Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Bersama Datuk Sharifah Aini
May 10th, 2008 |
Category: Sharifah Aini |
5 Comments » Minum Petang Eksklusif Hari Bonda bersama Datuk Sharifah Aini yang akan diraikan pada hari ini 11 Mei jam 2.30 petang di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Biarpun hanya sebuah majlis minum petang, Kak Pah menjanjikan persembahan bertaraf konsert. Kak Pah bakal menghiburkan tetamunya selama satu jam setengah dengan lebih 22 rangkaian lagu.
Kata Kak Pah, jika peminat mengharapkan kelainan daripadanya. Mungkin dia tidak mampu menunaikannya, dia tidak mampu menari di dalam usia yang bakal mencecah 55 tahun pada 2 Julai nanti. Kelainan yang dapat dijanjikan hanyalah pada pilihan lagu dan dia juga mahu menumpukan pada vokal serta interaksi bersama peminat.
“Kelainan yang dapat Kak Pah janjikan adalah dari segi repertoire. Kak Pah akan menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan Hari Ibu seperti Mawar Putih Untuk Mama, Ibu, Ummi, You Light Up My Life dan banyak lagi. Kak Pah tidak suka persembahan kelam kabut diiringi penari latar, sebaliknya Kak Pah mahukan sebuah persembahan yang relaks dan santai,” katanya yang berasa bertuah dan gembira kerana berjaya bertahan dalam industri ini sehingga 40 tahun.”
Kak Pah juga akan berduet dengan pelawak Dee untuk tiga buah lagu dan juga penyanyi Syed Sobri pada persembahan itu nanti.

Technorati Tags: hi tea kak pah, gambar show syarifah aini, biodata syarifah aini, mp3 sharifah aini, Mawar Putih Untuk Mama, Ibu, Ummi, You Light Up My Life, lagu tema hari ibu
Tags: Sharifah Aini, biodata syarifah aini, gambar show syarifah aini, hi tea kak pah, Ibu, lagu tema hari ibu, Mawar Putih Untuk Mama, mp3 sharifah aini, Ummi, You Light Up My LifeBaca artikel lain yang berkaitan:
|
|
|






