Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tak Nak Buat Show Sebab Takde Mood?



Dengarnya…: Tolak persembahan kerana tak ada mood?

Dipetik dari Berita Harian

BARU-baru ini, Cik Normah dihubungi rakan lama yang ingin berkongsi mengenai kisah penyanyi lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang. Siapa lagi, Imran Ajmainlah. Rakan Cik Normah berkongsi mengenai sikap penyanyi itu termasuk pengurus yang menjaganya.

Kisahnya begini, sebuah pusat pengajian ada menganjurkan program debat dan kebetulan mereka berminat mengundang Imran untuk membuat persembahan. Pada permulaannya selepas menetapkan harga, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan kerjasama.

Namun sehari kemudian, selepas pihak pusat pengajian itu ingin mendapatkan pengesahan selanjutnya, tak semena-mena pengurusnya pula memberitahu persembahan itu tidak dapat diteruskan. Maksudnya, kira tak jadilah. Alasan yang diberitahu Cik Normah daripada rakan lama itu ialah pengurusnya memberikan alasan yang boleh dianggap bodoh. 

Alasan itu berbunyi Imran Ajmain tidak ada mood dan pada masa yang sama, pengurusnya mula ‘demand’ untuk menaikkan sejumlah harga lagu yang ditetapkan. Nampak sangat alasan yang diberikan dibuat-buat dan tak kukuh langsung seolah-olah Imran dan pengurusnya memang tidak berpuas hati dengan bayaran yang ingin diberikan.

Cik Normah faham dengan situasi yang dialami pusat pengajian terbabit kerana tak banyak penaja, jadi mereka perlu berbelanja dengan berhemah. Akhirnya, gara-gara penyanyi itu mereka jadi kalut terpaksa mencari penyanyi pengganti pada saat akhir. Projek sekolah atau universiti manalah ada bajet tinggi nak bayar mahal.

Lucunya, rakan Cik Normah beritahu yang pihak pusat pengajian itu cakap dengan nada sindir, kalau tak popular janganlah demand sangat dan menyusahkan orang. Maksudnya, kalau tak berminat cakap awal-awal, ini tidak akhirnya orang lain yang terkapai-kapai. Entahlah, mungkin ini pengajaran terbaik buat penyanyi baru yang baru nak menapak ataupun mencari rezeki di tempat orang.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?
  • IZ OIAM dan Shila di The Curve Hari Raya Celebration Show
  • Gaya Photoshoot Ustaz Azhari Idrus & Ustaz Don
  • Hari Raya Pavilion KL 2011
  • Surprise Oprah A Farewell Spectacular
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • PALESTINIAN ENVOY TO SPEAK OVER SPECIAL RADIO TALK SHOW
  • Photo of the Day: The Beatles at Mint Museum of Toys
  • Layan Muzik Tanpa Batasan Sepuasnya Dengan DiGiMusic
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW



    • Ntahla..

      Hai…mcm2 perangai manusia ni….

    • http://www.imranajmain.com Imran Ajmain

      Maaf.

      Saya tidak pernah ada buat sebarang janji dengan mana mana Universiti atau Kolej sejauh mana saya tau 6 bulan yang lepas ni.

      Saya rasa artis sekarang sedang berkejar-kejar nak buat show. Lagi-lagi seperti saya yang nak promote album baru. Saya rela buat promo secara free kerana nak jual album. Bukan kah itu seharusnya?

      Ayat terakhir tu memang pedih, tapi saya harap selidik dahulu sebelum menyebarkan berita kurang enak. Saya tak pernah ‘takde mood’. Ini adalah kerja harian saya.

      Harap maklum.

      :)

      Imran Ajmain
      aku@Imranajmain.com

    • zarina kamal

      Tak baik sebar berita tanpa merujuk artis tu dulu…..

    • zarina kamal

      support im!!!!

    • DnG_LoveLv

      sokong irman ajmain! da tak popular kene la usaha lbh sket kan wlpun harga tak mhl sgt! janji dpt wat promotion free..
      suport irman ajmain!!!!!!

    • cherry

      kesian nye kt die..tp respect imran for standing up for himself..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK