in

Tajuk AKU LEJEN Hangatkan Forum Perdana Ehwal Islam

Anak muda hari ini ialah ‘Cermin Masa Depan Negara’ kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan. Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.

Sekiranya golongan muda pada hari ini daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur. Tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.

Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama.

Sehubungan dengan itu, Forum Perdana Ehwal Islam pada 10 Disember 2015 minggu ini, tampil membincangkan isu bertajuk ‘Aku Lejen’. Sebuah diskusi ilmu berkaitan anak muda sebagai tonggak negara. Dibawakan secara rakaman dari Dewan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama moderator Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud.

Program turut menampilkan ahli panel jemputan Ustaz Azman Syah Elias dan Ustaz Halim Hafidz. Pastikan temu janji anda bersama Forum Perdana Ehwal Islam, pada Khamis ini, pukul 9.00 malam, hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sedapnya Dundee Fruit Cake di THE COFFEE BEAN

Respon Tunku Jalil Yang MENGEJUTKAN Ketika Chef Wan Duduk Disebelahnya