in ,

TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu’min

Sebelum Budiey nak ceritakan lebih lanjut tentang kebaikan ubat gigi Mu’min dan keseluruhan event, Budiey mahu siarkan dulu ucapan TAHNIAH buat pengacara dan pelakon kesayangan ramai, Wardina Saffiyah yang kini dengan rasminya telah dilantik menjadi duta kepada produk Ubat Gigi Mu’min.

Pengumuman duta produk kepada ubat gigi yang bermutu dan yang penting halal ini telah diumumkan oleh Encik Amirullah bin Haji Abdullah, Pengerusi Eksekutif syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd semalam di satu majlis pelancaran Ubat Gigi Mu’min di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Iklan TV komersial untuk Ubat Gigi Mu’min yang menampilkan Wardina Saffiyah juga telah ditayangkan untuk tatapan hadirin. Tak lupa, ditayangkan juga video sekitar pembikinan iklan ini. Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak sukar juga. Iklan ini dibuat di sebuah studio. Sebuah iklan yang lebih segar dan jelas mesejnya tentang kebaikan Ubat Gigi Mu’min kepada pengguna.

Tahniah sekali lagi dari Budiey.

Layari: www.halaltoothpaste.com.my

Wardina Duta Mu'min

Wardina Duta Mu'min

Wardina Duta Mu'min

Wardina Duta Mu'min

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010

Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI