Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Kejutan Hari Jadi Syamsul Yusof di Prebiu KL Gangster

May 24th, 2011 | Category: Filem, Syamsul Yusof, Ulasan, Zizan Raja Lawak |
1 Comment »


Semasa Prebiu Media KL Gangster semalam, Budiey pun sebenarnya tak sangka diorang akan celebrate hari jadi pelakon dan pengarah filem muda, Syamsul Yusof. Wah, dah makin meningkat usia nampaknya anak lelaki Datuk Yusof Haslam ni. Sejurus selepas sesi ucapan dan tangkap gambar pelakon di depan skrin, tiba-tiba lampu dalam dewan 7, Cathay Cineleisure Mutiara Damansara dipadamkan. Serentak, kedengaran lagu Selamat Hari Jadi berkumandang, dinyanyikan oleh mummynya yang membawa kek, daddy Syamsul Datuk Yusof Haslam serta pelakon dan semua yang ada di dewan. Budiey pun apa lagi, terus je pusing balik untuk ambil gambar. Ingat ke acara dah selesai.

TONTON VIDEO SAMBUTAN HARI JADI SYAMSUL YUSOF

Sebenarnya, hari jadi Syamsul jatuh pada 21 Mei lalu. Kira ni dah ‘belated’ la eh. Syamsul dilahirkan pada tahun 1984. Wah, kira umur Syamsul dah cecah 27 tahun la ya. Orang kata, kalau dah sampai umur macam ni, sesuai sangat la kalau Syamsul cari kekasih. Mak Syamsul dan ayah pun duk tanya, bila nak kawin ni. Tak sabar nak makan nasi minyak.

Syamsul Yusof

Kepada Syamsul Yusof, Budiey nak ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk kamu ya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam menghasilkan filem yang hebat-hebat di masa akan datang.

Filem KL Gangster yang dipertontonkan kepada media semalam mendapat pelbagai komen. Apa yang boleh Budiey katakan, filem ke-5 karya pengarah muda ini lebih memberi fokus kepada kehidupan mafia di ibu kota yang sangat kelakuan mereka sangat ganas. Padat dengan aksi dan bahasa yang digunakan juga pun bukan main ganas jugak, asyik wa – lu – wa – lu. Tapi filem ni takdelah nak mengganas memanjang, sebab diselitkan juga drama sedih dan komedi. Nak tahu lebih lanjut kena tonton la ya. Filem ini akan ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Seperti adanya, Syamsul Yusof begitu mengharapkan filem ini diterima oleh semua peminat. Selain menjadi sutradara, mengarah & berlakon, Syamsul juga turut bergabung dengan Rizal Ashraf dalam menulis skrip filem ini. Watak yang dipegang oleh Syamsul iaitu Shark (sebijik macam ikan jerung daaa) bukan main ganas la, ada tattoo kat leher. Menurut ceritanya, Syamsul sengaja buat dirinya rasa stres untuk mendalami watak Shark, seorang gangster yang sangat kejam, tamak dan selalu busuk hati, dan yang penting, misi Shark ni mahu menjadi ketua segala mafia di KL dan menghapuskan Malek (lakonan Aaron Aziz) yang dah kembali ke jalan benar.

Dalam cerita ni, Shark sebenarnya anak tiri kepada King (lakonan Ridzuan Hashim) yang juga turut menjadi ketua kongsi gelap paling disegani di KL. Kira anak beranak ni memang mafia. Baik ayah, baik anak dua kali lima je perangai diorang. Kadang-kadang tu, walaupun dengan ayah tiri, si Shark ni memang biadap sikit sebab tak hormat dengan ayahnya. Sampai satu masa, Shark menyimpan dendam kepada ayah tirinya.

Selain Syamsul, filem yang menelan belanja 2.1 juta ini dijayakan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.

Tahniah buat Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem KL Gangster ni. Bukan senang nak bawa watak Shark ni ya sebab memerlukan Syamsul menjiwai watak yang lebih agresif dan panas baran. Asyik nak marah dan melenting je. Itu yang jadi cabaran utama untuk Syamsul. Sebelum ke set pengambaran, Syamsul buat casting dulu ke atas dirinya dan makan masa berminggu-minggu untuk menjiwa watak Shark ni.

Dalam 2-3 hari lagi, maka adalah tu rebiu dalam akhbar tempatan.

Oh ya, Budiey diberitahu, Khurafat 2 akan dibuat tak lama lagi. Tapi jangan ingat ada kesinambungan dari Khurafat sebelum ni. Khurafat 2 katanya adalah sebuah filem seram komedi.

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Budiey:
Saksikan Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa pada Selasa 24 Mei, jam 11.00 malam secara langsung bersama Faizal Tahir, Aizat, Jaclyn Victor, Black, Noh Hujan dan Lan Typewriter dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Salurkan derma anda melalui rancangan ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • KL Gangster Kutip RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari
  • Trailer & Sinopsis FIlem KL Gangster
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Fesyen Rambut Terkini Syamsul Yusof
  • Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy
  • Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • PEKIDA Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul Yusof
  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2



  • MAMMA MIA! The Smash Hit Musical Istana Budaya Launching

    October 19th, 2008 | Category: Istana Budaya, Teater |
    1 Comment »


    MAMMA MIA! The Smash Hit Musical is officially launched today at Renaissance Kuala Lumpur Hotel.

    Present at the launch are Datin Linda Ngiam, Group Managing Director/Chief Executive Officer of Star Publications (M) Berhad; Tan Sri Dato’ Sri Liew Kee Sin, Group Managing Director/Chief Executive Officer of SP Setia Berhad; Datuk Steven Tan, Executive Deputy Chairman of Star Publications (M) Berhad and Chairman of Star Foundation; the official partners of MAMMA MIA! – HSBC Bank Malaysia Berhad, Renaissance Kuala Lumpur Hotel and TNT Express Worldwide, the Media Partners – ntv7, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, Red FM, 988 and Suria FM, representatives from Istana Budaya Kuala Lumpur and members of the media.  

    Pic: Cast members of West End musical Mamma Mia! (from left) Lucy Miller, Hannah Robertson, Helen Hobson and Claire Cassidy striking a pose after performing snippets from the show at its official launching in Renaissance Hotel, Kuala Lumpur on 16th October 2008.

    Also attending the event is the cast of MAMMA MIA! from London – Helen Hobson (who plays Donna), Hannah Robertson (Sophie), Lucy Miller (Ali) and Claire Cassidy (Lisa), and MAMMA MIA! London company manager, Phillip Effemy. They are in Kuala Lumpur for the official launch, as well as for a 5-day promotional tour and roadshow starting 15th October.

    The official partners and media partners of MAMMA MIA! are introduced today and guests are treated to a sneak preview of the musical. There is also a special performance by the cast who will belt out hits from the best-selling musical which are based on songs of Swedish pop sensation ABBA. 

    Over 30 million people all around the world have fallen in love with the characters, the story and the music that make MAMMA MIA! the ultimate feel-good show!

    Now it’s a once-in-a-lifetime opportunity for Malaysians to watch this best-selling London West End musical and world’s No.1 show live in Kuala Lumpur.

    MAMMA MIA! has played in more than 25 major cities around the world and an estimated 17,000 people – across all ages and national boundaries – are said to see the show daily. This is the first time the International Touring production in the original English language is coming to Asia.

    MAMMA MIA! tells of a young bride-to-be who invites three of her mother’s old boyfriends to her wedding in the hope of finding her real father. The musical offers a glittering blend of comedy and music from the lovable songs of the ‘70s and ‘80s pop group ABBA, and has enormous appeal thanks to its catchy tunes and universal themes.

    The musical in London continues to receive a rapturous welcome from the audience every night, and from its popularity and rave reviews worldwide, it is anticipated that MAMMA MIA! will be one of the most successful and memorable musicals to arrive on Malaysian shores.

    MAMMA MIA! will be staged at Istana Budaya, Kuala Lumpur from 17th December 2008 to 1st January 2009. Don’t miss the chance to savour the infectious music coming to life in this stage musical.

    For tickets to the Charity Night (17th December), call The Star at 03-7967 1232 / 1238. Ticket prices range from RM450 to RM900. Proceeds go to Star Foundation, the charity arm of the Star media group.

    For the rest of the shows, enjoy the early bird discount of 20% when you purchase your tickets by 31st October. Tickets are priced from RM150 to RM500 each, and are available through AXCESS Hotline: 03-7711 5000, online at www.axcess.com.my and all authorised AXCESS ticket outlets.

    MAMMA MIA! The Smash Hit Musical is brought to Malaysia by The Star and SP Setia, with the support of the Ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage. HSBC Bank Malaysia Berhad is the official credit card; Renaissance Kuala Lumpur Hotel is the official hotel; and TNT Express Worldwide is the official logistics partner. Media partners include ntv7, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, Red FM, 988 and Suria FM.

    Dua tahun pujuk untuk pentaskan Mamma Mia di Malaysia!
    Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN

    DEMAM teater muzikal Mamma Mia yang popular di peringkat antarabangsa kini tiba ke Malaysia.

    Populariti teater yang diangkat dari nashkah filem ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dan kerana kemasyhurannya itu juga, teater ini telah berjaya dipentaskan di kira-kira
    Lakonan bertenaga oleh para pelakon Mamma Mia di Istana Budaya yang dipentaskan mulai semalam hingga 4 Januari depan. Ia juga telah  dan sebagainya.

    Menurut penerbit antarabangsa teater Mamma Mia, Nick Grace sebelum teater ini dialih bahasa, pihak penerbitan Mamma Mia akan memastikan bahawa negara tersebut punya pelakon yang sesuai untuk membawakan watak-watak dalam teater ini. Mamma Mia dibintangi oleh pelakon berbakat dan profesional.

    “Kita akan pastikan mereka punya pelakon tempatan yang boleh membawakan watak ini terlebih dahulu. Kami tidak mahu skrip asalnya berubah dengan keadaan persekitaran yang berbeza,” katanya dalam sidang media teater itu semalam.

    Jelas Nick lagi, bukan mudah untuk membawa teater muzikal ini ke seluruh dunia kerana masalah ’props’ menjadi sedikit halangan kepada mereka. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor turut menghadiri pementasan amal Mamma Mia.

    “Bukan mudah untuk membawa teater ini ke seluruh dunia. Kami bukan sekadar membawa pelakon-pelakonnya sahaja. Malah kami turut membawa peralatan dan kelengkapan yang mempunyai berat 80 tan setiap kali persembahan teater ini diadakan. Mamma Mia telah menjadi satu jenama yang sangat popular dan kami mahu memberikan yang terbaik kepada penonton dan peminat setia Mamma Mia di seluruh dunia.

    “Dengan membawa hampir kesemua kelengkapan seperti, pakaian, set studio, lighting dan sebagaianya daripada Britain, kami mahu ia kelihatan sama dengan teater yang dipentaskan di England hampir sedekad yang lalu,” ujarnya.

    Menurutnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilakukan dan selepas dipentaskan di Malaysia, Mamma Mia akan dipentaskan di Vienna, Austria pula.

    Jadual yang cukup padat untuk teater ini sepanjang tahun menjadikannya ia sangat dikenali di seluruh dunia apabila kira-kira 30,000 orang telah menonton teater ini.

    Ditanya mengenai kekuatan krew serta barisan pelakon yang dimiliki, Nick berkata, Mamma Mia mempunyai krew seramai 89 orang dengan 31 daripadanya adalah pelakon utama dan watak sampingan manakala selebihnya adalah krew di sebalik tabir teater ini.

    “Kami turut menggunakan khidmat orang tempatan bagi melancarkan perjalanan teater ini dan kami seronok untuk berada di Malaysia. Orang-orang di sini ceria dan ramah belaka,” ujarnya.

    Jelas beliau, barisan pelakon teater ini sudah tidak sabar untuk meraikan Krismas serta Tahun Baru di negara ini. Mereka (pelakon) teruja untuk meraikan Krismas di sini. Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini. Mereka juga sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya,” katanya.

    Sementara itu, menurut Pengurus Kanan Pemasaran The Star Publication Sdn Bhd, Iris Tan, bukan mudah untuk menyakinkan serta memujuk Nick di peringkat awal.

    “Kami telah lama ingin membawa Mamma Mia ke sini, hampir dua tahun kami telah cuba menyakinkan Nick dan akhirnya beliau berjaya untuk membawa teater ini ke Malaysia,” katanya.

    “Kami gembira untuk membawa teater ini ke negara ini dan mahu masyarakat di sini dapat menyaksikan persembahan yang berkualiti di peringkat antarabangsa. Kami mahu mempersembahkan rancangan hiburan yang terbaik kepada anda,” ujar Iris.

    Aksi penonton yang teruja dengan persembahan tarian muzikal Mamma Mia di Istana Budaya.

    Tambah beliau, persembahan pembukaan dimulakan dengan Malam Amal dimana kutipan daripada penjualan tiket pada malam itu akan disalurkan kepada Star Foundation yang merupakan Yayasan Amal bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam bidang pendidikan, kesihatan serta kebajikan mereka.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal telah merasmikannya malam tadi.

    Najib turut menyampaikan hasil tiket persembahan amal bernilai RM1.2 juta kepada 10 badan kebajikan termasuk Yayasan Insitut Jantung, Befrienders Kuala Lumpur dan Persatuan Hospis Malaysia.

    Sementara itu, pada malam ini Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultanah Zanariah telah perkenan mencemar duli untuk menyaksikan teater tersebut.

    Mamma Mia, di bawakan khas oleh The Star dan SP Setia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan, HSBC Bank, Renaissance Kuala Lumpur, TNT Express Worldwide, NTV7, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, Red FM,988 dan Suria FM

    Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan, kira-kira 30, 000 tiket telah habis dijual. Pihak penaja telah mengumumkan penambahan empat lagi persembahan bagi teater ini. Ia akan disiarkan pada 2 Januari 2009 (8.30 malam), 3 Januari (3 petang dan 8.30 malam) dan 4 Januari (3 petang).

    [tags]mama mia, the smash hit musical, ticket mama mia, gambar mama mia, film mama mia, review, axcess website, International Touring production, TNT Express Worldwide, Helen Hobson, Hannah Robertson, Lucy Miller, Claire Cassidy[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Lagu Teater Musical Mamma Mia di Istana Budaya
  • Dreamgirls The Musical
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Sekitar Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Jun – Disember 2008
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Gambar Morgan di Mini Showcase SM*SH di Sungei Wang Plaza
  • Gambar Dicky di Mini Showcase SM*SH di Sungei Wang Plaza
  • Gambar SMASH di Sesi Photo RoadTour KL Malaysia
  • Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2



  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3

    July 10th, 2008 | Category: Drama |
    20 Comments »


    Selepas memperkenalkan Susuk, Anak Pontianak dan Saka, slot Seram terbitan TV3 bakal menayangkan Kekasihku Seru melewati kaca televisyen anda setiap hari Khamis, 9.30 malam mulai 24 Julai 2008.

    Drama bersiri 13 episod ini mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan.

    Kekasihku Seru mengisahkan tentang Marisa (Emilda Rosmila) yang menemui perkara misteri di dalam hidupnya ketika mencari keluarga kandungnya. Misteri itu mempunyai kaitan dengan Waris (Hairi Othman) yang telah hidup selama 100 tahun dan untuk melanjutkan hayatnya itu dia memerlukan seorang kekasih untuk terus berada di dunia dan sanggup melakukan apa sahaja demi hasratnya itu.

    Sementara itu, Rashad (Fizz Fairuz) telah kehilangan anak dan isterinya yang terkorban di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, penglihatan Rashad mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya.

    [tags]Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, synopsis batman, the dark knight, review, preview, wallpaper, sms, red cliff, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar, Mazlan, Susuk, Anak Pontianak, Saka, drama kekasihku seru[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Quotes of The Day: Kekasihku Seru
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Sekitar Pelancaran Drama Kekasihku Seru Lakonan Hairi Othman, Rose Iskandar
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Tania Zara Pelakon Pembantu Dalam Drama Kekasihku Seru
  • Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3
  • Drama Penunggu Gunung Raya & Siong TV3
  • Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK