Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Wedding Shafiq dan Azura Hot FM Selamat Dijabkabulkan

July 13th, 2008 | Category: Artis Berkahwin |
8 Comments »


Semalam, 12 Julai 2008 telah berlangsung majlis pernikahan bekas atlit negara dan penyampai Hot FM dan pengacara Malaysia Hari Ini, Nik Nor Azura dengan staff TV3, Shaffique Ahmad Zehnun pada jam 12 tengahari di Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah), Kuala Terengganu. Budiey difahamkan, majlis persandingan pula akan diadakan di sebuah kelab di Kuala Terengganu.

Dinikahkan oleh bapa Zura, Nik Mahmood Nik Kar (54 tahun) dan disaksikan jurunikah jabatan Agama Islam Terengganu, Ustaz Abdullah Ibrahim dengan mas kahwin RM28 berserta hantaran berjumlah RM10,000.

Rombongan lelaki membawa hantaran tujuh dulang dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sebaik sahaja dinikahkan, Azura kelihatan menitis air mata kerana terharu dan hatinya tersentuh. Bekerja sebumbung dengan suami, Azura tidak bebas dan Shafiq tidak menghalang segala karier yang dilakukan oleh Zura kini. Majlis dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara kedua pihak. Turut hadir, Ketua Pegawai Ekskutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzwan, Seelan Paul dan beberapa rakan artis dan teman Azura seperti Fadzlun Abbad dan pelakon veteren, Fatimah Yassin.

Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti mengucapkan selamat pengantin baru kepada Shafiq dan Zura. Semoga bahagia milik kalian berdua dan kekal hingga ke akhir hayat. Shafiq turut menjemput Budiey untuk hadir ke majlis resepsi yang akan pada 20 Julai ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

KETIKA sah bergelar isteri kepada seorang pujaan hati, pastinya ia merupakan detik indah buat seorang isteri kerana bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

Namun bagi selebriti Nik Noor Azura Nik Mahmood atau Azura saat indah itu bertukar menjadi sayu yang mengiringi majlis pernikahannya dengan Eksekutif Penjenamaan TV3, Shaffique Ahmad Zehnun, 30.

Air mata pasangan itu tidak lekang daripada bercucuran dari kelopak mata sebaik sah dinikahkan pada majlis yang diadakan di masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali Masjid Terapung di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu.

Tetamu yang menyaksikan majlis itu juga turut berkongsi perasaan yang sama.

Sepanjang acara penting itu, gadis manis berusia 27 tahun itu tidak mampu menahan sebak apabila dia kini harus berpisah daripada keluarga dan menjalani kehidupan baru di samping sang arjuna pilihan hati.

Menjelaskan momen-momen sayu yang diharunginya sepanjang majlis akad nidah itu, Azura yang juga penyampai radio Hot FM berkata, dia ada sebab mengapa tidak mampu membendung air mata daripada terus bercucuran.

“Sejak umur 14 tahun saya sudah keluar rumah dan tinggal berasingan dengan keluarga dan tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga sehinggalah saya habis belajar dan terus dapat kerja.

“Saya tidak seperti orang lain berpeluang berkongsi kasih dan sayang dengan kedua orang tua sepanjang usia remaja dan kerana itu saya tidak mampu untuk menahan kesedihan,” kata Azura kepada wartawan ketika ditemui sejurus selepas bergelar isteri kepada Shaffique.

Menurut Azura, beberapa hari sebelum majlis akad nikah, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

Bahkan, Azura yang juga anak kedua daripada lima beradik tidak segan silu mengakui, dia berpeluang tidur di sisi ibunya, Ramlah Seman, 48, beberapa hari sebelum acara penting dalam hidupnya itu.

Meskipun, masih boleh berhubung dengan keluarga tetapi perasaan itu katanya, sudah pasti berbeza.

“Saya harus akur dengan keadaan. Kini, kehidupan saya sudah tentu lebih tertumpu kepada tanggungjawab sebagai isteri,” jelas Azura lagi.

Menurutnya lagi, selepas tamat belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dia sudah mendapat tawaran bekerja di Red FM dan kemudiannya menyambung perkhidmatannya di Hot FM.

Kesedihan Azura beberapa kali menahan sebak turut dirasai oleh suaminya, Shaffique yang juga tidak mampu menyembunyikan air mata lelaki.

Menurut Shaffique, dia faham dengan keadaan yang dilalui oleh Azura tambahan pula Zura merupakan anak perempuan terakhir yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Nik Mahmood Nik Kar selepas kakak dan adik perempuannya membina keluarga sendiri.

Majlis akad nikah Azura dan Shaffique yang berlangsung di Masjid Tengku Tengah Zaharah itu dihadiri oleh lebih 100 ahli keluarga terdekat dan juga kenalan pengantin.

Azura sah menjadi isteri kepada Shaffique pada pukul 12 tengah hari dengan dua kali lafaz akad.

Shaffique turut menghadiahkan Azura wang hantaran sebanyak RM10,000 serta sebentuk cincin berlian, seutas rantai leher dan seutas rantai tangan.

Pada majlis itu juga, pasangan pengantin manis dengan persalinan berwarna putih ilham pereka dari Indonesia, Yamin,

Paling menarik, gubahan tujuh dulang hantaran bertemakan serba biru muda untuk pengantin perempuan yang dihasilkan kerja tangan ibu Syaffique sendiri Nik Zainun Nik Mustafa.

Balasan sembilan dulang hantaran oleh Azura kepada suami pula merupakan gubahan Khalid Ahmad yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis pernikahan dan juga persandingan pasangan secocok itu.

Pada malamnya pula, kedua mempelai berseri dengan persalinan hijau muda koleksi Wan Manang Songket bersanding di Terengganu Ekuestrian Resort (TER) Kuala Ibai yang turut dihadiri oleh lebih 500 jemputan.

Tidak ketinggalan , turut hadir ialah rakan-rakan setugas di Hot FM termasuk Pengurus Besar Rangkaian Media Prima, Seelan Paul.

Menceritakan detik pertemuan empat tahun dulu, Azura menjelaskan, dia dan Shaffique pada awalnya hanya berkawan sebagai rakan setugas sehinggalah timbul rasa serasi.

“Dari situ bermula percintaan kami sehinggalah ke detik ini mengakhirkan kisah cinta kami melalui ikatan yang suci,” ujarnya sambil menjeling manja ke arah Shaffique.

Bagi pasangan ini, perkahwinan mereka ini membuka lembaran baru untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat.

Jelas anak jati Terengganu ini, kerjaya kini jatuh di nombor dua kerana keutamaannya adalah suami.

“Saya rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab, malah dia juga seorang yang penyabar, periang dan manja,’’ akui Zura.

[tags]wedding, shafiq, azura, gambar kahwin, artis, Nik Mahmood Nik Kar, fatimah yassin, seelan paul, gwyneth paltrow, natalie portman, aksi ranjang dalam filem, janet jackson, rujukan, bantuan tak berpatutan, beego bukan raih simpati, ezora, tv3, cinta dua planet, sawan, rendam anak, tabloid[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Pamela Anderson Wedding Pictures
  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • AirAsia Celebrates an AllStar Wedding!
  • Gambar Raja Azura di Karpet Merah ASA 2010
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Majlis Nikah Ezlynn & Adam
  • Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas
  • Penyanyi Usher & Tameka Foster Selamat Kahwin Akhirnya
  • Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Berkahwin





  • Sinopsis Drama Ali Din

    June 25th, 2008 | Category: Drama, Sinopsis |
    2 Comments »


    Ali Din mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun bersama ibunya sesudah kematian bapanya, seorang kelasi kapal. Ibunya yang bekerja sebagai pembancuh minuman di pejabat sering menasihati anaknya mengenai nikmat hidup dan kesyukuran.

    Untuk mendapatkan keselesaan hidup, Ali Din sanggup melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah beberapa pekerjaan sampingan. Namun tanpa pengetahuannya, dia merupakan satu-satunya pewaris Sheikh Mahfuz, seorang jutawan yang sangat terkenal.
     
    Semasa bekerja di sebuah hotel, dia bertemu dengan Puteri iaitu cucu tunggal kepada seorang jutawan berlian bernama Habib Musthafa. Puteri juga merupakan pewaris hotel tempatnya bekerja. Puteri pula dibesarkan oleh datuknya sesudah kematian ibunya di dalam kemalangan helikopter.

    Kekayaan datuknya menyebabkan kehidupan Puteri terancam. Akibatnya dia tidak dibenarkan bergaul bebas seperti remaja lain. Sedangkan dia sangat mahukan kebebasan dalam hidupnya. Namun sejarah hidup Puteri yang pernah diculik beberapa kali ketika dia masih kecil menyebabkan keluargaya terpaksa menyekat kebebasan Puteri.

    Akibatnya Puteri hanya membesar di dalam istana dan berkawan dengan orang gajinya saja hinggalah dia meningkat dewasa. Dalam masa yang sama, seorang kerabat Puteri turut menyimpan hasrat kepadanya. Namun Puteri enggan melayannya.

    Sementara itu, dunia hiburan pula digemparkan dengan pengumuman artis sensasi, Yazmin yang akan bertunang dengan jutawan Sheikh Mahfuz berusia 81 tahun. Lucunya, jutawan ini sudah 15 kali mendirikan rumah tangga namun semuanya hancur lebur.

    Yazmin memekakkan saja telinga rentetan mendengar gosip yang menular mengatakan dia mendampingi jutawan itu hanya kerana ingin membolot hartanya. Bagaimanapun, jutawan itu mempercayai ketulusan hati dan cinta Yazmin terhadapnya.

    Drama Ali Din ke udara jam 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3. Siaran ulangannya disiarkan di TV9, jam 8.30 malam.

