Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Negeri Pahang

time July 13th, 2008 | category Category: RTM |
comment 1 Comment »

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN NEGERI PAHANG YANG BAHARU

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini meyambut ulang tahun yang ke-62 kini melangkah maju setapak lagi dengan tersergamnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang memulakan proses pembinaannya sejak 6 Februari 2003. Tanggal 14 Julai ini telah dipilih sebagai tarikh keramat dimana kompleks penyiaran yang tersergam megah menjadi salah satu kebanggaan RTM bakal dirasmikan. Majlis bakal disempurnakan oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM50 juta ini dimiliki Jabatan Penyiaran Negeri Pahang yang bertanggungjawab terhadap proses pengurusan dan pentadbirannya. Kini, RTM Pahang terus melangkah maju ke hadapan dibawah kepimpinan Encik Mohd Fakhrur Razi Ismail selaku Pengarah Penyiaran Negeri Pahang. 

Ternyata dengan wujudnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang ini menyumbang kepada banyak kemudahan yang membantu melancarkan lagi program-program dan aktiviti melibatkan Jabatan Penyiaran Negeri Pahang kepada lebih teratur dan berjalan lancar.

Namun hakikatnya dari segi pentadbiran Jabatan, ia telah bermula sejak tahun 1981. Seorang pegawai dihantar mengetuai stesen yang sesuai dengan taraf sebuah stesen penyiaran. Jawatan ketika itu dikenali sebagai Ketua Stesen dan kini dinaik taraf sebagai Pengarah Penyiaran Negeri. Penambahan kakitangan juga dinaikkan dari semasa ke semasa dan seorang jurutera juga ditempatkan untuk mengetuai bahagian Kejuruteraan stesen ini pada tahun 1982 sehinggalah kini.

Antara kemudahan Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang menjanjikan keselesaan kepada semua ialah Konti Radio Pahangfm, Studio Rakaman Audio, Studio Suntingan Audio, Studio Berita TV, Studio Pelbagai Guna, Pentas Terbuka (Amphitheatre) dan Auditorium yang baharu dan dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan lebih canggih.

Antara pencapaian yang membanggakan yang telah dicapai oleh RTM Pahang ialah Anugerah Khas Titian Murni, Anugerah Sri Angkasa - Berita TV Terbaik dan Anugerah Ketua Pengarah Penyiaran pada tahun 1995. Manakala pada tahun 1996 mereka telah berjaya menggondol Anugerah Titian Murni dan juga Anugerah DJ Pengguna Radio Terbaik.  Pada tahun 2003 mereka memperoleh Anugerah Pengguna Radio Terbaik. Menyusul pada tahun 2004, RTM Pahang telah memenangi Anugerah Rancangan Agama Radio Terbaik anjuran IKIM.

Produk yang menjadi kebanggaan RTM Pahang adalah PAHANG fm. Kini siarannya meliputi ke seluruh negeri Pahang. Antara rancangan yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pendengar setia PAHANG fm adalah Ceramah Pilihan, Forum Al Muqarrabin, Drama Mingguan, Bicara Malam, Tiara Mesra, Chit Chat Remaja, Hits PAHANG fm, Topik Bual Pagi, Buai Laju-Laju dan Dr. di Radio. PAHANG fm boleh didengari di gelombang siaran seperti berikut daerah Kuantan dan Pekan (104.1 MHz), daerah Jerantut (92.7 MHz), daerah Maran (92.0 MHz), daerah Kuala Rompin (91.9 MHz), daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera (107.5 MHz), Muadzam Shah (87.7 MHz) dan Cameron Highlands (100.3 MHz).  

Daripada sudut lain, sumbangan dan peranan stesen RTM Kuantan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini mewujudkan semangat intergrasi nasional. Sekaligus ia menyumbang kepada menambahkan lagi kreadibiliti stesen tempatan dalam member hiburan, maklumat dan pendidikan kepada orang ramai.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Kebangsaan 2007
  • Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza
  • David Teo & Tips Marketing Restourant
  • JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008
  • Sekitar Majlis Pelancaran Radio Pelancongan TraxxFM
  • Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008
  • Biodata Kamal Adli Hos Model Pelakon



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK