Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin

August 6th, 2008 | Category: Blog, Drama, Sinopsis, TV3 |
17 Comments »


Sinopsis Ku Milikmu
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana  Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.

Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggungkan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama 2 tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik familinya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.

Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendapinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar menjadi dirinya untuk tempoh 3 bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.

Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingannya perniagaan memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.

Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam persaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal. Adakah Anissa akan bertarung dengan perasaannya atau dia redha melepaskan Iqbal kepada Soraya yang terkenal dengan sikap materialistik dan gemar berfoya-foya?

Saksikan kesudahan cerita ini setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3.

[tags]sinopsis drama kumilikmu, akhir, penamat, cerita, cinta, sms, mms, greetings, birthday artis, horoscope, numerology[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Gambar Afzriefaiz di Sesi Ramah Mesra Pelakon Dram Ku Milikmu
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin
  • Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK