in

Tawaran Hebat Dari Tune Hotels Di Pameran Pelancongan

TAWARAN HEBAT DARI TUNE HOTELS DI PAMERAN PELANCONGAN
Hotel di Malaysia, Bali hanya serendah RM99 untuk 3H/2M

Peneraju hotel bajet berjenama antarabangsa Tune Hotels sekali lagi akan menawarkan pakej-pakej penginapan hebat untuk para tetamu pada hujung minggu ini.

Bilik-bilik hotel di Malaysia dan Bali, Indonesia ditawarkan dengan harga bersih hanya RM99 untuk penginapan tiga hari dua malam (3H/2M) bersempena dengan Pesta Pelancongan Reliance pada 15 – 17 Mac bertempat di Hotel Seri Pacific di sini.

Pesta Pelancongan Reliance diadakan serentak dengan penganjuran Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersebelahan.

Tune Hotel Downtown KL - Double Room Interior

Tune Hotel di UK, Thailand, Filipina dan Jakarta, Indonesia juga turut menyertai promosi ini dengan menawarkan pakej 3H/2M bermula serendah RM180 bersih.

Tetamu juga boleh memilih pakej 4H/3M untuk penginapan lebih panjang. Semua pakej yang ditawarkan meliputi pendingin hawa, tuala serta set kelengkapan mandi.

Tetamu hanya perlu membeli baucar yang dijual semasa pesta pelancongan manakala tempahan bilik boleh dibuat kemudian bagi tempoh penginapan bermula 3 April 2013 sehingga 3 Oktober 2013.

“Menerusi baucar ini, kami memberikan lebih fleksibiliti kepada para tetamu untuk merancang perjalanan dan percutian mereka. Baucar-baucar ini mempunyai tempoh sah selama tujuh bulan jadi anda mempunyai banyak masa untuk memilih tarikh perjalanan. Selain itu, tetamu juga mendapat lebih banyak pilihan kerana setiap baucar boleh digunakan untuk mana-mana hotel dalam sesebuah negara,” jelas Davis Lusteaux, Pengarah Komersil Tune Hotels.

Menurut David, pengunjung ke pesta pelancongan itu juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari gerai Tune Hotels dengan mengambil gambar bersama wakil-wakil promosi Tune Hotels yang bergerak di serata dewan pameran dengan berpakaian baju tidur.

Tune Hotels menyediakan kemudahan penginapan bertaraf dunia dan berkualiti tinggi dengan tumpuan kepada keperluan asas yang perlu ada di sesebuah bilik hotel. Tanpa kemudahan-kemudahan berkos tinggi tetapi jarang digunakan seperti kolam renang, pusat perniagaan dan jimnasium, Tune Hotels berupaya mengekalkan kos operasi yang rendah dan berkongsi penjimatan bersama para tetamu dengan menawarkan kadar penginapan yang sangat istimewa.

Tune Hotels telah menerima lebih empat juta tetamu sejak membuka hotel pertama di Kuala Lumpur pada 2007. Kini terdapat 27 Tune Hotel di seluruh dunia termasuk 11 di Malaysia, lima di UK, empat di Filipina, empat di Thailand dan tiga di Indonesia. Hotel-hotel baru akan dibuka di Ahmedabad, India dan Melbourne, Australia tahun ini.

Selain menikmati nilai dan penjimatan hebat dari Tune Hotels, para tetamu juga boleh mendapatkan lebih manfaat dan kelebihan dengan menjadi ahli Program Kesetiaan AirAsia BIG yang turut dianggotai Tune Hotels sebagai rakan rasmi. Ahli-ahli BIG boleh mengumpulkan mata ganjaran apabila berbelanja dengan rakan-rakan BIG di seluruh dunia dan seterusnya menebus mata ganjaran yang terkumpul untuk hadiah-hadiah menarik termasuk tempat duduk percuma dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Maklumat lanjut mengenai BIG boleh didapati di www.tune2big.com.

Tune Hotels adalah sebahagian daripada Tune Group, sebuah konglomerat perniagaan berasaskan gaya hidup yang diasaskan bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun, yang masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutuf Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi, tetamu boleh mengikuti Tune Hotels menerusi Facebook di www.facebook.com/tunehotels serta Twitter di www.twitter.com/tunehotels.

Untuk tempahan bilik serta informasi lanjut, sila lawati www.tunehotels.com.

David Lusteaux Tune Hotels Commercial Director (a)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Rock Dihatiku UiTM

Filem Blockbuster Pirates Of The Carribean