Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Album Inggeris ALL YOUR LOVE

September 26th, 2011 | Category: Album, Siti Nurhaliza |
3 Comments »


Dato’ Siti Nurhaliza melancarkan album Inggeris pertama beliau “All Your Love”

Pada minggu yang lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Album Terbaru Siti Nurhaliza – ALL YOUR LOVE yang diadakan di Restoran Shook, Gallery Starhill, Bukit Bintang pada 26 September 2011. ALL YOUR LOVE atau Segala Cintamu? Haaa, pastinya satu album yang dinantikan oleh peminat Siti Nurhaliza seantero dunia katanya yang memang menantikan buah tangan istimewa bersifat international dari Siti Nurhaliza. Gitu?

Jemputan Launching All Your Love

Jemputan Launching All Your Love

Budiey sangat teruja. Rasanya semua yang dijemput pasti akan teruja untuk melihat konsep event ini. Pastinya berlainan dan sangat unik berbanding dengan event pelancaran album sebelum ini. Apatah lagi apabila mendapat tahu yang event ini dibuat serentak dengan jamuan hari raya rumah terbuka SimplySiti.

Rata-rata peminat bila ditanya sudah pun membeli album ini yang sudah berada di pasaran sejak 24 September yang lalu. Dan dilancarkan secara rasminya pada 26 September dengan cetakan pertama sebanyak 3 ribu unit album. Turut tercatat dalam sejarah apabila album ini merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang dijual di iTunes.

Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza memecah rekod peribadi dengan penghasilan album Inggeris pertama beliau “All Your Love” yang secara rasminya dilancarkan pada 26 September 2011. ‘‘All Your Love” merupakan album solo ke- 14 Dato’ Siti Nurhaliza.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN ALL YOUR LOVE

VIDEO PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA

Album ini menjadi bukti hasil kerja keras beliau dengan adanya kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston yang begitu popular dengan lagu “Beautiful Girl“ dan “Fire Burning”. Juga dengan kerjasama hebat bersama Bryan B, penerbit dan What’s Up Entertainment yang bertanggungjawab menghasilkan album “All Your Love” ini yang diasaskan oleh Adib Khalid.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan membuktikan apa-apa, tapi pembikinan album ini adalah untuk mengembangkan sayapnya ke luar negara.

“Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya. Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini. Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India.”

Dalam pada itu, kata Siti, walaupun membawa lagu Inggeris, dia tetap ingin menerapkan muzik Melayu dalam setiap lagu nyanyiannya.

“Saya percaya, jika penyanyi antarabangsa, Syakira boleh membawakan lagu Inggeris ala Latin, saya juga boleh berbuat demikian. Di mana saya membawakan lagu-lagu tersebut mengikut cara tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut cara nyanyian ala orang Barat.”

siti-nurhaliza-all-your-love

Hasil album ini juga terdiri barisan nama terkenal dalam industri hiburan antarabangsa seperti Richard Furch yang merupakan jurutera muzik pemenang Anugerah Grammy yang pernah menaikkan nama bintang antarabangsa seperti Prince, Outkast, Macy gray, Usher, Whitney Houston, Katherine McPhee, Fountains of Wayne, Gym Class Heroes dan banyak lagi. Turut menyumbang adalah Eddie Schreyer yang dikenali dengan hasil kerja beliau bersama Lady Gaga, System of a Down dan Kanye West.

Album yang memuatkan 10 lagu Inggeris ini memberi kelainan terhadap gaya nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. Ia memperlihatkan nuansa baru dalam melodi pop yang bercitarasa antarabangsa yang bakal membawa nama Dato’ Siti Nurhaliza ke arena pop antarabangsa.

Siti Nurhaliza

“Tajuk album All your Love ini didedikasikan kepada semua peminat, rakan-rakan dan keluarga yang banyak berkongsi kasih sayang mereka kepada Siti setelah sekian lama”, kata Dato Siti Nurhaliza. “Oleh kerana itu, Siti mahu buat mereka berasa bangga dengan terhasilnya album ini yang diharap dapat bersaing di pentas antarabangsa”

Sebagai seorang penyanyi yang amat dikagumi di persada nusantara, Dato’ Siti tidak asing dengan cabaran yang bakal dihadapi dengan album terbaru ini lebih-lebih lagi di pasaran global berdasarkan pengalaman di mana album keduanya telah berjaya memperkenalkan beliau ke peringkat antarabangsa di Indonesia.

“Ia adalah usaha Dato Siti sendiri untuk bergerak ke fasa terbaru di dalam kerjaya seni beliau” kata Adib Khalid, pengarah dan pengasas What’s Up Entertaiment, “dan saya percaya usaha beliau bakal berjaya dengan terhasilnya album Inggeris ini.” katanya ketika majlis pelancaran album ‘All Your Love’ di Shook Restaurant, Starhill Gallery hari ini.

Single pertama dari album ini yang bertajuk ‘’Falling In Love” sudahpun ke udara pada 16 Julai lalu dan ianya buat pertama kali dipersembahkan kepada umum ketika Malam Gala SimplySiti. Single tersebut menonjolkan susunan muzik yang rancak dan moden dengan alunan liriknya yang masih menampakkan stail dan lenggok Dato’ Siti tersendiri.

Seiring dengan kehadiran album terbaru “All Your Love” ini, Dato Siti tidak ketinggalan dengan melancarkan produk terbaru, Vogue dan Lovely Edition keluaran SimplySiti. Ia koleksi kosmetik yang menjadi solusi kepada keperluan dan keinginan para wanita Malaysia yang mencari gaya solekan sesuai untuk hari istimewa.

Selepas semua khabar angin yang telah melanda pada bulan Ramadan lepas mengenai status Halal SimplySiti, Dato’ Siti telah membuktikan dirinya sebagai seorang usahawan sebenar dengan tampil kehadapan menepis dan menegakkan kebenaran di sebalik khabar berita tersebut yang telah serba sedikit mengancam jenama kecantikkan miliknya.

“Siti sangat sedih dengan khabar angin yang melanda mencemar kredibiliti SimplySiti. SimplySiti telah menaruhkan banyak usaha, masa dan tenaga demi mementingkan produknya mendapatkan sijil Halal supaya pengguna dapat menggunakanya tanpa was-was, baik dari kandungan di dalam produk sehingga ke pemilihan kilang dan peralatan yang digunakan, kesemuanya amat dititikberat oleh SimplySiti supaya memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh Jakim. Kami amat gembira apabila kami mendapat pengiktirafan Halal tersebut. Desas-desus itu adalah tidak benar, SimplySiti sentiasa memastikan produk-produk adalah Halal dan menepati standard yang telah ditetapkan.” Kata Dato’ Siti ketika diwawancara.

Memandang positif ke hadapan, Dato’ Siti meraikan kejayaan SimplySiti dan album terbaru beliau dengan sebuah majlis istimewa iaitu ‘Pelancaran album ‘All Your Love’ di Majlis Rumah Terbuka SimplySiti melalui kolaborasi menarik antara SimplySiti dan What’s Up Entertainment. Majlis itu turut dimeriahkan oleh penghibur terkenal Lan TypeWriter, Shila Hamzah, termasuk Ronnie dan Nahdira, iaitu dua penyanyi baru bernaung dibawah What’s Up Entertainment. Tidak ketinggalan persembahan esklusif oleh Dato’ Siti sendiri yang membawakan tiga buah lagu dari album terbaru beliau. Pada majlis itu juga ada dimuatkan sesi cabutan bertuah dan pemenang bertuah telah mendapat duit raya istimewa dari SimplySiti.

Kolaborasi dari dua syarikat ini tidak hanya untuk majlis tersebut, malah usahasama itu sudah dapat dilihat melalui iklan terbaru Vogue dan Lovely Edition keluaran SimplySiti yang disiarkan pada Hari Raya pertama yang lalu, dimana melodi lagu Inggeris terbaru Dato Siti bertajuk All Your Love digunakan sebagai lagu tema iklan tersebut menampilkan dua wajah baru Qalesha dan Nabiha bergandingan dengan Dato’ Siti. Turut menyumbang dalam iklan tersebut adalah melodi lagu Inggeris terbaru Dato’ Siti bertajuk “All Your Love”. Ia merupakan langkah yang diambil oleh Dato’ Siti sebagai seorang penghibur dan usahawan untuk menemukan dua syarikat berganding bersama dalam satu hasil kerja yang menarik.

Majlis Pelancaran Album “All Your Love” dan Rumah Terbuka SimplySiti diilhamkan dari album itu sendiri. Album yang mendapat sentuhan Andy Warhol ini menggunakan warna-warna ceria bertemakan pop art dengan potret wajah Dato’ Siti. Dengan menggunakan cover album yang ceria dan juga lirik-lirik lagu dalam album “All Your Love” ini menyerlahkan sisi berbeza persona Dato’ Siti yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I’ll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What’s Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production. Ia adalah edaran Warner Music Malaysia.

Sementara itu menurut Adib, pihak What’s Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa.

“Kami tidak mahu membuat sesuatu perkara secara mendadak. Mula-mula, What’s Up akan fokus kepada pasaran di Malaysia dan tidak lama lagi ia akan berada di Indonesia pula diikuti dengan Singapura serta Brunei.

“Selepas itu kami akan memasarkan di negara-negara Asia dan barulah ke Eropah. Bagaimanapun semua itu masih lagi dalam perancangan,” ujarnya.

Peminat boleh mendapatkan album “All Your Love” dipasaran dengan harga RM 29.90 dan untuk anda yang mahukan set kosmetik terbaru, boleh dapatkan Lovely & Vogue Edition di pasaran sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my atau Facebook SimplySiti atau dapatkan info terbaru tentang album “All Your Love” keluaran What’s Up Entertainmnet di www.wue.com.my

Tags: , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan





  • Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak

    September 5th, 2011 | Category: Drama, TV3 |
    No Comments »


    ASAM GARAM KELUARGA BERPOLIGAMI DALAM DRAMA BERSIRI ‘ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK’

    Menyusuli “Gulai Tempoyak Chicken Chop’ di slot Senda Pagi, nantikan kemunculan drama bersiri komedi ‘Antara Maghrib Dan Isyak’ terbitan Suhan Movies Trading yang mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi.

    Logo Antara Maghrib dan Isyak

    Diarahkan oleh Emi Suffian, drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair seperti Zalfie Raoul, Fathil Dhani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Arfah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadalie, Ilya Senario dan ramai lagi.

    Antara Maghrib dan Isyak 4

    Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

    Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.

    Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.

    Antara Maghrib dan Isyak

    Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

    Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.

    Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

    Jangan lupa saksikan drama bersiri komedi Antara Maghrib Dan Isyak menerusi slot Senda Pagi, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi mulai 13 September 2011.

    Antara Maghrib dan Isyak 5

    antara Maghrib dan Isyak 1

    Antara Maghrib dan Isyak 3

    Antara Maghrib dan Isyak 2

    Tags: , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17
  • Zizan Nin Pegang Watak Hitam Dalam Drama Bersiri Subuh & Maghrib
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Gambar Wahid Senario Kahwin Lagi?
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM
  • Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?
  • Jimmy Shanley & Suhaila Bertunang 11 Jun Ini
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009
  • Astro Warna





  • Muzik Video Pesawat Excuse Me

    June 6th, 2011 | Category: Pesawat, Video Muzik |
    No Comments »


    Salam pembaca sekalian, semoga sihat hendakNya. PESAWAT baru sahaja melancarkan musik video “Excuse me” dan ia boleh ditonton melalui youtube di www.youtube.com/pesawatube.

    Musik video tersebut telah mendapat tayangan perdana di MTV Asia pada 30th May yang lalu.

    Excuse me telah diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan Rewan Ishak dari Fluxvisual selaku producer. Beliau telah mengenengahkan konsep “guerilla” untuk musik video tersebut di mana penggambaran telah dijalankan di sekitar Hong Kong. Poster promo untuk musik video Excuse me juga dilampirkan bersama email ini.

    Excuse me merupakan single dari kumpulan PESAWAT yang telah merangkul anugerah “Song of the Year Award” (kategori lagu Inggeris tempatan) dari Hitz.fm pada tahun 2010 melalui VIMA 2010 selain pernah menguasai no.1 di carta Flyfm dan Hitz.fm.

    Selamat menonton and tolong sebarkan ya. Terima kasih.

    Excusemeposter

    Tags: , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pesawat Lancar Single Terbaru HITAM
  • Konsert Jamming Sempena Ulangtahun TV9
  • PESAWAT Lancar Single Terbaru Bandaraya Ibukota
  • Band Pesawat Bawa Peminat Bercuti Dalam Xpresi Kembara
  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Video Lagu Katakan Datin Seri Tiara Jacquelina
  • 10 Artis Indie Malaysia Gegarkan Konsert Gegar Generasiku
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet
  • Muzik Video Altimet SYUKUR Guna Lagu Nilai Cintamu












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK