Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




Program Menarik Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008

time July 22nd, 2008 | category Category: RTM |
comment 2 Comments »

BARISAN PROGRAM MENARIK SEMPENA SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008 DI RTM.

Bermula 8 Ogos ini, sukan yang paling berprestij di dunia Sukan Olimpik bakal membuka tirainya. Edisi kali ini bakal berlangsung di Beijing, China mulai 8 Ogos hingga 24 Ogos menyaksikan 28 jenis sukan dipertandingkan. Antaranya, acara akuatik, olahraga, gimnastik, bola sepak, hoki, badminton, lumba basikal dan banyak lagi acara.

Pastinya semua peminat sukan tanah air tidak sabar menantikan saat-saat kejohanan Sukan Olimpik yang dianggap kejohanan sukan terunggul di dunia. Apatahlagi ia bakal membariskan bintang-bintang sukan terbaik dunia yang akan bersaing atas semangat kesukanan yang jitu bagi meraih pingat seterusnya memecahkan rekod dunia. Hal ini membuatkan para peminat arena sukan di serata dunia tentunya ternanti-nanti bagi menyaksikan aksi sukan terhebat ini.

Bersempena Sukan Olimpik kali ini pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar rasmi  berlesen Sukan Olimpik Beijing 2008 tidak mahu ketinggalan dengan mengajak semua penonton setia RTM bersama-sama menyaksikan kehangatan Sukan Olimpik Beijing 2008 dalam misi pencarian jaguh dunia. Pelbagai program menarik telah diatur khas buat peminat setia sukan tanah air.
 
Membuka tirai adalah siaran langsung majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008 pada 8 Ogos (Jumaat) pada jam 8.30 malam menerusi RTM1. Siaran langsung selama empat jam in akan dipancarkan terus-menerus dari Stadium Nasional Beijing, China.

Menyusul kemudian setiap hari bermula 9 Ogos hingga 23 Ogos adalah laporan harian Sukan Olimpik Beijing 2008. Laporan harian akan dibahagikan kepada dua slot, iaitu Laporan Pagi dan juga Laporan Petang. Laporan Pagi bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 11.05 pagi hingga 1.00 tengah hari. Manakala, setiap Jumaat hingga Ahad menemui penonton pada jam 10.05 pagi hingga 12.00 tengah hari di saluran RTM1.

Laporan Petang pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan laporan harian di sebelah siang boleh menonton Highlights Sukan Olimpik Beijing 2008 di RTM1 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. Manakala, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 malam hingga 12.30 tengah malam.

Penonton juga boleh menyaksikan Laporan Pagi di RTM2 yang bersiaran setiap Isnin hingga Ahad, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Laporan Petang pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Ahad, jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. 

Sementara itu, pada 24 Ogos (Ahad), jam 3.05 petang peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan rangkuman aksi menarik sepanjang Sukan Olimpik Beijing 2008 berlangsung menerusi RTM1. Melabuhkan tirai pada 24 Ogos (Ahad) ialah siaran langsung majlis penutupan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008. Siaran langsung tersebut bakal bersiaran pada jam 8.30 malam menerusi saluran RTM2.

Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Sukan Olimpik di Beijing menerusi RTM, Penyiar Rasmi Berlesen Sukan Olimpik Beijing 2008. 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photo Beijing 2008 Olympics Opening Ceremony
  • Saleem, Kristal, Syura, Nowseeheart, Ash Nair, Anis Salwa di Konsert Gegar Olimpik
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Gambar Perkahwinan Pengulas Sukan TV3 Abu Bakar Atan
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • BERITA, BUAL BICARA, SUKAN DAN PROGRAM BERMAKLUMAT TV1
  • PENSTRUKTURAN RTM MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL
  • Program Menarik Sempena Krismas di 8TV
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun

    time June 13th, 2008 | category Category: Blog, Istana Budaya, Siti Nurhaliza |
    comment 7 Comments »

    Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun

    Pengumuman kepada semua peminat Datuk Siti Nurhaliza…

    Pada 21 Jun (Sabtu), jam 8 malam, korang boleh saksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ianya bersempena dengan Gema Suara, turut mengundang Sasterawan A. Samad Said dan beberapa orang penyanyi lain.

    Kepada peminat Siti Nurhaliza, jangan lupa datang untuk memeriahkan suasana.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK