Gambar Lisa Surihani @ Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single
July 8th, 2008 |
Category: Gambar, Lisa Surihani |
27 Comments » Pada jam 10 pagi tadi telah berlangsung satu majlis prebiu filem I’m Not Single di TGV, The Mines Shopping Centre, Sri Kembangan. Lisa Surihani, antara pelakon utama yang datang untuk bersama para media menonton filem kedua arahan Pierre Andre.
Lisa memegang watak Maya, isteri kepada Adam (Farid Kamil) yang berusia 20 tahun. Maya dan Adam berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi atas kehendak keluarga. Budiey melihat karakter Maya sangat pelik di mana gadis ini suka mengigau ketika tidur malam, sangat degil dan sukar mendengar nasihat. Dalam masa yang sama, Maya sebenarnya mempunyai kekasih yang sangat dicintainya iaitu Dani (Awal Ashaari).
Lakonan Lisa Surihani lebih mantap daripada lakonannya dalam Goodbye Boys namun, masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan kerana ada babak-babak tertentu Lisa memerlukan penghayatan yang lebih dan perlu menjiwai lakonannya agar tidak nampak kaku. Gerakan bahasa tubuh yang betul dan peranan mata dalam lakonan juga banyak membantu Lisa dalam menyampaikan mesej dan perasaan untuk babak tertentu terutama babak ‘air mata’. Budiey suka dengan babak lucu di supermarket, adegan hujan dan lakonan masa babak 10 minit terakhir. Good job, Lisa!
Saksikan filem ini mulai 24 Julai 2008 di pawagam seluruh Malaysia.



Untuk gambar artis lain, sila ke: http://budifoto.blogspot.com
Technorati Tags: gambar lisa surihani, blog artis, kampung festival, greendoor, tengku adil, hip hop, sleeq album, ahli fiqr, ashley isham, fesyen, tari serumpun, film horror, pencak silat
Tags: Gambar, Lisa Surihani, ahli fiqr, ashley isham, blog artis, fesyen, film horror, gambar lisa surihani, greendoor, hip hop, kampung festival, pencak silat, sleeq album, tari serumpun, tengku adilBaca artikel lain yang berkaitan:
|
|
|
|
|
|












