in

Talian Hayat Musim Ketiga Lebih Telus

Rancangan hal ehwal semasa Talian Hayat kembali ke kaca televisyen. Musim ketiga rancangan berbentuk majalah ini turut menandakan kembalinya personaliti yang diraikan, digeruni dan paling berpengalaman, Wan Kamarudin di Saluran Ceria Anda, sebagai hos rancangan ini untuk kali ketiga berturut-turut. Talian Hayat musim ketiga akan keudara setiap Jumaat, 7.30 malam bermula 7hb Mei ini.

Talian Hayat menitikberatkan isu kemasyarakatan dan persekitaran. Sepanjang siri ini, pengacara akan menganalisis dengan teliti dan membuat pendedahan secara kritikal dan telus, menjadikannya rancangan wartawan penyiasatan yang paling berani di kaca televisyen anda. Berbekalkan pengalaman luas selama 12 tahun, Wan Kamarudin merupakan seorang yang berkaliber dan tidak pernah gagal untuk mendapatkan skup berita yang hebat – dia memiliki minda yang tajam serta motivasi diri yang tinggi untuk terus membongkar walaupun fakta telah diputar-belit dan semua pintu yang membawanya ke punca masalah tertutup rapi.

Menerusi rancangan ini, ntv7 akan bertindak sebagai saluran utama masyarakat untuk menyatakan rungutan dan masalah yang melibatkan khalayak. Selain itu, tindakan strategik ini dilihat amat bertepatan dengan peranan utama stesyen untuk menjana perbincangan orang ramai dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai isu rakyat dan hak mereka.

Konsisten dengan misi program untuk mengetengahkan isu yang menjadi keutamaan masyarakat, Talian Hayat bertindak untuk memudahkan lagi kehidupan rakyat, hanya dengan menelefon terus atau menghantar emel. Mesej utama ialah untuk menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan dan bersuara.

Apa yang lebih menarik, Wan Kamarudin akan turun padang ke lokasi yang dilaporkan terlibat bagi mengumpul informasi, menjalankan analisis yang menyeluruh, mendapatkan testimoni daripada pelbagai parti bagi memastikan laporannya adalah adil, saksama dan beretika. Pastinya, Talian Hayat merupakan rancangan yang memperdengarkan suara rakyat dengan memaparkan pandangan mereka yang berkuasa, yang diraikan sehingga ke akar umbi, yang ditindas dan dipinggirkan.

Rancangan majalah hal ehwal semasa ini turut dimantapkan lagi dengan isi kandungan visual padat, menyentuh hati dan disunting hebat – semuanya bersatu bagi mempersembahkan gambaran yang tepat kepada penonton. Saksikanlah episod pertama musim ketiga Talian Hayat yang akan menengahkan isu ketiadaan agen pembekal petrol dan diesel di Pulau Tetabuan, sebuah lokasi terpencil di Sabah. Episod kedua pula akan memaparkan isu dokumen pengenalan diri dan penerangan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang aduan rakyat yang berhubung kait.

Pengurus Besar ntv7 Airin Zainul berkata, “Talian Hayat merupakan salah satu rancangan yang sejajar dengan komitmen ntv7 bagi meneruskan misi saluran untuk memaparkan program wartawan penyiasatan yang berhubung rapat dengan kehidupan rakyat.”

Tambahnya lagi, “Pendekatan Wan Kamarudin dalam memperjuangkan hak masyarakat dalam Talian Hayat sememangnya menepati citarasa penonton; paparan isu komuniti diselaraskan dengan informatif dan menarik dalam rancangan setengah jam ini.”

Sepanjang tempoh Wan Kamaruddin mengacarakan rancangan signatur ntv7 Edisi Siasat yang berakhir dalam tahun 2005, ratings melonjak sehingga 7.1 TVR iaitu sebanyak 1.1 juta orang penonton di samping melayakkan program berikut sebagai pemegang anugerah “Majalah TV Terbaik’ di Anugerah Seri Angkasa 2004.

Rakyat boleh menghantar aduan ke emel [email protected] atau talian 017-8188121. Untuk informasi lanjut, layarilah laman sesawang www.ntv7.com.my

Jangan lupa untuk bersama kami sementara hos rancangan membuat pendedahan isu yang lebih menggemparkan di Talian Hayat, setiap Jumaat, 7.30 malam mulai 7 Mei 2010 hanya di ntv7!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem A Nightmare on Elm Street

Filem Hooperz Angkat Generasi Pelakon Pelapis