Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




Yandi, Ryan, Chak dan Marlon Bad Boyz Klon Adam?

time August 6th, 2008 | category Category: Bad Boyz |
comment 2 Comments »

Empat orang anak muda berasal dari Sabah, Yandi (24), Ryan (20), Chak (20) dan Marlon (20), membentuk sebuah kumpulan yang dikenali sebagai BAD Boyz. Namun, kemunculannya dikatakan sebagai ‘klon’ kepada Adam, mentor mereka.

Bila ditanya, adakah mereka tidak kisah jika digelarkan begitu, Chak, pemuda berasal dari Penampang ini berkata “Itu terserah kepada peminat. Tapi, Adam merupakan mentor kami. Dia seorang ’senior’ dalam kumpulan tarian. Jadi imej kami memang agak sama dengannya.”

“Tetapi, apa yang pasti. Adam bergerak secara solo, manakala kami (Bad Boyz) bergerak secara berkumpulan. Industri seni sekarang agak ketandusan penyanyi berkumpulan.”

Kumpulan yang baru ditubuhkan pada awal 2008 ini telah merakamkan sebuah ‘lagu tunggal’ yang dicipta oleh Adam, iaitu ‘Sayangku Janji.’ Mereka dibawah pengurusan ICO Entertainment yang dimiliki oleh Adam.

Menurut Chak, yang merupakan abang kepada juara program realiti, Stacy, kumpulan Bad Boyz dijangka akan memasuki studio untuk merakam album penuh dalam masa terdekat. Mereka merancang album sulung kumpulan itu akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Mengenai pemilihan lagu pula, semuanya masih dalam perbincangan. Selain itu, keputusan akhir bergantung kepada Adam yang akan membentuk dan mengurus mereka.

Dengan nama cukup unik, tapi boleh dilihat mempunyai unsur negatif, mereka ditanya kenapa memilih nama Bad Boyz.

“Bad itu bukan bermaksud jahat. Tapi itu merupakan akronim Budak Ada Disiplin. Dari situ singkatannya, BAD. Tapi bagi kami, rasanya ia tidak akan memberi kesan negatif,” jawab mereka pula.

Walaupun semuanya berasal dari Sabah, kini menetap di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka menjalankan sebarang aktiviti seni. Namun, ada kalanya mereka akan kembali ke ‘Negeri Di Bawah Bayu’ untuk memenuhi undangan persembahan.

Kala ditanya apakah perbezaan peminat di Sabah berbanding di sini, kata mereka “Jika di sana (Sabah), kami diterima baik oleh para peminat. Mungkin telah dikenali kerana kami berasal dari sana. Cuma di Kuala Lumpur, sebagai kumpulan baru, usaha yang lebih diperlukan. Ini kerana Bad Boyz perlu lebih giat untuk menempatkan nama di kalangan peminat seni suara di sini.”

Berkonsepkan ‘Dance Pop,’ tarian menjadi sebahagian dari persembahan untuk menarik perhatian peminat. Jika ada kumpulan yang menjadikan ikon tarian, terutamanya dari barat, sebagai rujukan kepada langkah tarian, bagi Bad Boyz, mereka mengubah sesuatu yang baru.

“Segala pergerakan adalah dikoreografi sendiri. Lagipun, kami pernah menyertai kelab tarian pada tahun 2003 di Sabah dulu, Tetapi, bagi vokal pula. Tiada sebarang didikan formal yang didapati. Mungkin bakat yang dikurniakan Tuhan kepada kami, memberi peluang untuk bergiat dalam bidang seni suara,” kata Marlon, jejaka dari Keningau.

Bagi Bad Boyz, mereka akui mempunyai keisimewaan sendiri berbanding penyanyi berkumpulan lain. Apabila ditanya apa keistimewaan itu, mereka menjawab “Kami boleh menyanyi sambil menari. Jadi, untuk memastikan stamina, senaman merupakan sesuatu yang penting dan sering dilakukan.”

Namun, satu stigma yang sering dilemparkan kepada penyanyi berkumpulan ialah mengenai ‘miming’ yang sering dilakukan ketika membuat persembahan secara langsung. Bahkan kadang kala, penyanyi hebat seperti Celine Dion juga pernah dikaitkan mengadakan persembahan langsung secara ‘miming.’

“Ianya bergantung kepada keadaan. Jika sesebuah lagu itu memerlukan kami menari, jadi, untuk menjaga kualiti persembahan teknik seperti ‘miming’ terpaksa digunakan. Tapi, jika ‘miming’ penyanyi perlu mengerakkan bibir berpandukan lagu yang didendangkan. Biasanya, jika keadaan terdesak, kami menggunakan teknik ‘On Top,’ maksudnya nyanyian secara langsung, seiring dengan nyanyian latar.”

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • KRU Pecat Adam AF2?
  • Foto Sekitar Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland
  • Aksi Murai, Klon Artis & Pemenang di Astro Ria
  • Filem Heart 2: Love Is CINTA - Sinopsis
  • Gossip Selebriti - Misteri Adam Lupa Daratan?
  • Lirik Lagu Terbaru Adam: HAI dari Adam AF2
  • Gambar Kembar Dafi atau Jangan Tersilap Buat Andaian
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Jawapan Trivia: Penyanyi Obsesi Cincin & Bandana
  • Video Adam Nyanyi Live di Anniversary KRU



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK