Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Suria Di Cordoba di Astro Prima

May 24th, 2011 | Category: Adi Putra, Aliff Satar, Astro, Drama, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Sari Yanti |
2 Comments »


Istimewa bulan Jun ini, pihak Astro Prima bakal menyiarkan sebuah lagi drama bersiri hebat arahan Heykal Haniffa yang menampilkan pelakon terkenal seperti Sari Yanti, Ady Putra, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Alif Satar dan ramai lagi berjudul Suria Di Cordoba. Drama bersiri romantik ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa bermula 7 Jun 2011 pada jam 9.00 malam menerusi saluran 105.

Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden yang sangat cantik campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan. Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.

Sehubungan dengan itu, pihak Astro Prima akan mengadakan Majlis Sidang Akhbar Suria Di Cordoba yang akan diadakan esok.

Turut hadir sewaktu majlis ini kelak ialah Pengurus Saluran Astro Prima; Encik Nizam Sani serta kesemua barisan pelakon seperti Sari Yanti, Ady Putra, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Alif Satar dan ramai lagi.

Kisah Kaisara 2

Sari Yanti

Ady Putra

Ady Putra

Lisdawati & Fauzi Nawawi

Lisdawati

Tags: , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media
  • Gambar Anzalna Nasir Pelakon Drama Gemersik Kalbu
  • Suria KLCC Invites All To Earth Hour 2012 Celebration



  • Telemovie Azam dan Daerah Kelabu di TV2

    August 27th, 2009 | Category: Abu Bakar Juah, Aishah Atan, Drama, TV2, Zul Huzaimy |
    No Comments »


    2 TELEMOVIE MERDEKA SIARAN KHAS 31 OGOS 2009 DI TV2

    Bulan kemerdekaan diraikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum mahu pun usia dengan masing-masing mempamirkan pelbagai cara untuk menunjukkan semangat juang serta rasa kecintaan terhadap negara. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diangkat sebagai stesen suara kerajaan berkongsi dengan penonton dua telemovie khas Merdeka, Azam disiarkan pada 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 10.00 pagi dan Daerah Kelabu disiarkan pada 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 12.30 tengah hari di TV2.

    Telemovie terbitan Eurofine Sdn Bhd, Azam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Huzaimy, Liza Abdullah, Lisdawati, Ridzuan Hashim, Almy Nadia, Abu Bakar Juah, Eric Fuzzy dan Zizan Nin ini berlegar sekitar kisah anak muda bernama Azam yang tidak mempunyai arah tujuan hidup dan dia mengambil mudah dalam segala hal. Memang sejak dari kecil dia tidak pernah cemerlang dalam pelajaran dan keputusan peperiksaan Azam pun hanya cukup-cukup makan sahaja dan ini sudah cukup untuk mengembirakan Azam. Tidak seperti namanya, dia tidak mempunyai keazaman walaupun dia bukan seorang yang bodoh. Keluarga Azam tahu yang sekiranya dia rajin berusaha Azam mempunyai potensi untuk berjaya di dalam hidupnya tetapi tiada apa yang boleh mengubah sikap malasnya ditambah pula dengan sikapnya yang tidak mempunyai keazaman dalam apa jua dilakukan.

    Zizan Nin dan Zulhuzaimi dalam AZAM

    Sehinggalah apabila Azam memasuki IPTS, Azam mendapat lebih kebebasan lalu prestasi akademiknya merosot. Pada usia 23 tahun, rakan-rakan Azam sudah mula bekerja tetapi Azam masih belum tamat pengajiannya kerana terpaksa mengulangi beberapa semester untuk menamatkan pengajiannya. Satu-satunya orang yang masih berlembut dengan Azam ialah Atuknya yang merupakan seorang nasionalis dan pejuang kemerdekaan ketika mudanya. Atuknya, Haji Subhi selalu menceritakan pada Azam tentang kesesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh orang Melayu semasa dijajah. Bukan mudah untuk membebaskan diri dari penjajah, ia memerlukan kegigihan dan semangat juang yang tinggi kata Hj Subhi kepada Azam tetapi Azam tidak pernah mengambil peduli akan apa yang dikatakan datuknya. Sehinggalah Azam terkandas di sebuah pulau selama beberapa hari. Adakah Azam dapat menyelamatkan dirinya untuk keluar dari pulau tersebut justeru  berubah sikap?

    Menerusi Daerah Kelabu pula anda diajak menyusuri jalan cerita bermula di Daerah Kelabu dalam tahun 1952 sebelum tarikh keramat 31 Ogos 1957 dimana banyak penerokaan tanah hutan telah diusahakan oleh masyarakat kampung. Dengan tujuan untuk tanaman getah sekaligus mendapat keselesaan hidup apabila tanahair ini merdeka, kelompok penduduk kampung yang diketuai Judin bersama-sama Setapa, Hamid dan Andak telah bersatu untuk meneroka hutan berhampiran dengan tujuan meluaskan kawasan kampung mereka dengan niat menyediakan keselesaan untuk anak cucu mereka kelak.

    Namun begitu, malang menimpa apabila Hamid mati ditembak komunis. Mereka bertiga sepakat untuk tidak memberitahu punca kematian Hamid yang sebenar kepada Hendon, adik arwah dan Taib suami Hendon. Hal ini terpaksa dilakukan kerana sebenarnya mereka melakukan penerokaan haram. mereka khuatir kerana berita kematian Hamid diketahui, pihak kerajaan akan menjadikan kawasan tersebut kawasan hitam. Jika ini berlaku, musnahlah segala usaha dan penat lelah mereka selama itu. Selepas berhenti sebagai askar, Taib bekerja sebagai pengawal di sebuah ladang kepunyaan orang Inggeris. Tidak lama kemudian, Taib menerima surat kematian Hamid setelah enam bulan Hamid meninggal.

