Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI di RTM2

September 18th, 2008 | Category: Ezany Nizariff, Filem, Kartina Aziz, Zul Huzaimy |
2 Comments »


RTM2 MENGHIDANGKAN TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang dinantikan oleh setiap umat Islam bagi meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi segala dugaan sepanjang bulan Ramadhan. Bagi menceriakan lagi suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan filem-filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

Bagi perayaan Aidilfitri kali ini RTM2 telah membariskan tiga buah filem hebat lagi menarik buat tatapan semua. Antaranya, ‘Cinta Yang Satu’ dan ‘Syaitan’ yang menghiasi slot Movie Khas Aidilfitri. Manakala, filem ‘Man Laksa’ akan menghiasi slot Sinema Jumaat. Diharap ia dapat membantu anda mengisi hari cuti anda seisi keluarga.

Tirai akan dibuka pada 1 Oktober 2008 (Rabu), jam 9.00 malam. Menerusi filem ‘Cinta Yang Satu’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Zulaikha dan Wira yang bercinta sejak zaman di bangku sekolah lagi. Setelah mengakhiri zaman persekolahan Zulaikha melanjutkan pengajian ke luar negara sementara Wira mengendalikan perniagaan keluarga.

Sewaktu ketiadaan Zulaikha, Wira bertemu dengan Jamilah dan mengambilnya menjadi teman wanitanya bagi menghilangkan kebosanannya. Sewaktu Zulaikha pulang ke tanah air dia dapat menyaksikan ada sesuatu yang tidak kena di antara Wira dan juga Jamilah. Terpancar kemesraan yang luar biasa dalam perhubungan mereka bereka berdua. Apakah kesudahan hubungan cinta antara Wira dan Zulaikha ?. Siapakah yang bertuah bertakhta di hati Wira ? 

Filem hebat ini dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai teraju utama. Mungkin sebelum ini, kita sudah terbiasa kita menonton Zul Huzaimy memegang watak jahat atau antagonis, tetapi kali ini beliau mencuba untuk memegang watak hero yang baik dan romantis. Turut menjayakan filem ini adalah Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff dan Aida Radzwill.

Pada keesokan harinya, 2 Oktober 2008 (Khamis) pada jam 9.00 malam menerusi dengan menampilkan sebuah filem hebat bertajuk ‘Syaitan’ khas buat tontonan seisi keluarga. Filem ini berkisar tentang Dalila yang dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapanya. Dia telah dipaksa berkahwin dengan Muslim dan menjadi isteri keduanya. Keadaan ini menyebabkan Dalila berasa amat tertekan. Hal ini menyebabkannya terus berhubung dengan Saad, bekas teman lelakinya.

Saad masih tidak dapat menerima hhakikat bahawa gadis idamannya telah menjadi isteri orang. Dendam kesumat yang beraja di hati Saad menyebabkannya bertindak di luar batasan terhadap Muslim dengan merancang pembunuhan Muslim. Akhirnya, Muslim terlantar koma dan adakah ia berlaku hasil pakatan Saad dan Dalila untuk membunuhnya ?  
 
Barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini adalah Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah dan Ellie Suriati.

Manakala pada 3 Oktober 2008 (Jumaat) jam 1.00 petang para penonton berpeluang menonton sebuah filem bertajuk ‘Man Laksa’. Cereka ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang terkenal dengan nama panggilan Man Laksa. Dia merupakan seorang jejaka yang pemalu dan mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya.

Dalam diam Man Laksa menyimpa perasaan terhadap Chah, anak kepada Ketua Kampung Tuan Hj. Sukarno. Man berhasrat untuk melamar Chah pada satu majlis malam amal. Namun begitu, berlakunya kekecohan sewaktu malam amal tersebut lantaran ramai artis yang dijanjikan tidak dapat hadir. Berjayakah Man melamar chah menjari ratu hatinya ?
 
Barisan pelakon terkenal yang menjayakan filem ini Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail dan Kartina Aziz.

Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

[tags]Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail, Kartina Aziz, Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff, Aida Radzwill, Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah, Ellie Suriati, akasia, amrin tv3, apple mac, gangstarz season 2, handphone, naked, football jerseys, Funny Youtube Videos, gita gutawa, bugil, satin nightwear, sexy black dress, Shop Online, singapore, sleepwear, spaghetti strap, richest[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Kad Raya, E-kad Aidilfitri, TV Raya, Pelita Raya, Apa Lagi?
  • DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • HASNOL RAHMAT, DAYANG NAZILA, KUNA DALAM SLOT TELEMOVIE RAYA RTM2
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous





  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event

    July 27th, 2008 | Category: Gambar, Mawi |
    15 Comments »


    Pada jam 5 petang tadi, Budiey telah menemani IZ OIAM2 untuk bermain bowling di Jom Bowling Muzik FM di Ampang SuperBowl @ Times Square, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

    Antara selebriti yang Budiey temui ialah Sahri, Amylia, Rosma, Khai dan juga bintang AF yang semakin diasak dengan soalan bila akan berkahwin dengan Ekin iaitu Mawi.

    Nampak macam khusyuk benar Mawi bercerita dengan kenalannya. Macam Mawi stress je. Ada masalah ke Mawi?

    Kenapa ni Mawi?

    Boleh ke aku main bowling ni?

    Jom Bowling @ Muzik FM – Longest Non Stop Bowling Event 33 Jam Tanpa Henti’ telah diadakan pada 26 hingga 27 Julai ini bakal mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records. Khabarnya, event terulung ini akan berakhir pada jam 9 malam ini.

    [tags]mawi, gambar mawi, images, picture, wedding usahawan, ekin, mawi bersanding, umno bersatu, pas, sunsilk, pemenang so you think, bowling, muzik fm, website, iz oiam, sahri, rosma, sleeq, singapore, new car, nissan, suzuki, proton picture[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • BOWLING TOURNAMENT BERSAMA DIDDY ANJURAN DIDDYFC
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Gambar-Gambar Kenangan Sepanjang Minggu Ini
  • U Mobile Crowns Bowling Champions
  • U Mobile Supports The Visually-Impaired
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Celine Dion – Taking Chances New Album Listening Party
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?





  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?

    July 6th, 2008 | Category: Fahrin Ahmad, Gossip |
    43 Comments »


    Budiey ada cakap pada entri lalu, pelakon Fahrin Ahmad katanya berkawan rapat pula dengan pelakon Singapura bernama Rima Melati. Rima sebenarnya janda yang dah bercerai tahun lalu. Fahrin kenal dan berkawan dengan Rima sejak empat tahun lalu.

    Jadi, apa respon Linda Onn bila dapat tahu Fahrin dah rapat dengan Rima setelah hubungan cinta Fahrin tidak berbalas? Linda gembira? Sedih? Marah? Oh, sedih apa lagi? Kan diorang ni putus pun sebab Linda cakap yang Fahrin hanya kawan tapi mesra sahaja. Tidak lebih dari itu.

    Adalah Budiey dengar, Linda melenting dan rasa tak selesa bila dengar Fahrin berkawan dengan Rima. Tapi yang berlaku di Singapura lain pula, apabila kecoh gossip mengatakan Fahrin dah kahwin dengan Rima. Padahal, itu semua hanyalah spekulasi dan gossip semata-mata.

    Kalau dah kahwin mesti ada kad jemputannya, kan Fahrin?

    [tags]fahrin, kahwin, linda onn, rima melati, kisah artis, kontroversi, skinny, gossip, celebrity, singapore, artist, janda, ibu tunggal[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Photo Romance Romantic Couple Rima Melati & Marcell
  • Gambar Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
  • Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mahu Kahwin?
  • Anuar Zain Cover Majalah Manja Keluaran Oktober
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Fahrin Ahmad Setelah Putus Cinta dengan Linda Onn
  • Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK