Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi

August 19th, 2011 | Category: Nubhan AF6 |
1 Comment »


Terbaru dari penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Nubhan telah melahirkan sebuah lagu raya berjudul Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi. Mengenengahkan irama pop etnik. Catchy dan boleh dilayan juga.

Temui Nubhan di majlis berbuka puasa Media Hiburan bersama anak yatim dengan kerjasama Mydin Subang, pada hari Ahad 21 Ogos ini.

nubhan lagu raya

Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi

TITLE : AIDILFITRI LIMPAH KURNIAAN ILLAHI
ARTISTE : NUBHAN
COMPOSER : TAJA
LYRICIST : TUN TEJA
PUBLISHING : TAJA ARCHIVE PUBLISHING
COPYRIGHT : THE ARCHIVE 2011

Bergema takbir dikala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ke tiga
Tiba masa untuk meraikan

Bulan ramadhan
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf di pinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ikhas dari hati
Tangan dihulur Mengucap selamat hari semua
Di aidilfitri limpah kurniaan illahi

Pada 23 Ogos ini, Budiey bersama dengan Mamee akan mengadakan Majlis Amal Berbuka Puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, No 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12, Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, KL. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kalau ada peluang nak ajak juga beberapa selebriti dan beberapa orang pembaca. Tengok pada keadaan macamana. Apa-apa pun terima kasih banyak kepada Mamee yang telah menaja makanan berbuka puasa.

Tags: , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Lirik Lagu Setitis Cahaya di Aidilfitri – Aishah
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Lirik Lagu Ada Untuk Mu Nubhan
  • Biodata Ahmad Nubhan Bin Ahamad Calon Pelajar AF 6
  • Video Lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri dari Artis SNP



  • Gambar Nubhan & Band di Kuala Selangor Dalam Xpresi Kembara

    February 2nd, 2010 | Category: Drama, Nubhan AF6 |
    2 Comments »


    NUBHAN & BAND KONGSI DESTINASI MENARIK DI KUALA SELANGOR DALAM XPRESI KEMBARA DI TV1

    Cuba memberikan peluang dan variasi artis muncul menerusi pogram traveloque yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Xpresi Kembara yang sebelum ini memperkenalkan destinasi menarik Malaysia bersama artis-artis indie kini membawakan juga artis terkenal tanah air yang lain.

    Menariknya di samping mengekalkan konsep jalan-jalan menjelajah tempat menarik di segenap negeri di Malaysia sambil menyampaikan info pelancongan dan sejarah, Xpresi Kembara turut memberikan info hiburan terkini selain turut menampilkan artis pilihan setiap minggu.

    Destinasi pelancongan menarik sekitar Kuala Selangor bakal membawakan Nubhan & Band mengisi program Xpresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu) ini.

    Kembara menaiki kereta mini cooper old skool bintang realiti yang sedang mencipta nama menghiasi bibir penggemar muzik tanahair menerusi single terbaru berjudul Oh Juwita itu singgah di destinasi pertama di Kota Melawati.

    Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mereka menggamit ketenangan Kota Melawati dan terus menikmati keindahan dari atas rumah api yang sememangnya tidak dibuka kepada umum.

    Artis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kemudiannya menyusuri pula sungai di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan tradisional untuk menikmati kerlipan cahaya indah yang terpancar dari koloni kelip-kelip kedua terbesar di dunia yang dinikmatinya di Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor.

    Kepada pengemar-penggemar aktiviti memancing agar dapat menikmati hobi ini dengan lebih selamat, Xpresi Kembara berkongsi tempat menarik di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor yang pastinya membuka kesempatan bagi pelantun lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku untuk memancing Ikan talapia bersama rakan-rakannya. Apatahlagi taman ini merupakan tarikan terbaru kepada penggemar aktiviti memancing di Negeri Selangor.

    Momen-momen indah berlatarkan sawah padi yang menghijau luas di sekitar kawasan Homestay Kampung Sungai Sireh turut diabadikan Nubhan dan krew produksi di mana mereka sempat merakamkan klip video bagi lagu terbarunya Oh Juwita.

    Jika sebelum ini anda hanya berpeluang menyaksikan bakat nyanyian di ketengahkan pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Bin Ahamad ini, namun menerusi program bersiaran setengah jam ini peminat Nubhan berpeluang menyaksikannya mempelajari tarian zapin bersama kanak-kanak di kampung itu selain turut mencuba juadah Nasi Ambang, makanan tradisi popular masyarakat Jawa yang hanya dapat di nikmati ketika sambutan perayaan dan keramaian sahaja.

    Untuk menyaksikan aksi Nubhan & Band berkongsi pengalaman percutian di sekitar tempat-tempat tumpuan menarik di Kuala Selangor, jangan lupa untuk menyaksikan Ekspresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 12.30 tengahari yang pastinya hanya bersiaran di saluran TV1.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • Biodata Ahmad Nubhan Bin Ahamad Calon Pelajar AF 6
  • Saksikan Xpresi Kembara Di TV1
  • Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?
  • Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak
  • Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor
  • Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 1
  • PERJALANAN REKREASI BERSAMA BUNKFACE DI TV1
  • Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK