Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Hafiz AF7 Bersama Kekasih Baru

February 8th, 2012 | Category: Gossip, Hafiz AF7 |
No Comments »


Hafiz (AF7) Tepis Dakwaan Telah Temui Pengganti Adira

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

hafiz AF7

Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

“Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi. Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta,”

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

“Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya. Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti. Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya,” ujarnya.

Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

“Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi. Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza,” tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Gambar Panas Hafiz AF7
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Gambar Hafiz AF di di Suria FM Together-Gather Bersama Media
  • Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7





  • BIO Mariah Carey

    May 16th, 2011 | Category: Astro |
    No Comments »


    Astro channel 731

    BIO.Beat: Mariah Carey

    Premiering on 23 May 2011, Monday @ 9pm

    In 1999 when her song “Heartbreaker” set the record for most weeks at number-one, it was the Beatles record that Mariah Carey broke. And in 2008 when she set the record for most number-one singles for a solo artist in the US, she cruised past Elvis.

    15672822

    Biography will chronicle her rise to fame with husband/producer/svengali Tommy Mottola; her climb up the music industry ladder to become the world’s number one female artist of the 90s; the flop that was Glitter; her physical and emotional breakdown in 2001; her much talked about weight struggles, her diva reputation, and the eventual rebirth of her career and personal life in the last few years including more chart topping music, a star turn (as a non-star) in “Precious,” marriage to the much younger Nick Cannon and now at the age of 40, impending motherhood.

    This program is available in Bahasa Malaysia and Chinese subtitles.

    Mariah Carey1

    Tags: , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Minggu Setiausaha Dayang Nurfaizah di Hotel Federal
  • Red Carpet Photo OSCARS 2010 82nd Annual Academy Awards
  • Amanda Imani Ke International Pop Music Festival Discovery 2011
  • Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011
  • Celine Dion Concert Tour Taking Chances Kuala Lumpur 13 April
  • Photos Leona Lewis MTV Asia Awards 2008
  • Westlive Live In Kuala Lumpur Gravity Tour 2011
  • Konsert Westlife Live in KL
  • Samsung Galaxy Tab 7 Plus In Malaysia
  • Sharmaine & Stephanie Avon Voices Contender Profile





  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1

    May 11th, 2011 | Category: TV1 |
    No Comments »


    RTM Kongsi Kisah Peribadi Shah Rukh Khan Dalam Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1

    Khas buat penonton setia salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan khas siri superstar Bollywood Shah Rukh Khan yang secara eksklusifnya berkongsi dunia peribadi bintang popular seluruh dunia itu.

    Program Living With A Superstar Shah Rukh Khan yang telah pun mula bersiaran 8 Mei lalu menemui penonton setiap Ahad, jam 3.05 petang di TV1 ternyata menerima sambutan baik penonton yang sebelum ini teruja mahu mengetahui kisah peribadi bintang pujaan yang telah menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, tahun 2008 lalu.

    Penganugerahan itu sekaligus menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama bergelar Datuk. Anugerah yang diterima bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

    Sepanjang 10 episod siarannya, Shah Rukh Khan yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University itu berkongsi format televisyen yang unik dimana untuk pertama kalinya, penonton dibawa ke dalam dunia peribadi dan eksklusif Shah Rukh Khan.

    Program ini menyajikan penonton dengan mengintip ke dalam kehidupan superstar itu dan sekaligus mengetahui pengalaman seumur hidupnya. Malah turut dipaparkan aspek kehidupan peribadinya yang selama ini tidak pernah sekalipun dengan peminatnya.

    Penonton disajikan dengan relaliti kehidupan seharian yang lengkap Shah Rukh Khan bersama keluarga ketika masa bercuti, hubungan dengan isterinya, adik-beradik, anak-anak dan teman-temannya dalam program khas yang diarahkan oleh pengarah terkenal Samar Khan.

    Siri ini pastinya bakal mengubah seni membuat filem dokumentari dimana ia membolehkan penonton televisyen menjadi sebahagian dari kehidupan superstar dan saksi saat-saat paling peribadi dan kehidupan peribadi rutin seharian.

    Seterusnya menerusi program ini turut menyoroti pengalaman Shah Rukh Khan sebagai duta jenama untuk produk, penglibatannya dalam filem Nama Saya Khan dan caranya bekerja dengan krew penerbitan filem yang bekerja untuknya.

    Pastinya penonton bertuah kerana menerusi program ini, Shah Rukh Khan membongkar rahsia bagaimana cara dirinya bertindak untuk merencana visi dan masa depannya kelak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bintang hebat ini, pastikan anda meluangkan masa hujung minggu menyaksikan Program Living With A Superstar Shah Rukh Khan setiap Ahad, jam 3.05 Petang di TV1.

    My Name is Khan -Shah Rukh

    Tags: , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan Timbul Isu?
  • Konsert Shah Rukh Khan di Melaka 11 Disember 2009
  • OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN
  • Gambar Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk
  • Video Shah Rukh Khan Terima Pangkat Datuk di Melaka
  • Filem Don 2 Shahrukh Khan
  • Peraduan Movie Day Out Budiey.com Menonton DON 2
  • Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
  • Filem Hindi Terbaik di TV3 Sepanjang Mei & Jun
  • Pelancaran Drama Sari Maya Lakonan Zizie Ezette, Kuza, Nabila Huda












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK