in ,

Tasha Shila dalam Telemovie Cinta Dalam Botol

Tasha Shila Muncul Bintangi Telemovie : Cinta Dalam Botol di TV2

Pelakon yang mula meniti nama dalam bidang lakonan, Tasha Shila seringkali muncul dengan watak sebagai wanita perampas atau gadis yang di hatinya penuh dengan perasaan dendam dan iri hati. Tidak dinafikan dia berjaya membawakan wataknya dengan berkesan hingga ada yang melabelnya ‘sombong’. Namun jika sesekali kelibat gadis cantik ini ‘menghidupkan’ watak gadis yang memiliki fantasi tinggi terhadap percintaan juga pastinya menarik untuk di tonton dan di hayati bersama.

Mengisi slot Citra yang popular di TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik, Cinta Dalam Botol lakonan Tasha Shila bersama Zack X Factor, Kristina Vinokree, Shashi Tharan, Josiah Hogan dan Lyana pada 17 Jun (Jumaat), jam 10.00 malam.

Tasha Shila ... pegang watak gadis obses terhadap cinta

Ia mengambil kisah watak utama Mila, penyelia di sebuah motel kecil di tepi pantai. Dia dilahirkan dan dibesarkan di tepi pantai, dan selalu mempunyai fantasi terhadap percintaan. Dia selalu berangan-angan untuk mempunyai satu perhubungan cinta yang unik.

Pada suatu hari, apabila Mila berkhayal di tepi pantai, dia ternampak sebuah botol yang dibawa ke pantai oleh ombak. Botol itu telah menarik perhatian Mila. Mila mengambil botol itu dan terdapat sepucuk surat dalam botol tersebut. Dengan hati yang berdebar-debar, Mila mambuka botol itu dan membaca surat tersebut – “It’s our destiny to meet in this world, let us fall in love… Ronaldo”. Hati Mila semakin berdebar. Dia dapat merasakan bahawa kekasih impiannya akan muncul tidak lama lagi.

Mila memberitahu kawan baiknya, Anjali tentang perjumpaan ini. Anjali menasihatkan Mila supaya jangan bermimpi lagi. Akan tetapi, Mila tetap yakin bahawa dia akan bertemu dengan Ronaldo satu hari nanti.

Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan Ridwan, dia nekad mahu mempermainkan Mila. Teman baiknya, Ram tidak dapat menghalang begitu juga dengan Anjali. Ridwan mahu membalas dendam kerana tingkahlaku Mila yang sentiasa ingin bermusuh dengannya.

Tanpa di duga kebetulan muncul pemuda Inggeris bernama Ronaldo. Dia hilang ingatan tentang masa silamnya. Mila yang sememangnya asyik di lamun cinta mendekati Ronaldo dan menganggap jodohnya sememangnya telah ditakdirkan dengan pemuda tersebut.

Namun kehadiran Sabrina kekasih Ronaldo memusnahkan segalanya. Secara tak sengaja ingatan Ronaldo telah pulih. Dia kemudiannya pulang bersama Sabrina tanpa menghiraukan hati Mila yang telah terluka.

Saat itu dalam hati Ridwan bersarang perasaan bersalah melihat sengsara yang dialami oleh Mila. Badan Mila menjadi semakin lemah. Pada satu hari, dia tiba-tiba pengsan. Ridwan berasa risau dan cepat-cepat mendukung Mila ke klinik. Adakah Mila dapat di selamatkan? Adakah sudah terlewat apabila mereka menyedari sebenarnya telah berputik cinta dalam hati masing-masing namun ego untuk berterus-terang?

babak dalam Cinta Dalam Botol

Cinta Dalam Botol

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV World Stage Malaysia With 30 Seconds To Mars & Pop Shuvit

New Zealand AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 1