in

Tambang Istimewa Bagi Kesemua Destinasi Asia & Australia

AirAsia tawar tambang istimewa bagi kesemua destinasi di serata Asia dan Australia. 3 juta tempat duduk promosi boleh ditempah dari 19 ke 25 Oktober

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tujuh tahun berturut-turut menawarkan 3 juta tempat duduk promosi ke lebih dari 20 negara di serata Asia dan Australia, bertujuan bagi mendorong perjalanan dalam negara dan antarabangsa dalam lingkungan jaringan perhubungan meluas di rantau ini oleh kedua kumpulan syarikat penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Bagi perjalanan domestik dalam Malaysia, tetamu boleh terbang dari Pulau Pinang dan Kota Bahru dengan tambang termasuk semua dari serendah RM29* sehala; Langkawi dari RM39* sehala; Kuching dari hanya RM89* sehala sementara Kota Kinabalu RM109* sehala, semua berlepas dari Kuala Lumpur.

Tetamu juga boleh terbang lebih jauh dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala; Goa, India dari hanya RM229* sehala; Busan, Korea dari RM249* sehala sementara destinasi tersohor ke Sapporo, Jepun hanya dari RM359* sehala.

Tempahan bagi tempat duduk promosi ini boleh di buat dari 19 ke 25 Oktober 2015 dengan tempoh perjalanan dari 1 Mac sehingga 29 Oktober 2016 di airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Permulaan 24 jam lebih awal bagi ahli AirAsia BIG dan BIG Prepaid Mastercard mebolehkan alhli menikmati keutamaan penebusan penerbangan dan tempahan bagi tempat duduk promosi di airasiabig.com dan airasia.com lebih awal, sementara yan mencari tawaran berbaloi boleh jimat sehingga 40% apabila menempah penginapan dan tempat duduk promosi di AirAsiaGo.com. keutamaan akses akan bermula 24jam lebih awal pada jam 0001 18 Oktober 2015 untuk tempoh perjalanan yang sama.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Sebagai peneraju perjalanan tambang rendah dan salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di rantau ini, AirAsia dan AirAsia X berbangga menawarkan 3 juta tempat duduk promosi hebat kepada semua para tetamu kami, membolehkan perjalanan ke destinasi idaman lebih mudah di akses dan lebih berpatutan untuk semua.”

“Apa yang membuatkan AirAsia unik adalah tambang berpatutan kami yang tidak boleh ditandingi dan tawaran produk, seperti Tempat duduk premium Flatbed terbaik dunia, yang turut termasuk dalam promosi kali ini; rangkaian penerbangan dengan jaringan perhubungan yang mudah di serata Asia, Australia, dan lebih jauh lagi. Tambang rendah kami digandingkan dengan faktor-faktor ini membuatkan kami syarikat penerbangan bernilai di rantau ini dan kami berharap para tetamu kami mengambil peluang dari promosi ini untuk meneroka lebih banyak destinasi menarik,”Tambah Siegtraund.

Tempat duduk Premium Flatbed bagi penerbangan AirAsia X mempunyai soket universal, kepala boleh laras dan kemudahan utiliti peribadi seperti meja dulang, pemegang minuman, lampu membaca dan skrin privasi. Tetamu Premium Flatbed juga boleh menikmati produk dan perkhidmatan lain termasuk pertukaran penerbangan tidak terhad, pilihan tempat duduk, keutamaan semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, pemeriksaan imigresen di kaunter Laluan Pantas (bagi lapangan terbang terpilih), 40kg bagasi, hidangan premium, bantal dan selimut.

AirAsia juga ingin mengingatkan kesemua tetamunya mengenai polisi bagasi kabin di mana setiap penumpang di beri SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas). Tetamu digalakkan untuk pra-tempah bagasi menerusi fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com bagi menambah lebih banyak jumlah bagasi sehingga 4 jam sebelum dari waktu berlepas yang telah dijadualkan bagi mengelakkan bagasi berlebih semasa di lapangan terbang.

Terus kemas kini bersama prromosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

* Promosi tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Koleksi Gambar Penyanyi Bil Musa Yang Ohsem