    Di kampungnya, Taib mendapat tahu punca kematian Hamid yang sebenarnya. Dia amat marah dengan Judin dan Andak yang telah membohonginya mengatakan Hamid meninggal kerana demam malaria.

    Telemovie arahan Kamarudin Ambak ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang turut membintangi drama tv ini seperti Wan Hanafi Su, Sharonizam Nor, Md Diah, Merisa Yasmin,Kazar, Aishah Atan, Zainurdin Ismail, Sarip Noor, Rashid Jaafar dan Jefry Sulaiman.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Selamat Pagi, Cinta! Lakonan Fazura
  • Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
  • Filem Selamat Pagi Cinta di Slot Pentas Raya
  • Fesyen Kelabu Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Seribu Warna
  • Bidadari Dari Raudhah Dan Niat Hawa
  • Album Sheila Abdull
  • Aizat Perform Kau Aku di My Starz LG
  • Gaya Zed Zaidi di Anugerah Bintang Popular 2009
  • Sekitar Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi Cinta!
  • Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7



  • TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI di RTM2

    September 18th, 2008 | Category: Ezany Nizariff, Filem, Kartina Aziz, Zul Huzaimy |
    2 Comments »


    RTM2 MENGHIDANGKAN TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

    Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang dinantikan oleh setiap umat Islam bagi meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi segala dugaan sepanjang bulan Ramadhan. Bagi menceriakan lagi suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan filem-filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

    Bagi perayaan Aidilfitri kali ini RTM2 telah membariskan tiga buah filem hebat lagi menarik buat tatapan semua. Antaranya, ‘Cinta Yang Satu’ dan ‘Syaitan’ yang menghiasi slot Movie Khas Aidilfitri. Manakala, filem ‘Man Laksa’ akan menghiasi slot Sinema Jumaat. Diharap ia dapat membantu anda mengisi hari cuti anda seisi keluarga.

    Tirai akan dibuka pada 1 Oktober 2008 (Rabu), jam 9.00 malam. Menerusi filem ‘Cinta Yang Satu’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Zulaikha dan Wira yang bercinta sejak zaman di bangku sekolah lagi. Setelah mengakhiri zaman persekolahan Zulaikha melanjutkan pengajian ke luar negara sementara Wira mengendalikan perniagaan keluarga.

    Sewaktu ketiadaan Zulaikha, Wira bertemu dengan Jamilah dan mengambilnya menjadi teman wanitanya bagi menghilangkan kebosanannya. Sewaktu Zulaikha pulang ke tanah air dia dapat menyaksikan ada sesuatu yang tidak kena di antara Wira dan juga Jamilah. Terpancar kemesraan yang luar biasa dalam perhubungan mereka bereka berdua. Apakah kesudahan hubungan cinta antara Wira dan Zulaikha ?. Siapakah yang bertuah bertakhta di hati Wira ? 

    Filem hebat ini dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai teraju utama. Mungkin sebelum ini, kita sudah terbiasa kita menonton Zul Huzaimy memegang watak jahat atau antagonis, tetapi kali ini beliau mencuba untuk memegang watak hero yang baik dan romantis. Turut menjayakan filem ini adalah Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff dan Aida Radzwill.

    Pada keesokan harinya, 2 Oktober 2008 (Khamis) pada jam 9.00 malam menerusi dengan menampilkan sebuah filem hebat bertajuk ‘Syaitan’ khas buat tontonan seisi keluarga. Filem ini berkisar tentang Dalila yang dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapanya. Dia telah dipaksa berkahwin dengan Muslim dan menjadi isteri keduanya. Keadaan ini menyebabkan Dalila berasa amat tertekan. Hal ini menyebabkannya terus berhubung dengan Saad, bekas teman lelakinya.

    Saad masih tidak dapat menerima hhakikat bahawa gadis idamannya telah menjadi isteri orang. Dendam kesumat yang beraja di hati Saad menyebabkannya bertindak di luar batasan terhadap Muslim dengan merancang pembunuhan Muslim. Akhirnya, Muslim terlantar koma dan adakah ia berlaku hasil pakatan Saad dan Dalila untuk membunuhnya ?  
     
    Barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini adalah Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah dan Ellie Suriati.

    Manakala pada 3 Oktober 2008 (Jumaat) jam 1.00 petang para penonton berpeluang menonton sebuah filem bertajuk ‘Man Laksa’. Cereka ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang terkenal dengan nama panggilan Man Laksa. Dia merupakan seorang jejaka yang pemalu dan mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya.

    Dalam diam Man Laksa menyimpa perasaan terhadap Chah, anak kepada Ketua Kampung Tuan Hj. Sukarno. Man berhasrat untuk melamar Chah pada satu majlis malam amal. Namun begitu, berlakunya kekecohan sewaktu malam amal tersebut lantaran ramai artis yang dijanjikan tidak dapat hadir. Berjayakah Man melamar chah menjari ratu hatinya ?
     
    Barisan pelakon terkenal yang menjayakan filem ini Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail dan Kartina Aziz.

    Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

    [tags]Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail, Kartina Aziz, Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff, Aida Radzwill, Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah, Ellie Suriati, akasia, amrin tv3, apple mac, gangstarz season 2, handphone, naked, football jerseys, Funny Youtube Videos, gita gutawa, bugil, satin nightwear, sexy black dress, Shop Online, singapore, sleepwear, spaghetti strap, richest[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Kad Raya, E-kad Aidilfitri, TV Raya, Pelita Raya, Apa Lagi?
  • DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • HASNOL RAHMAT, DAYANG NAZILA, KUNA DALAM SLOT TELEMOVIE RAYA RTM2
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK