Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Nabila Huda Mahu Bercerai

August 24th, 2011 | Category: Artis Bercerai, Nabila Huda |
No Comments »


Dipetik dari Media Hiburan: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja industri dikejutkan dengan khabar pelakon versatil Nabila Huda Suhaimi, 27, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun hidup berumah tangga.

Pun begitu, permohonan cerai yang hendak difailkan semalam, 22 Ogos di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.

nabila-huda

Nabila yang dihubungi MH Online berkata;

“Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua. Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.”

Ditanyakan lebih lanjut, apakah permasalahan yang wujud dalam rumah tangga mereka, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sudah tidak wujud persefahaman antara mereka.

“Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi.

“Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua,” ujar Abil lagi yang menafikan wujudnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Papa Tidak Tahu

Nabila juga memberitahu yang mana masalahnya ini tidak diketahui oleh bapa mahupun keluarganya yang lain.

“Saya tidak beritahu pun pada papa dan keluarga yang lain. Semuanya saya buat sendiri. Apa yang berlaku selepas ini pun saya akan lalui dan terimanya seorang diri,” ujarnya lagi.

Nabila dan Zaidi bernikah pada 6 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada 11 Mei 2010 iaitu Keisha Laila.

Nabila Huda mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati”

Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Semoga sempena bulan yang berkat dan Syawal yang bakal tiba ini dapat membuka hati Nabila dan Zaidy untuk mencari dimana silapnya dan membaiki segala kekurangan diri. Kesian dengan baby Keisha.

Dipetik dari Portal Murai:  Tiada angin mahu pun gosip mengenai masalah rumahtangga, Murai Batu mendapat tahu rupanya pelakon, Nabila Huda mahu bercerai. Terkejut Murai Batu kerana sebelum ini kisah mengenai rumahtangga mereka langsung tak pernah dengar.

Tambahan lagi selepas melahirkan anak (Keisha), Murai Batu sangka kehidupan mereka bahagia saja. Benarlah kata orang air sungai yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Dengarnya Nabila Huda telah pergi menfailkan penceraian di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam, setelah merasai kehidupan rumahtangganya bersama Zaidy Zailani yang dibina 3 tahun sudah tak mampu diselamatkan.

Itu antara sebab dia mahu menfailkan penceraian agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Memandangkan masalah antara mereka telah dipendam lama. Tetapi hasrat Nabila tertangguh apabila dia terlupa membawa surat nikah.

Hubungan mereka sememangnya telah pun bergelora sejak 2 tahun lalu, namun Nabila Huda mengharapkan selepas dikurniakan cahayamata segalanya dapat diatasi.Namun kemelut yang melanda mereka tetap juga tak dapat diselesaikan. Malah khabarnya ayahnya, rocker terkenal, Amy Search juga terkejut dengan apa yang berlaku.

Murai Batu pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenai masalah dalam sesebuah rumahtangga. Pastinya keputusan yang dibuat oleh Nabila bersebab dan ada hikmah di sebalik segalanya. Doa Murai Batu semoga Nabila baik pun Zaidy dapat menempuh kehidupan yang lebih baik selepas ini. via Murai

Komen Amy Search (Bapa Nabila)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

“Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya. Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi,” katanya.

Nabila Huda

Nabila Huda

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Gambar Nabila Huda dan Nora Danish di Malam Gala PISAU CUKUR
  • Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
  • Drama Amukan Pocong
  • Gambar Seksi Nabila Huda di Festival Filem Malaysia 21
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • Ady Putra, Nabila Huda, Natasha Hudson dalam Emily



  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event

    July 27th, 2008 | Category: Gambar, Mawi |
    15 Comments »


    Pada jam 5 petang tadi, Budiey telah menemani IZ OIAM2 untuk bermain bowling di Jom Bowling Muzik FM di Ampang SuperBowl @ Times Square, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

    Antara selebriti yang Budiey temui ialah Sahri, Amylia, Rosma, Khai dan juga bintang AF yang semakin diasak dengan soalan bila akan berkahwin dengan Ekin iaitu Mawi.

    Nampak macam khusyuk benar Mawi bercerita dengan kenalannya. Macam Mawi stress je. Ada masalah ke Mawi?

    Kenapa ni Mawi?

    Boleh ke aku main bowling ni?

    Jom Bowling @ Muzik FM – Longest Non Stop Bowling Event 33 Jam Tanpa Henti’ telah diadakan pada 26 hingga 27 Julai ini bakal mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records. Khabarnya, event terulung ini akan berakhir pada jam 9 malam ini.

    [tags]mawi, gambar mawi, images, picture, wedding usahawan, ekin, mawi bersanding, umno bersatu, pas, sunsilk, pemenang so you think, bowling, muzik fm, website, iz oiam, sahri, rosma, sleeq, singapore, new car, nissan, suzuki, proton picture[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • BOWLING TOURNAMENT BERSAMA DIDDY ANJURAN DIDDYFC
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Gambar-Gambar Kenangan Sepanjang Minggu Ini
  • U Mobile Crowns Bowling Champions
  • U Mobile Supports The Visually-Impaired
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Celine Dion – Taking Chances New Album Listening Party
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?



  • Akhirnya Filem ‘The Liwat 2′ Ditayangkan…?

    July 22nd, 2008 | Category: Filem |
    10 Comments »


    Oleh C4boleh

    Akhirnya filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat filem dari sequel yang pertama ‘The Liwat 98′ akan terubat jua setelah penerbit filem ini bersetuju menerbitkannya kerana telah mendapat suntikan dana yang baru. Filem ‘The Liwat 2′ kini sedang ditayangkan ke seluruh dunia setelah lebih 10 tahun berlalu. Filem ini dijangka akan memecahkan panggung dengan tangisan, suspen dgn aksi kejar mengejar, lif hampir meletup, komedi, air mata, pengorbanan paling menyentuh jiwa dan aksi liwat meliwat.

    ‘Filem ini terpaksa disambung oleh penerbitnya iaitu Bee End Film Production Sdn. Bhd. kerana penamat kepada cerita yang pertama masih tergantung…’ Kata JibTuya yang kini menjadi pengarah filem yang menggantikan Matded 10 tahun yang lalu. Matded telah bersara menjadi pengarah pada tahun 2003 setelah gagal membuat skrip yang lebih kemas. Dia telah dipecat oleh lembaga pengarah BNFPSB selepas itu.

    ‘Oleh kerana penjahat liwat tersebut masih belum serik-serik meliwat maka oleh itulah filem ini disambungkan…’ katanya lagi. ‘Watak penjahat masih dipegang oleh pelakon yang sama iaitu Anwa kerana masih menampilkan lakonan yang berkesan…’ tambahnya lagi.

    Watak polis yang menyiasat kes ini telah bertukar kepada Bakri Zin setelah KP sedang disiasat oleh BPR kerana dia mempunyai kes dimana memalsukan keterangan dalam filem ‘The Liwat 98′ yang lalu.

    Mangsa liwat juga adalah pelakon baru yang sedang mengilap namanya di arena seni tanahair iaitu Sai Fool yang masih berumur 23 tahun. Pada 10 tahun yang lepas mangsanya adalah seorang pemandu tertuduh yang bernama Azizan.

    Menurut jalan ceritanya Sai Fool yang berbadan sasa dan tinggi 6 kaki mendakwa telah diliwat oleh Anwa di sebuah kondominium mewah berharga 2.2 juta ringgit. Anehnya mangsa tidak melawan semasa diliwat oleh seorang tua berumur 62 tahun, mungkin dia rasa syok juga sebab tu dia biarkan saja.

    Walaupun Anwa telah bersetuju untuk menyerah diri pada pukul 2.00 petang ke balai polis tapi oleh kerana kecekapan polis menyaksikan kereta Anwa dipintas oleh polis bertopeng yang mendakwa mereka adalah sangat profesional.

    Episod didalam balai ada unsur xxx dimana alat sulit telah diukur juga dipaparkan dalam filem ini. Babak ini sangat penting untuk menjayakan filem ini, tanpa babak ini tentu rosak jalan ceritanya.

    Kepada peminat-peminat filem ini silalah menyaksikan jalan cerita seterusnya apabila tertuduh dibawa ke mahkamah untuk diadili nanti. Anda tidak perlu membeli tiket untuk menontonnya kerana ianya akan ditunjukkan melalui media massa dari masa ke masa. Jika anda tertinggal boleh melayari internet untuk mengetahui jalan akhir cerita ini samada Anwa akan dipenjarakan sekali lagi atau tidak seperti filem ‘The liwat 98′.

    [tags]the liwat 98, filem liwat, anuar ibrahim, saiful bakri, film, kronologi, kes mahkamah, demokrasi, pas, dpa, undi, sodomize, sodom, kisah nabi luth, cara, meliwat, wedding, menteri gay, ziarah, konspirasi, kondominium[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Gambar Heliza AF5 di Pengambaran Filem Syurga Cinta
  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Trailer Filem Keramat Ada Adegan Seks
  • Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Filem Ketika Cinta Bertasbih








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK