Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin

August 6th, 2008 | Category: Blog, Drama, Sinopsis, TV3 |
17 Comments »


Sinopsis Ku Milikmu
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana  Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.

Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggungkan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama 2 tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik familinya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.

Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendapinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar menjadi dirinya untuk tempoh 3 bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.

Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingannya perniagaan memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.

Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam persaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal. Adakah Anissa akan bertarung dengan perasaannya atau dia redha melepaskan Iqbal kepada Soraya yang terkenal dengan sikap materialistik dan gemar berfoya-foya?

Saksikan kesudahan cerita ini setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3.

[tags]sinopsis drama kumilikmu, akhir, penamat, cerita, cinta, sms, mms, greetings, birthday artis, horoscope, numerology[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Gambar Afzriefaiz di Sesi Ramah Mesra Pelakon Dram Ku Milikmu
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu





  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3

    July 22nd, 2008 | Category: Ady Putra, Drama, Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz |
    20 Comments »


    Siri dongeng rakyat yang dimodenkan kini semakin mendapat sambutan. Setelah Ali-Din, kini dua lagi siri bakal mengisi slot Lagenda di TV3 dan TV9. ’Akukah Tanggang’ dan ’Mahsuri’ merupakan dua siri yang tidak patut dilepaskan oleh penonton. Menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Fasha Sandha, Ady Putra, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz, Almy Nadia dan Fauziah Nawi,

    ‘Akukah Tanggang’ bakal menemui penonton TV3 mulai 28 Julai 2008. Manakala ‘Mahsuri’ bakal menyusur selepas itu dan mula bersiaran mulai 1 September 2008 dengan menampilkan pelakon-pelakon seperti Memey Suhaiza, Sherry Ibrahim, Norish Karman, Eman Manan, Riezman, Syukery Hashim, Maimon Mutalib, Kartina Aziz, Sharifah Shahira dan Faizal Yusuf.

    Pelbagai kisah dan teladan boleh didapati dari kedua-dua siri ini. Dari kisah anak durhaka yang lupa akan jasa ibu dan bapa hinggalah kisah dengki dan penganiayaan kepada mangsa yang tidak berdosa. 

    [tags]dongeng rakyat, cerita, ali din, lagenda, akukah tanggang, mahsuri, Memey Suhaiza, Sherry Ibrahim, Norish Karman, Eman Manan, Riezman, Syukery Hashim, Maimon Mutalib, Kartina Aziz, Sharifah Shahira, Faizal Yusuf, Fasha Sandha, Ady Putra, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Fauziah Nawi[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Dokumentari Si Tanggang dan drama Ibu, Ampunkan Aku di Astro Prima
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Teater Mahsuri Lakonan Vanidah Imran di Istana Budaya
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Tragedi Fasha Sandha Kena ‘Brainwash’ oleh Media di Sunway Pyramid
  • Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah
  • Drama Festival: Jangan Lupa Lakonan Ashraf Muslim di NTV7
  • Dramatari Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas





  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas

    April 30th, 2008 | Category: Drama, Gambar, Siti Nurhaliza |
    36 Comments »


    Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.

    Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.

    Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.

    Mmm… sabor je la ya.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah Planet Muzik 2008
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK