Tasha Shilla Mengakui Sedang Bercinta Dengan Seorang Lelaki?
0Kenyataan yang diberikan pelakon cantik molek ini mengakui sedang berkawan dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.
Sila tonton video temubual Budiey Bersama Tasha Shila: VIDEO STATEMENT TASHA SHILA
Namun, kenyataan ini berlainan sedikit dari apa yang disiarkan di Mstar Online di mana pelakon Tasha Shilla mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.
Bagaimanapun Tasha atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, berkata, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai identiti lelaki tersebut.
“Cukup saya ingin memberitahu yang kini saya sudah berpunya dan kami masih lagi saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Sebenarnya saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini. Tetapi memandangkan sudah ditanya, itu sahaja yang saya dapat beritahu.”
Tambah Tasha, kekasihnya itu bukanlah daripada mereka di kalangan selebriti dan dia tidak akan membawa lelaki itu ke majlis-majlis hiburan.
“Biarlah ia menjadi urusan peribadi saya,” tuturnya.
Agak mengelirukan sedikit kat situ, tapi tak pe. Budiey rasa Tasha Shila tak perlu nak malu jika dia benar-benar ada kekasih hati. Tak gitu?