    [tags]afgan biz, aduh saliha, amazing race asia, asean heritage row, birthday celebration tips, birthday gift, cara menyembelih kambing akikah, charles nenner, charles nenner market prediction, tangs singapore,  chelsea fc, cj7, cristiano ronald,  sovereignty, state of johor, the hague, the republic, the star, anak pontianak, artis, sinopsis drama, ali din, aladin[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 16
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 19
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 7
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 9
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 17
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 3
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 10
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 12
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 13





  • JAMAL ABDILLAH & REY @ BINTANG-BINTANG RTM2

    June 25th, 2008 | Category: Jamal Abdillah |
    No Comments »


    JAMAL ABDILLAH & REY TEMUI PENONTON MENERUSI BINTANG-BINTANG (28 JUN 2008) DI RTM2

    Kerinduan peminat terhadap suara ‘jantan’ pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali yang dilahirkan pada 7hb Mei 1959 ini pastinya terubat dengan menyaksikan Bintang-Bintang, 28 Jun 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2 yang menampilkan kemunculan Jamal Abdillah dan Rey.

    Hakikatnya mungkin ramai peminat penyanyi yang dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di negara Brunei Darussalam ini tidak terdedah dengan kenyataan dia tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik.

    Begitu juga sejarah penglibatannya bermula menerusi Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 selain menyertai 9 pertandingan nyanyian sebelum menjuarai pertandingan Bintang RTM 1979. Menariknya dia berjaya merangkul Johan dalam semua pertandingan yang disertainya.

    Sepanjang setengah jam pertama, penonton juga berpeluang berkongsi pengalaman dan perkembangan terbaharu Jamal aktor popular yang pernah berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ terbitan Sabah Filem tahun 1984. Istimewanya, ‘Azura’ juga diangkat sebagai filem Melayu pertama berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair.

    Lalu,dengan berbekalkan semangat,dorongan serta permintaan ramai yang inginkannya berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem ‘Tuah’ keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat.

    Antara Filem-filem lain lakonannya termasuklah ‘Sejati’(1991),’Kekasih Awal Dan Akhir’(1993),’Suratan Kasih’(1996) & ‘Ghazal Untuk Rabiah’(1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.

    Menerusi bidang seni suara pula,Jamal mencuba nasib mencipta lagu dan menulis lirik, Mati Hidup Semula dalam albumnya yang diselaraskan S. Atan, Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S.Shahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah.

    Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana dia adalah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suaranya sekaligus Jamal Abdillah adalah sebenar-benarnya ‘Penyanyi Lelaki Bersuara Emas’ terunggul dan paling lama bertahan di arena muzik tanahair. Jamal akan terus kekal sebagai lagenda seni selamanya.

    Menariknya berkemungkinan Jamal akan berkongsi rahsia dan tip menjaga suara kepada penonton dan penyanyi-penyanyi muda yang baru ingin memulakan tapak dalam industrI muzik. Antaranya seperti Rey yang dinobatkan Juara Bintang RTM 2007 juga turut ditampilkan sama untuk menemubual bakat baharu ini.

    Rey, penyanyi kelahiran Sabah ini pastinya menggunakan sepenuhnya setengah jam berikutnya berkongsi bermacam perkara dengan peminat dan penonton yang menyaksikan program temu bual artis yang mengetengahkan nama Mohd Yusni Mohamed Ali sebagai penerbitnya ini.

    Apatahlagi kemunculannya sememangnya dinantikan peminat setelah agak lama menyepi sesudah dinobatkan Juara Bintang RTM 2007 lalu. Begitu juga perancangannya selepas ini samada mahu menerbitkan album atau mengikut jejak artis solo lain yang mencuba nasib menceburi bidang lakonan.

    Kemunculan Rey sebagai pemenang program realiti terbitan RTM itu ternyata membuktikan kejayaan tidak dapat diukur menerusi ketampatan atau kecantikan wajah dan tubuh badan semata-mata. Mungkin faktor itu mampu menyumbang motivasi kepada penyanyi amatur yang baharu ingin mengorak langkah dalam bidang nyanyian.

    Kepada anda peminat Jamal Abdillah atau penonton setia rancangan RTM yang baharu mengenali Rey, usah lepaskan peluang manyaksikan Bintang-Bintang, 28 Jun 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2.

    REY

    [tags]http, artis, jamal abdillah, lirik, tips, berpacar, how to Fight, BitTorrent, Throttling, ISPs, REY, Firepow, Cheesemax, Riga, Scandinavia, Science, Second Life, Sex, Sex Offenders, Shameless, Self-Promotion, Shilebrities, Shopping, Guide, Slut of the Day, Social Awareness, lagu jamal, kesuma booty, emas, harga emas, euro, result, review euro[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda
  • Jamal Abdillah Lancar Album Kembara Seniman
  • Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah
  • Rakaman Konsert Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI
  • Kempen Harga Runtuh VCD Kembali Lagi












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK