Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




FESTIVAL MUZIK KL 2011 Perkenal Konsep Muzik Untuk Rakyat

June 8th, 2011 | Category: Festival Muzik KL |
No Comments »


FESTIVAL MUZIK KL 2011 PERKENAL KONSEP MUZIK UNTUK RAKYAT

Pada 6 Jun lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBhg. Dato’ Norliza Rofli telah mengumumkan senarai artis yang terlibat dalam pengisian Festival Muzik KL 2011 (FMKL) yang akan berlangsung dari 1 – 3 Julai di Panggung Sari, Istana Budaya, dalam satu sidang media di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur.

Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, FMKL yang masuk tahun ketujuh (7) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival KL. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, FMKL telah berjaya menarik hampir 30,800 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.

KL MUZIK200406297065

FMKL 2011 menampilkan pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan untuk 2011 ini. Sebanyak lima (5) pengisian utama bagi festival yang merangkumi Konsert Utama, Konsert Terbuka @Laman Beringin, Pertandingan, Seminar Muzik dan Jualan dan Pameran Produk Muzik. Pendekatan ke arah penyemarakkan muzik di kalangan generasi muda ditekankan apabila pelbagai ‘genre’ muzik yang bukan sahaja untuk golongan ‘elit’ tetapi pandangan serta minat anak muda menjadi landasan FMKL 2011 kali ini. Berunsurkan muzik untuk semua rakyat, pendekatan melalui pemilihan artis, serta pengisian program jelas mempertaruhkan tujuan tersebut.

Persembahan setiap malam pada 1-3 Julai di Konsert Utama yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” bertujuan mengajak khalayak untuk mengembalikan nostalgia muzik klasik dan meraikan muzik kontemporari di pentas berprestij. Pertaruhan artis veteran hinggalah yang baru menepati tema persembahan muzik klasik ke kontemporari, manakala muzik iringan terdiri dari gabungan pemuzik Malaysian All Stars dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM); Festival Muzik KL mengajak penonton meneroka sejarah perkembangan muzik tanah air dalam satu pengembaraan muzik.

KL MUZIK200406297064

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBhg. Dato’ Norliza Rofli

Justeru, penampilan nama-nama besar dalam industri seperti Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Khatijah Ibrahim dan bintang-bintang kontemporari dari generasi muda seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Aizat, Najwa Mahiaddin, Azlan & the Typewriter dan Suki Low mendapat tempat dalam festival kali ini. Manakala barisan kumpulan indie yang sebahagian besarnya mendapat slot bagi Konsert Terbuka @ Laman Beringin sama ada Konsert “unplugged” atau “indie” terdiri daripada Tilu, Father Father, Fauziah Gambus & Band, House of 5, Ayu Jazzrin, Johnny Comes Lately, Asfar Alias dan Cynosure.

Untuk tema yang dipilih, setiap persembahan akan menampilkan konsep Klasik, Nusantara dan Sejagat dalam satu malam selama tiga malam berturut-berturut.
Pada 1 Julai – Penyanyi jemputan seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Aizat akan menjadi tetamu istimewa manakala One Nation Emcees akan menguasai pentas pada setiap malam dari 1 hingga 3 Julai. Malam kedua iaitu pada 2 Julai, suasana muzik yang berentak ‘soul’ lebih mewarnai dengan penampilan istimewa Najwa Mahiaddin, Suki OIAM, Dato’ M. Daud Kilau, Bahbola dan One Nation Emcees. Malam Ketiga, 3 Julai pula akan memaparkan irama yang pelbagai sifatnya dengan artis jemputan Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter, Dato’ M. Daud Kilau dan Bahbola.

Dengan barisan artis yang terpilih dan muzik iringan dari Malaysian All Stars dan OTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suweto; Festival Muzik KL 2011 pastinya menjanjikan satu kelainan yang mengesankan tahun ini apatah lagi dipersembahkan di pentas berprestij, Panggung Sari.

Festival Muzik 2011 juga bakal menjadi satu medium bagi bakat-bakat baru mengetengahkan diri mereka melalui Konsert Laman Beringin yang menampilkan tema seperti “Bintang IPT”, “Unplugged” dan “ Indie” yang akan dilaksanakan sebelum konsert-konsert utama berlangsung. Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang membariskan Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, Kl Got Talent dan Cabaran Kompang Challenge yang pastinya akan memeriahkan serta memberi impak baru kepada suasana festival di Istana Budaya pastinya. Manakala slot Seminar Muzik yang berlangsung pada 2 Julai di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pula akan menampilkan tokoh-tokoh penceramah dalam bidang muzik seperti En. Fauzi Marzuki – (Bagaimana menghasilkan karya hebat ) En. Norman Abd. Halim (Pemasaran Muzik), En Ong Peng Chu (Muzik dan Masyarakat) dan En Ayob Irahim (Kerjaya Prospek Muzik Tradisional). Yuran Pendaftaran seminar hanya bernilai RM 50 bagi pelajar manakala RM 80 (Orang awam) yang boleh dibayar semasa pendaftaran. Seminar Sehari ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Wadah (showcase) bagi festival tersebut akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 25 Jun yang menampilkan beberapa artis yang terlibat dalam festival untuk memberikan sedikit gambaran kepada khalayak tentang Festival Muzik KL dan menyemarakkan Kuala Lumpur sebagai kota seniman dan memelihara muzik yang telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia.

JKKN ialah sebuah agensi di bawah KPKK yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. FMKL 2011 dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya dan diUrus Setiakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Muzik KL melalui laman sesawang rasmi, www.klfestival.org.my yang mula beroperasi mulai 1 Jun lalu.

KL MUZIK200406297067

KL MUZIK200406297069

KL MUZIK200406297070

KL MUZIK200406297072

KL MUZIK200406297074

KL MUZIK200406297075

KL MUZIK200406297076

KL MUZIK200406297077

KL MUZIK200406297078

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Konsert Gambus Tradisional Ke Fusion
  • FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008
  • SHAMSUL ZIN
  • Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards Bunkface Ke Perth Australia
  • Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Malaysia 2011
  • Show Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya
  • Pelancaran Aktiviti Seni Budaya JKKN
  • Gambar Faiz Muzik-Muzik Bersama Kekasihnya
  • Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia





  • Konsert Jamming Sempena Ulangtahun TV9

    May 24th, 2011 | Category: TV9 |
    No Comments »


    Perubahan yang lebih segar TV9

    Jadilah sebahagian daripada perubahan yang dilakukan oleh TV9. Penampilan yang lebih segar, kontemporari dan bertenaga khusus untuk penonton remaja kami yang sentiasa inginkan pembaharuan. ‘Sesi ‘jamming’ adalah salah satu daripada permulaan bagi kami untuk melakukan perubahan yang lebih segar.

    Persembahan 5 jam yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam ini di Pavilion menampilkan 7 kumpulan indie dan ‘underground’ yang diterajui oleh Aizat dan kumpulan Hujan yang dilabelkan sebagai ikon remaja bagi sesi persembahan ini.

    Pengalaman dua pengacara berpengalaman iaitu Aidi Marcello dan Lydia Ibtisam juga pasti telah menceriakan lagi suasana jamming ini. Persembahan dimulakan dengan kumpulan AwanBand yang terkenal dengan lagu ‘Helah Maya’, diikuti dengan Gabba Gabba yang turut hit dengan lagu dalam drama Cita & Cinta TV9. Sesi ini diteruskan lagi dengan kumpulan Drama dan Grey Sky Morning yang sentiasa membawakan lagu berentak retro.

    Awanband

    Kehebatan muzik kumpulan indie golongan remaja ini disambung pada sebelah malam dengan kumpulan Pesawat pada jam 8.00 malam dan kemuncak persembahan dari Aizat dan kumpulan Hujan. Setiap kumpulan dan juga Aizat akan menyanyikan 4 buah lagu dan diakhiri dengan persembahan hebat Hujan sebagai penutup tirai persembahan pada jam 10.00 malam. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka :

    1. AwanBand
    Dramatik
    Lintasan Bintang
    Tunggu

    2. Gabba Gabba
    Lambat Layu
    Raksaksa
    Berdansa Bersama

    3. Drama Band
    Bad Romance
    Cerita Dia
    Babak Pertama

    4. Grey Sky Morning
    Ego
    Pancaroba
    Hilang Rasa Cinta

    5. Pesawat
    Excuse Me
    Hitam
    Mesti Mau

    6. Aizat
    Susun Silang Kata
    Years From Now
    Sungai Lui
    Kau Dan Aku

    7. Hujan
    Muda
    Inspektor Remos
    Empire Mu
    Mencari Konklusi

    Pengunjung Pavilion yang hadir pada malam tersebut amat bertuah kerana dapat menyaksikan muzik video terbaru Hujan iaitu ‘Muda’ dan Aizat iaitu ‘Susun Silang Kata’ yang turut dilancarkan hari tersebut. Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada para remaja ini perlu diberikan pendedahan kerana cara mereka adalah lebih unik dan ia memberi kelainan kepada TV9. Ini juga bagi para remaja untuk mengekspresi diri mereka dengan lebih kreatif dan inovasi dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Selain daripada sesi ‘jamming’, TV9 juga turut menganjurkan konsert GIG pada 9 dan 10 Julai yang membabitkan pertandingan antara kumpulan-kumpulan indie yang terdiri daripada para remaja yang kreatif, berbakat dan berpengalaman dalam bidang muzik. GIG tersebut akan diadakan di ICT, Shah Alam. Pada 9 Julai, lapan kumpulan indie akan bertanding bagi merebut tempat untruk meneruskan persembahan mereka pada keesokan hari. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan hebat, pastikan anda sentiasa bersama kami menerusi promosi di kaca tv, laman web, penyokong setia Facebook TV9 yang sentiasa memberikan maklumat terkini pertandingan ini.

    Jom jadi sebahagian daripada perubahan itu!

    Gabba Gabba

    Gabba Gabb

    Drama

    Drama

    Grey Sky Morning

    Grey Sky Morning

    Pesawat

    Pesawat

    Aizat

    Aizat

    Noh Hujan

    Noh Hujan

    AG dan Noh

    AG dan Noh

    _DSC1293

    Tags: , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Zizan Raja Lawak Jamming Dengan Ustaz Azhar Idrus
  • Universal Jamming Session Volume 1
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?





  • Sekitar Ekspresi Remaja Anjuran TV9

    April 25th, 2011 | Category: TV9 |
    No Comments »


    ULANGTAHUN KE LIMA TV9 DIRAIKAN BERSAMA PENONTON

    Penonton merupakan aset paling berharga buat kami di TV9. Susunan program menarik yang disediakan setiap hari juga pastinya tidak mencukupi buat penonton setia kami seperti anda semua. Oleh itu, untuk kepuasan penonton kami yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutamanya penonton sasaran kami yang terdiri daripada para remaja, kami di TV9 telah menganjurkan Ekspresi Remaja.

    Ekspresi Remaja yang dianjurkan oleh TV9 dengan kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta (IPTA/IPTA) merupakan projek acara padang pertama diadakan khusus buat golongan remaja. Ianya juga diadakan bersempena dengan ulang tahun TV9 yang kelima dan merupakan hadiah penghargaan kami kepada penonton daripada golongan remaja yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

    Ekspresi TV9

    Management & Science University (MSU / Universiti Pengurusan & Sains), Shah Alam merupakan institusi pengajian tinggi pertama kami bagi menganjurkan Ekspresi Remaja ini. Acara yang diadakan pada 20 April 2011 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari dan berakhir pada 6.30 petang dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan bersesuaian dengan citarasa remaja dan pelajar.

    Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, “Ekspresi Remaja ini bermatlamat untuk mendekatkan stesen TV9 dengan para pelajar IPTA dan IPTS. Menerusi acara ini, kami juga mengadakan Open Mic Jam bertujuan untuk para remaja mengekspresikan diri mereka secara kreatif, menjana idea-idea yang lebih imaginatif dan inovatif serta meningkatkan keyakinan diri. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menggabungkan kegiatan harian sebagai seorang pelajar sambil beriadah secara sihat dan positif. Pada masa yang sama, kami juga turut memperkenalkan program terbaru kami yang amat bersesuaian dengan para remaja masakini iaitu Remaja dan Remaja Ekstrem.”

    “Kami juga turut menjemput dua penghibur terkenal tanah air iaitu Hujan dan Aizat untuk mengadakan satu mini konsert khas untuk pelajar MSU yang bermula pada pukul 5 petang. Para pelajar juga boleh menggunakan peluang keemasan ini untuk belajar cara-cara menggunakan gitar bersama Noh Hujan. Pengenalan kepada alat muzik ini sekurang-kurangnya dapat memberi ilmu pengetahuan yang mendalam tentang unsur-unsur seni dan meningkatkan penghayatan nilai estetika”, tambahnya lagi.

    Ekspresi TV9

    Bagi pelajar yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang muzik, mereka telah menggunakan peluang ini untuk mengetengahkan kemahiran mereka kepada orang ramai dalam Open Mic Jam yang berlangsung pada pukul 12 tengahari hingga 5 petang. Sebanyak 15 kumpulan band yang terdiri dari pelajar MSU sendiri telah berentap di atas pentas untuk merangkul gelaran juara yang telah menjadi pembuka persembahan untuk Konsert Mini Hujan & Aizat serta membawa balik sijil dan wang tunai RM1000.

    Selain daripada itu, para pelajar MSU juga berpeluang untuk mengunjungi booth (khemah) yang disediakan seperti Remaja dan Saffiya di mana pelbagai aktiviti dan permainan sambil beramah-mesra bersama personaliti TV9, Rina Salleh (juara Gadis Melayu 3), Liyana (Pengacara Saffiya), Azura (Remaja), E-One (Remaja) dan Deq Wan (Remaja Ekstrem). Penggemar fesyen Muslimah pula boleh berkunjung ke booth Safiyya yang menunjukkan demonstrasi lilitan selendang terkini dan pertunjukan pakaian moden Muslimah.

    Ekspresi Remaja akan meneruskan pengembaraannya ke institut pengajian tinggi tempatan yang lain pada masa hadapan. Nantikan kedatangan Ekspresi Remaja di institusi anda !

    Lima tahun TV9 Di Hatiku!

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Ekspresi TV9

    Tags: , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ekspresi Remaja TV9
  • Sekitar Ekspresi Remaja TV9 di UKM Bangi
  • Rakaman Konsert Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Gambar Adi Putra di Zaman Remaja
  • GiG TV9 Festival Muzik Rock Terbesar
  • Gambar Sekitar GiG TV9 di I-City
  • Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Remaja TV3 Anjurkan Pertandingan Cosplay
  • Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak
  • Trivia Beg Gucci Pelakon Remaja












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK