Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya

time June 18th, 2008 | category Category: Blog, Istana Budaya, Promosi, Siti Nurhaliza |
comment 2 Comments »

Laman Santai, hiburan tempat terbuka sambil menikmati pelbagai juadah enak setiap Sabtu di Laman Beringin, pekarangan Istana Budaya (IB) dan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkemuka tanah air pada 21 Jun 2008 (Sabtu), 8.30 malam.

Bersempena meraikan sambutan Hari Seniman Kebangsaan, Laman Santai anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) itu bakal membariskan artis-artis veteran seperti R. Ismail dan Datuk Aziz Sattar, selain Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search dan Sara Loo.

Acara mingguan dengan tema ‘Gema Suara Seniman’ ini diserikan dengan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Persembahan turut diiringi Band Nasir & The Melodies, pimpinan anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, iaitu Nasir P. Ramlee.

Gema Suara Seniman merupakan satu penghargaan IB kepada warga seniman seni pentas yang telah menabur jasa di persada seni tanah air. Kali ini selain artis-artis baru, Laman Santai tidak pernah lupa membawakan artis-artis veteran yang juga mempunyai ramai peminat. Sekurang-kurangnya penampilan mereka merupakan nostalgia yang terus dikenang dan diingati hingga ke hari ini.

Penampilan R. Ismail sudah pasti menggamit memori silam dengan lagu-lagu nyanyiannya yang banyak disiarkan dalam filem-filem Melayu Klasik menerusi lakonan Nordin Ahmad. 

R. Ismail, 72, merupakan Bintang Radio Televisyen Singapura (RTS) 1975 dan telah dianugerahkan Bintang Lagenda Seri Pentas Singapura 2007. 

Sehubungan itu, Istana Budaya menjemput semua warga kota dan khalayak peminat muzik tanah air ke Laman Santai pada 21 Jun, Sabtu ini, jam 8.30 malam. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan persembahan.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Gambar Peminat Jaclyn Victor di AIM14
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Dato’ Siti Nurhaliza Buat Pregnancy Tests?
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah FFM21



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK