Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Majlis Hi-Tea Untukmu Ibu Bersama Rabbani, Aishah & Siti Norbahyah

May 28th, 2011 | Category: Events, Rabbani |
No Comments »


Majlis Hi – Tea Untukmu Ibu Bersama Rabbani, Aisyah dan Dato’ Ustazah Siti Norbahyah di Hotel Singgahsana

Ibu ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu itu tidak terhingga. Sempena menghargai jasa dan pengorbanan kaum ibu, Rabbani mengadakan majlis hi – tea bersama dengan artis undangan, Aisyah dan juga Dato’ Ustazah Siti Nobahyah pada 8 Mei 2011 bersamaan 4 Jamadilakhir 1432 H.

Majlis bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis dihadiri oleh pengunjung seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan ibu-ibu bersama keluarga, ibu tunggal dan juga peminat – peminat Rabbani. Turut hadir bersama ialah bonda kepada Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan seisi keluarga yang kelihatan cantik berpakaian sedondon. Majlis bermula jam 2.30 petang dengan ketibaan tetamu dan bacaan doa oleh juruacara majlis Suffian Amrin.

Rabbani bersama Adik Muhammad Ilham Bin Asri (Anak almarhum Ustaz Asri Rabbani)

Pelbagai persembahan dan acara diadakan bagi meraikan tetamu yang hadir petang itu. Antaranya, persembahan Rabbani dengan lagu Ya salam, Ibu, Ibu oh Ibu dan Ibu Mithali, persembahan Dato’ Ustazah Siti Nur Bahyah yang dimulakan dengan pantun.

Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran ‘Aisyah yang menyampaikan lagu yang menusuk jiwa, “Syurga di Telapak Kaki Ibu” dan lagu duet bersama Rabbani, “Berkorban Apa Saja” hingga membuatkn para hadirin mengalirkan air mata. Majlis petang itu turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada para tetamu.

Hadiah-hadiah ditaja oleh Ana Edar Sdn.Bhd., Kels Spirulina, Galeri Ilmu Sdn.Bhd., Uzai Marketing. Penampilan istimewa Adik Mohd. Ilham Fikri anak kepada Almarhum Ustaz Asri, salah seorang anggota Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Beliau menyanyikan lagu “Untukmu Ibu” dan membacakan doa kesejahteraan ibu-ibu dan juga keluarga.

Antara acara yang di tunggu-tunggu hadirin yang hadir adalah pakej umrah tajaan daripada Rabbani Travel & Tour Sdn. Bhd. dan Adibah Noor. Insan bertuah yang memenangi pakej umrah pada petang itu ialah Puan Siti Haida binti Mansor dari Desa Pandan dan Y.M Tunku Maharon Tunku Mukhtar yang hadir bersama anak dan menantunya, Lah, salah seorang anggota V.E.

Tidak ketinggalan juga pemenang bertuah yang menerima satu dinar emas Rabbani yang akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Dato’ Siti Norbahyah dan Aisyah. Majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh Rabbani Productions (M) Sdn.Bhd. ini diadakan bagi meraikan insan-insan bergelar ibu berakhir jam 5.30 petang.

Di samping itu, Rabbani Travel and Tours juga ada mengadakan pakej umrah bersama Rabbani pada 5 Julai 2011 ini dengan harga istimewa serendah RM4990. Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi RTT di talian 0389275928 dan atau boleh melayari www.rabbanitravel.com untuk maklumat lanjut.

Antara hadirin yang hadir di Program Untukmu Ibu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Antara hadirin yang hadir di Program Untukmu Ibu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Rabbani memulakan persembahan

Rabbani memulakan persembahan

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah

Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah

Vokal Aishah yang mengagumkan

Vokal Aishah yang mengagumkan

Adik Muhammad Ilham Bin Asri (Rabbani Junior)

Rabbani, Ustazah Dato Siti Nurbahyah dan Aishah.

Ibu Mertua Lah Ahmad (Ex-VE) menang cabutan bertuah pakej Umrah tajaan Rabbani Travel & Tours dan rakan niaga.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
  • Video Muzik Lagu UNTUKMU Joe Flizzow Duet Ila Damiaa
  • Anak Kesayangan Aishah Yang Comel
  • Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433
  • Biodata AISHAH Akademi Fantasia 7
  • Gambar Izara Aishah di Sidang Media ABPBH 2011
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan
  • Rabbani Kini Dah Ada Studio Sendiri
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul



  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007

    May 20th, 2008 | Category: Gambar, Siti Nurhaliza |
    98 Comments »


    Dato’ Siti Nurhaliza telah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Bintang Popular 2007 pada jam 4.30 petang tadi. Hadir dengan pakaian tema berwarna putih dan merah Siti Nurhaliza tetap nampak bergaya dengan seluar putih dan baju kemeja jubah berona merah menyala. Dato’ Siti Nurhaliza adalah antara pemenang yang hadir untuk menerima wang tunai RM3,000 yang menjadi hadiah untuk setiap kategori.

    Tags: , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Gambar Romantis Datuk K Menyuap Dato’ Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Siti Nurhaliza di Sambutan Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza 2012








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK