilai RM750,000, iaitu nilai sumbangan Maxis dalam bentuk perkhidmatan dan produk komunikasi kepada Lembaga Tabung Haji, sebagai salah satu daripada rakan korporat tahun ini untuk musim Haji tahun 2011. Maxis amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam program ‘Sahabat Korporat Tabung Haji’ untuk tahun ke-empat berturut-turut.

Ibadah Haji dan Umrah merupakan pengalaman yang paling memperkayakan dari segi rohani bagi umat Islam. Maxis berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka, dengan menyediakan jemaah Haji perkhidmatan komunikasi yang membolehkan mereka berhubung dengan lancar dengan orang yang tersayang di Arab Saudi dan di Malaysia, terutamanya semasa dalam perjalanan. Maxis telah menjadi rakan korporat program ’Sahabat Korporat Tabung Haji’ sejak 2008. Ia komited untuk terus meningkatkan tawaran perkhidmatan kami untuk para jemaah supaya mereka menikmati ketenangan fikiran semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

Tawaran baru ini berikutan perkhidmatan Maxis yang baru diperkenalkan pada bulan Ramadan, yang termasuk perkhidmatan mZakat. Perkhidmatan ini telah memberikan kemudahan kepada pelanggan Muslim dengan membolehkan mereka untuk membayar Zakat Fitrah melalui SMS, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Maxis juga bekerjasama dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) bagi menawarkan para pelanggan perlindungan insurans Islam tambahan (takaful) bernilai RM2,000 untuk segala isi kandungan rumah mereka dari 1 Ogos hingga 16 September 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Synopsis & Movie Still Nasi Lemak 2.0

Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz