in

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

[dropcap]Y[/dropcap]outubers yang semakin meningkat populariti, Tasha Manshahar dan Syed Shamim telah berjaya melancarkan single pertama mereka disaksikan media pada jam 3 petang semalam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.  Majlis ini juga bersempena dengan meraikan Tasha Manshahar yang juga telah duta produk Shopie Secret and Beauty. Tahniah dari Budiey!

Tasha dan Shamim mendapat sokongan penuh daripada keluarga masing-masing untuk bergelar artis walaupun mereka masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

Muncul sebagai pasangan duet, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, walaupun agak sukar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan karier nyanyian tetapi mereka semakin bijak mengatur jadual supaya dapat mengimbangi rutin harian mereka.

“Keluarga sangat menyokong tetapi meletakkan syarat supaya tidak mengabaikan pelajaran sekiranya mahu bergelar artis. Walaupun mampu mengimbangi kedua-dua bidang itu namun pelajaran tetap diutamakan.”

Tasha dan Syed Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20 sedang menuntut di Institut Perguruan, Kampus Ilmu Khas, Cheras di sini.

Tasha mengambil pengajian Bahasa Inggeris manakala Syed Shamim pula pelajar jurusan muzik di institut berkenaan.

Kedua-dua mereka mula dikenali menerusi lagu Mr. Saxobeat dan Be Mine yang mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 40,000 penonton dalam masa empat hari di YouTube.

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

Sehingga kini, video berkenaan telah mencacat lebih sejuta tontonan di laman tersebut.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu mendapat sambutan hebat daripada pendengar sehingga dilamar syarikat rakaman FMC untuk merakamkan album.

“Sebelum ini kami hanya menganggap nyanyian dan mencipta lagu hanya sebaga hobi tetapi tidak sangka ramai yang meminati kami.”

Sementara itu, Syed Shamim berkata, dia bertemu dengan Tasha di universiti dan keserasian di antara mereka telah mendorong kepada kerjasama itu.

Memilih untuk tampil berduet, Syed Shamim berkata, itu adalah kelainan yang ingin ditampilkan mereka sebagai artis.

“Sudah terlalu ramai artis solo jadi kami ingin beri kelainan dan ia nampaknya mula diterima ramai. Malah ramai yang memberikan reaksi positif tentang gandingan kami.”

Bagaimanapun kata Syed Shamim, hubungan yang terjalin di antara mereka adalah profesional dan tidak terfikir untuk bercinta buat masa ini.

“Kami kawan baik yang mempunyai visi dan objektif sama tetapi bukan pasangan kekasih.”

Mereka juga turut mengumumkan album penuh akan muncul dengan album penuh pada penghujung tahun ini. Sumber: Mstar Online

Pada majlis sama, Tasha turut dilantik sebagai duta produk Shopie Secret and Beauty. Wah tahniah!

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michelle Yeoh Terima Anugerah Gelaran Tan Sri

Berita Penerbit Raja Azmi Disamun