Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)





















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




KERLIPAN BINTANG-BINTANG BERSAMA NURFATIMAH DAN NORANIZA IDRIS

time May 15th, 2008 | category Category: Noraniza Idris, Nur Fatima, RTM |
comment 5 Comments »

Pada Sabtu ini 17 Mei 2008, Kerlipan Bintang-bintang Bersama Nurfatimah Dan Noraniza Idris akan disiarkan Di RTM2.

Bergelar artis popular dan meniti dunia glamor memang menjadi impian semua. Kenyataan ini mendorong penglibatan seseorang itu menyertai pertandingan nyanyian yang boleh menjadi paltform untuk mencapai impian mereka.

Menyingkap kembali sejarah penglibatan artis-artis kelahiran RTM, maka lahirlah rancangan Bintang-Bintang yang bersiaran sebanyak 14 episod. Minggu ini Bintang-Bintang bakal mengetengahkan artis kesayangan ramai, Nurfatimah (Juara Gala 2 1999) dan juga Noraniza Idris (Separuh Akhir Bintang RTM 1985).

Kemunculan dua artis ini berkongsi pengalaman suka duka mengharungi kehidupan sebagai anak seni pastinya menyumbang pengetahuan kepada peminat setia mereka bukan senang dilabel artis rakaman.

Malah penonton setia Bintang-Bintang sejak lima minggu siarannya lalu pastinya seronok dapat berkongsi dan mengimbas kembali memori klip video artis yang menjadi sanjungan mereka itu. Malah mengundang rasa teruja kerana sebelum ini mereka tidak berpeluang dan berkesempatan mengetahui sepenuhnya rahsia dan pengalaman hidup selebriti kesayangan mereka itu.

Nur Fatimah telah mencebur diri dalam bidang nyanyian seawal umurnya 17 tahun dan pernah dimahkotakan sebagai pemenang Golden Teen Search pada tahun 1999. Berbekalkan dengan pakej bakat vokal nyanyian mantap dan rupa yang eksotik, Nur Fatimah kembali untuk album kedua berjudul Gadis pada tahun 2003. Album yang menggabungkan pelbagai element pop, R&B dan soul ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada karier Nur Fatimah. Namun, yang diimpikan tidak pastinya akan digapai dengan mudah. Yang bermutu tidak semesti mendapat perhatian ramai pendengar. Nur Fatimah kembali sunyi menyepi dalam beberapa ketika. Beberapa tahun selepas itu, Nur Fatimah menjadi pembaca berita di satu stesen TV.

Untuk menambah lagi pengetahuan dalam bidang muzik, Nur Fatimah menyambung pengajiannya dalam bidang muzik dan persembahan di ICOM & OCEAN. Nur Fatimah juga berbakat dalam penulisan lirik lagu dan setakat ini lebih 40 lirik lagu telah dihasilkannya.

Seorang lagi selebriti yang terlibat dalam episode kali ini ialah Noaniza Idris. Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album ‘Melayu Deli’ yang diterbitkan oleh Life Record. Dalam rakaman itu Noraniza Idris telah banyak dibantu oleh Hamidi Rashid yang merupakan A&R Life Record waktu itu. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah ‘Melayu Deli’, Noraniza Idris merakamkan album ‘Singkong dan Keju’. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu dari filem, sebanyak 9 Volume dan seterusnya ‘Nostalgia Malindo’ sebanyak 3 Volume. Setelah tiga tahun menyanyikan lagu-lagu dari filem dan lagu orang lain, akhirnya beliau diberi peluang menyanyikan lagu sendiri dalam albumnya yang bertajuk ‘Inginku Sandarkan Harapan’ pada tahun 1988. Album tersebut berjaya menarik perhatian pendengar dan membuat kehadirannya semakin diterima. Noraniza Idris kemudian mengambil keputusan beralih ke syarikat rakaman Sony Music. Selepas itu beliau tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman lain, sebaliknya hanya membuat album sendiri bersama penyanyi Allahyaraham Abdullah Chik.

Pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album yang bercorak pop tradisional, ‘Ala Dondang’ dengan kerjasama Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti ‘Masyhur’ dan ‘Seri Balas’.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaruan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu ‘Ngajat Tampi’ (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album ‘Bekaba’. Seterusnya, terlahir pula ‘Aura’ dan ‘Sawo Matang’. Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu ‘Lenggok Noraniza Idris: 20 Tahun’. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, ‘Dayung Sampan’, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton rancangan ”Bintang-Bintang” minggu ini bersama dua orang bintang kelahiran RTM yang berbakat besar Nurfatimah (Juara Gala 2 1999) dan juga Noraniza Idris (Separuh Akhir Bintang RTM 1985) yang bersiaran pada 17 Mei 2008 bersamaan hari Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2, Saluran Famili Anda.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Perjanjian Persefahaman Noraniza Idris Production (NIP) dan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd
  • Noraniza Idris Makin Sombong?
  • Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood & NTV7
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Biodata Izwan Pilus
  • Ramlah Ram & Siti Sarah di Bintang-Bintang RTM
  • Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?

    time April 26th, 2008 | category Category: Siti Nurhaliza |
    comment 20 Comments »

    Semakin lama, Datuk Siti Nurhaliza dihujani dengan pertanyaan peminat dan para media, bilakah Datuk Siti Nurhaliza akan melahirkan anak? Namun, sekian lama menanti, akhirnya Siti Nurhaliza akan melahirkan cahaya mata terbarunya pada penghujung tahun ini. Jangan terkejut, yang Budiey maksudkan… Datuk Siti Nurhaliza akan mengeluarkan album terbarunya. Memang ada niat Siti untuk mendapatkan anak, cuma mungkin tidak ada rezeki lagi.

    Siti Lahirkan Cahaya Mata Akhir Tahun Ini
    Setelah berehat seketika, Datuk Siti Nurhaliza akan mula merakamkan lagu di dalam studio pada bulan Jun atau Julai ini. Cahaya mata terbaru Siti, dijangka akan menemui peminat-peminatnya pada penghujung tahun 2008.

    Album berentak etnik dan fusion kontemporari ini akan membariskan nama-nama besar dalam industri rakaman seperti Zubir Ali, Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Abot, Radhi OAG dan beberapa orang lagi. Siti juga telah merakam sebuah lagu hasil dari komposer Indonesia, Katon Bagaskara untuk dimuatkan dalam albumnya.

    Siti merancang untuk berduet dengan beberapa orang artis ternama dan turut mengundang Saida yang baru terkeluar dari Akademi Fantasia. Namun, beliau berharap agar mendapat kerjasama pihak Maestro dalam menyusun jadual Saida.

    Berikut ini foto-foto Datuk Siti Nurhaliza yang tampil sederhana di Sesi Temubual bersama Media di PNB Darby Park siri kedua untuk tatapan korang.

    siti nurhaliza

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Datuk Siti Nurhaliza Mengandung Hamil Anak Pertama?
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK