Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?

July 6th, 2008 | Category: Fahrin Ahmad, Gossip |
43 Comments »


Budiey ada cakap pada entri lalu, pelakon Fahrin Ahmad katanya berkawan rapat pula dengan pelakon Singapura bernama Rima Melati. Rima sebenarnya janda yang dah bercerai tahun lalu. Fahrin kenal dan berkawan dengan Rima sejak empat tahun lalu.

Jadi, apa respon Linda Onn bila dapat tahu Fahrin dah rapat dengan Rima setelah hubungan cinta Fahrin tidak berbalas? Linda gembira? Sedih? Marah? Oh, sedih apa lagi? Kan diorang ni putus pun sebab Linda cakap yang Fahrin hanya kawan tapi mesra sahaja. Tidak lebih dari itu.

Adalah Budiey dengar, Linda melenting dan rasa tak selesa bila dengar Fahrin berkawan dengan Rima. Tapi yang berlaku di Singapura lain pula, apabila kecoh gossip mengatakan Fahrin dah kahwin dengan Rima. Padahal, itu semua hanyalah spekulasi dan gossip semata-mata.

Kalau dah kahwin mesti ada kad jemputannya, kan Fahrin?

[tags]fahrin, kahwin, linda onn, rima melati, kisah artis, kontroversi, skinny, gossip, celebrity, singapore, artist, janda, ibu tunggal[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Photo Romance Romantic Couple Rima Melati & Marcell
  • Gambar Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
  • Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mahu Kahwin?
  • Anuar Zain Cover Majalah Manja Keluaran Oktober
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Fahrin Ahmad Setelah Putus Cinta dengan Linda Onn
  • Fahrin Ahmad Pengacara Misi 12



  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood

    July 4th, 2008 | Category: Ari Lasso, Showcase |
    2 Comments »


    Satu majlis pelancaran album terbaru The Best of Ari Lasso akan diadakan pada 11 Julai 2008 (Jumaat) pada jam 3 petang di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

    Album ini memuatkan rangkaian lagu terbaik yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal dari Indonesia ini. Album yang telah dilancarkan pada tahun 2007 di Indonesia ini adalah album muzik utama karya Ari Lasso. Pendek kata, kalau anda benar-benar peminat Ari Lasso, memang tak sah kalau tak milikki album ini.

    Lagu yang paling gempak dan bakal hits dalam album ini ialah lagu duet Ari Lasso bersama teman wanita Ashraf Sinclair berjudul Aku dan Dirimu.

    Senarai lagu dalam album ini:

    1. Aku dan Dirimu
    2. Mana Kutahu
    3. Badai Pasti Berlalu
    4. Misteri Ilahi
    5. Perbedaan
    6. Cinta Terakhir
    7. Rahasia Perempuan
    8. Mengejar Matahari
    9. Penjaga Hati
    10. Hampa
    11. Patah Hati
    12. Sehidup Semati

    Sehari selepas dilancarkan, satu showcase Ari Lasso akan diadakan pada 12 Julai di Planet Hollywood pada jam 6 petang.

    Kepada semua peminat Ari Lasso, bolehlah datang untuk menyaksikan showcase pada 12 Julai 2008 nanti.

    Jumpa korang di sana ya!

    [tags]album ari lasso, profile selebriti, indonesia artist, tattoo, address, mambo, gossip, syakila naqieb, ferrari cars, gear switch, hid lamps, diana danielle beeson, emma watson 18th birthday, ashraf sinclair, bunga citra lestari, showcase ari lasso, planet hollywood, lagu ari, lirik, list, love sms[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Showcase Ari Lasso The Best of di Planet Hollywood
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Zainal Abidin, Ramli Sarip, Anuar Zain at Planet Hollywood
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Meriahnya Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini
  • Sekitar Pelancaran Album The Best Of Ari Lasso di Planet Hollywood
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur
  • Showcase Ressa Herlambang @ Lim Kok Wing University Cyberjaya



  • Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park

    April 24th, 2008 | Category: Blog, Gambar, Siti Nurhaliza |
    76 Comments »


    Pada jam 3 petang tadi, Budiey & the gang telah menghadiri satu majlis temubual eksklusif bersama Datuk Siti Nurhaliza di bilik 3801 Suite, lantai 38, PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd sempena dengan pencalonan lagu Menanti Pasti dalam Anugerah Industri Muzik 15. Lagu Menanti Pasti adalah salah sebuah lagu tema Kayangan yang juga turut dimuatkan dalam album runut filem Kayangan.

    Datuk Siti Nurhaliza tampil santai dengan gaya tudung dan membiarkan sedikit rambutnya terkeluar. (Ops! sebenarnya bukan Siti bertudung tetapi kata Siti Nurhaliza, dia memakai selendang). Memang benar, ini didakwa dan dikatakan sendiri oleh Datuk Siti Nurhaliza.

    “Sebenarnya Siti memakai tudung tetapi lebih kepada memakai selendang. Kalau pakai tudung, seperti rakan-rakan wartawan yang lain (sambil menuding jari kepada para media yang datang).”

    Sebenarnya, Siti Nurhaliza ingin melakukannya secara perlahan-lahan dan sesuaikan dengan keadaan. Siti pun terasa serba salah kerana sebagai penyanyi jika Siti Nurhaliza bertudung litup, nanti ada sesetengah pihak tidak berpuas hati mengatakan suara Siti Nurhaliza pula adalah aurat. Jika Siti Nurhaliza seorang pengacara atau pelakon, ianya tidak menjadi satu masalah yang besar kerana tidak perlu untuk menyanyi.

    Terima kasih kepada PNB Darby Park kerana sudi menaja lokasi pengambaran dan temubual.

    [tags]gambar siti nurhaliza, gambar tudung, anugerah, gambar siti nurhaliza, wartawan, sitizone.com, Lagu, MAS, eksklusif, filem Kayangan, siti nurhaliza, gossip, pnb darby park[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Siti Nurhaliza di Sambutan Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza 2012
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK