Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas

April 30th, 2008 | Category: Drama, Gambar, Siti Nurhaliza |
36 Comments »


Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.

Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.

Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.

Mmm… sabor je la ya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah Planet Muzik 2008
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Sinopsis Patung Kertas Musim Ke 2
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary



  • Sekitar RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) di Planet Hollywood

    July 5th, 2007 | Category: 6ixth Sense, Hujan, Meet Uncle Hussain, Nitrus, Tuah Zuqarnain |
    No Comments »


    Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kini, berada di era millenium, muzik rock terus bertahan walaupun perubahan aliran muzik ini begitu ketara dari segi lagu dan liriknya. Banyak band indie (bebas) yang tumbuh seperti cendawan. Ada yang sudah berjaya dilamar syarikat rakaman dan ada yang masih berjuang di bawah tanah (underground).

    Saya suka dengar dan layan lagu rock yang easy listening. Bergantung pada keadaan juga, kadang-kadang muzik rock yang keras boleh buat tekanan hidup jadi kurang sedikit. Pada 23 Jun yang lalu, saya ke Planet Hollywood untuk mengikuti satu konsert Rock Malaysia Kedua. Layan lagu-lagu rock dari band-band rock tempatan jamming lagu-lagu Melayu memang happening juga.

    Konsert ini bersiaran langsung menerusi Radio Suria FM, Hidup Pasti Rancak. Jadi ramailah penyampai radio Suria FM yang turun padang antaranya Zhana, Bob Ringgo, Mira, Junn, Lnn, Ayzack, Zaff, Galuh, Azrul, Akhtar, Zharyn, Azrene, Zafrina, Tuah Zuqarnain dan Saiful Azmi. Konsert ini diadakan sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-50. Band yang jamming dan buat gigs antaranya Pretty Ugly (Cantik tapi hodoh), Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense (Deria ke-6), Brainhead, Meet Uncle Hussain (Jumpa Pakcik Husin) dan Hujan.

    Brainhead (Kepala Hotak?), grup dari Kelana Jaya telah bawa 6 buah lagu yang digubah dan ditulis sendiri seperti Pasti, Mentari, Persis Sebuah Kehidupan, Sejahtera Malaysia dan Dunia. Album Brainhead akan berada di pasaran pada bulan Julai 2007. Band 6ixth Sense yang akan melancarkan album terbarunya pada 13 Julai ini juga turut menggegarkan Planet Hollywood. Memang ganas betul gig / show dari band yang dianggotai 5 budak muda ni. Saya suka tengok aksi Adi (vokalis) yang menjerit sampai nak keluar anak tekak sambil melompat-lompat. Hampir roboh pentas jadinya. Antara lagunya, Semuanya Di Sini, Hari Ini dan Semalam dan Rayuan Gombal. Band Hujan juga tak kurang hebat. Diorang ni sempoi habis lah. Terutama vokalis dia yang berambut panjang persis penyampai radio Era, Reza tu. Ironinya, semua lagu diorang ni ada perkataan hujan. Tak percaya anda boleh dengar sendiri. Antara lagu Hujan yang bergema di PH ialah Kuala Lumpur, Lagu Sedih, Waspada, Kepadamu, Pagi Yang Gelap dan lagu Kris Dayanti, Mencintaimu, dibawa dengan versi rock yang keras gitu. Saya tak sempat nak tengok Pretty Ugly, Flop Poppy dan Nitrus perform sebab perut dah lapar. Kitorang pergi makan di Restoran Nandos Bukit Bintang. Selesai show dari Hujan saya terus keluar makan dan lepas tu terpaksa ke Konsert Agnes Monica di Stadium Negara. Argh! Lotih den!

    [tags] Rock, Rock kapak, Muat turun lagu rock, Rock 90 an, Otai rock, Download rock song, Nitrus, torrent lagu rock, Pretty Ugly, Flop Poppy, Rayuan Gombal, 6ixth Sense, Kris Dayanti, Mencintaimu, Reza, Era FM, Suria FM, lirik, lagu ngetop, carta top ten, mp3 download, Brainhead, Zhana, Bob Ringgo, Mira, Junn, Lnn, Ayzack, Zaff, Galuh, Azrul, Akhtar, Zharyn, Azrene, Zafrina, Tuah Zuqarnain dan Saiful Azmi, Meet Uncle Hussain, Hujan, Rock Malaysia Ke-2, Planet Hollywood, Ella Ratu Rock[/tags]

    Vokalis band Hujan

    6ixth Sense yang gempak habis!

    Siap boleh baring?

    Mira Edora…

    Amacam, bley? Ni baru rock nama nya beb!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Zainal Abidin, Ramli Sarip, Anuar Zain at Planet Hollywood
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Film Planet 51 KRU Studios
  • Bersama Menyambut Hari Kekasih di Planet Hollywood
  • Sunday Nite Live Ulangtahun ke 21 Wings @ Planet Hollywood



  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood

    June 19th, 2007 | Category: 6ixth Sense, Nitrus, Promo |
    6 Comments »


    Salam Sejahtera….

    RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) menggabungkan band-band tempatan yang memainkan lagu Melayu. Ini adalah bagi menonjolkan lagi band-band seperti itu di mata masyarakat Malaysia serta penggemar muzik tempatan. Showcase ini juga dibuat bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-50. Antara band-band yang akan membuat persembahan pada hari tersebut adalah terdiri daripada; Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain dan Hujan. Diharap anda semua dapat hadir untuk memberikan sokongan kepada muzik tempatan kita disamping menikmati persembahan bertenaga dan hebat daripada band-band tersebut.

     

    Rock Malaysia Ke-2 (RMK2)
    Tempat : Planet Hollywood, KL
    Tarikh : 23 Jun 2007

    Tiket: RM 20 (termasuk 1 minuman)
    Masa : 1.30 petang - 6.30 petang

    [tags]Rock, Rock kapak, Muat turun lagu rock, Rock 90 an, Otai rock, Download rock song, Nitrus, torrent lagu rock, Pretty Ugly, Flop Poppy, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain, Hujan, Rock Malaysia Ke-2, Planet Hollywood, Ella Ratu Rock[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) di Planet Hollywood
  • Showcase Nitrus dan Pretty Ugly @ The Ship Sabtu Ini
  • Gambar Terbaru Zana AF5 atau Zhana Suria FM
  • Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?
  • Ungu, Meet Uncle Hussain di Konsert Big Jam Hot FM
  • Jawapan Trivia: Lan Vokalis Meet Uncle Hussain
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Gambar Sekitar Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Hang Tuah Melaka
  • Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Sixth Sense
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK