• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Tangan Syafie Naswip Cedera Ditendang Pelakon Muda

1
  • by Budiey
  • in Syafie Naswip
  • — 20 Sep, 2012

Pelakon Syafie Naswip terkilan dengan sikap seorang aktor remaja yang enggan memohon maaf selepas menyebabkan kecederaan kepadanya ketika penggambaran telefilem Neraka Abah beberapa hari lalu.

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 20, berkata, kecederaan pada lengan kirinya itu terjadi akibat terhentak pada akar pokok selepas ditendang dengan kuat oleh pelakon berkenaan ketika penggambaran berlangsung.

Syafie Naswip

“Lengan kiri saya menjadi bengkak dan lebam teruk kerana terhentak pada akar pokok selepas ditendang pelakon itu ketika adegan pergaduhan bagi penggambaran.

“Saya pelik mengapa dia menendang saya seperti pergaduhan sebenar sehingga mendatangkan kecederaan kepada saya. Walhal dia sudah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi. Takkanlah dia tidak tahu teknik lakonan?

“Apa yang saya kesalkan dia langsung tidak meminta maaf dengan tindakannya itu sehingga hari ini (Rabu) sedangkan dia tahu saya benar-benar mengalami kecederaan.”

Syafie bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak memaklumkan siapakah pelakon tersebut.

Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal. Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.

Tangan Syafie Naswip Cedera Ditendang Pelakon Muda

Beginilah keadaan lengan kiri Syafie yang lebam selepas terhentak pada akar pokok akibat ditendang seorang aktor muda ketika penggambaran telefilem Neraka Abah.

Aktor yang popular menerusi filem Mukhsin ini berkata, insiden tersebut meninggalkan tanda tanya kepadanya mengenai alasan di sebalik tindakan pelakon remaja yang disifatkan sebagai tidak profesional itu.

“Saya masih tertanya-tanya sama ada dia sengaja atau tidak apabila menendang saya dalam penggambaran itu? Saya tidak tahu apa yang cuba dibuktikan dan niat di sebalik tindakannya tersebut?

“Malah, lebih mengecewakan apabila dia tergelak dan menganggap kejadian itu bukan sesuatu yang serius selepas melihat saya mengerang kesakitan akibat perbuatannya itu,” kongsinya.

Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum itu, Syafie berkata, mereka tidak rapat dan hanya bertegur sapa ketika di lokasi sahaja.

“Kalau diikutkan ini adalah kali ketiga kami berlakon bersama tapi hubungan kami memang tidak rapat pun. Bila berjumpa di lokasi, kami hanya bersalam, berbual ringkas dan membuat hal masing-masing.

“Jadi, saya sendiri hairan mengapa dia bertindak demikian. Kalau kita bertindak atau berlakon yang agak kasar kepada orang lain pun kita akan segera minta maaf, apatah lagi selepas mengakibatkan kecederaan,” luahnya.

Mengenai kecederaan itu, Syafie berkata, bengkak pada lengannya kini beransur susut dan dia perlu berehat di rumah selama empat hari selepas menamatkan penggambaran pada Selasa lalu.

Syafie yang akan memulakan penggambaran telefilem Tasbih Yang Terlerai terbitan Filmscape selepas ini turut memberitahu dia mahu lebih berhati-hati jika menerima tawaran berlakon di samping aktor itu pada masa akan datang. Sumber Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Amyza Aznanartis bergaduhAzhan RaniDrama Neraka AbahGambar Syafie NaswipGambar Tangan LebamGossip PelakonGossip Syafie NaswipPelakon Syafie NaswipRaikalshootingSinopsis Neraka AbahTV9Zarina Zainoordin

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Come Experience the AXE Effect
  • Next story Pengarah Ahmad Idham Dapat Dana Kreatif RM6Juta

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Syafie Naswip di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 17 Oct, 2012
  • Syafie Naswip Selami Hasrat Ayah dalam A Untuk Abah 7 Jun, 2011
  • Drama Lelaki Lakonan Shafie Naswip Sein Ruffedge 13 Sep, 2012
  • Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie 27 Jul, 2010

1 Comment

  1. zumirahzumizah says:
    Thursday, May 16, 2013 at 2:47 pm

    hai…..syafie saya dh lama nk jumpa awak akhirnya saya dapat jumpa awak gak kalau awak ingat kat mana kitajumpa bls nye………saya baca semua yang awak tulis biodata awak semua saya ingat kalau awak tk suka tak pelah saya redha .ape-ape pon berdoa je awak ingatkan saya…….okey bye ^-^

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Top Niaga on:Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • fatehahjalani on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.