Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tahniah Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat Menang di Permatang Pauh



Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat atas kemenangan menakluki Permatang Pauh. Tahniah Anwar Ibrahim. Tahniah!

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 Ogos 20008

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir DUN N11
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Gossip: Mawi Ahli Parti Keadilan Rakyat?
  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Rafidah Ibrahim di Red Carpet ASK 2011
  • Video Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Petang ABP2008
  • Gambar Kekasih Anuar Zain



    • sYaHiRaH

      Pada parti keADILan yg menang tahniah ! & pada parti Barisan Nasional yg kalah jgn putus asa. Sokongan utk parti tetap ada !

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Harap benar apa yg dikata dlu … JANJI msti dtunaikan .. x mmberi alasan lak. Mnanti apa prubahan yg AI akan bwa kpd trutama d kawasn PP tu

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      syahirah

      are you bloody blind? sokongan masih ada untuk BN? dont make me laugh. the ship is sinking. the gravy train is now dead. who will support BN when no one is paying them to carry the flag any longer?

      DOWN WITH BN.

    • odah onasis

      Ahamdulillah… atas kemenangan DSAI…. Odah kagum semangat Kak Wan… isteri DSAI…. bukan cam setengah2 tu nak glamour je…. bila susah minta cerai berai…. tgk le kekuatan seorang wanita yang tabah walaupun suaminya diperlakukan begitu… pelbagai fitnah…

      Syabas…………………………..

    • Ntahapeapejer!

      wei jangan cakap lebih2….nanti kena ISA…hehhe

    • zarin

      Ya betul…. saya pun kagum dgn Kak Wan, sanggup mempertahankan maruah suami hingga ke akhir, berbaloi rasanya…..

    • odah onasis

      Syabas!!!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK