Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




SIARAN LANGSUNG BAJET 2009 DI RTM1

August 26th, 2008 | Category: RTM |
1 Comment »


SIARAN LANGSUNG BAJET 2009 BAHASA MELAYU DI RTM1 DAN BAHASA INGGERIS DI RTM2 PADA 29 OGOS 2008

Pembentangan Bajet 2009 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia pada tarikh keramat 29 Ogos 2008 ini dapat diikuti secara langsung siarannya oleh penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan dwibahasa pilihan iaitu siaran Bahasa Melayu menerusi RTM1 manakala RTM2 dengan perantaraan Bahasa Inggeris pada 29 Ogos 2008 bermula jam 03.30 petang.

Siaran Langsung menerusi RTM1 yang diadakan di Studio 1, Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menampilkan penglibatan perantara Nazril Mohd Idrus yang memiliki kelulusan akauntan bertauliah dari Institute of Chartered Accounting, Australia di samping kerjayanya sebagai perunding akaun bertauliah.
Nazril bakal berkongsi meja dan berdiskusi dengan dua panel jemputan khas iaitu Mohd Azlee Md Deris, Pengarah Eksekutif Pricewaterhouse Coopers Taxation Services Sdn Bhd dan Aria Putera Ismail yang juga Penolong Pengurus Am Hong Leong Islamic Bank Berhad.

Skop perbincangan pastinya menarik tumpuan penonton bermula setengah jam pertama yang memfokuskan langkah yang patut diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

Malah perkara yang turut diangkat di ketengahkan berkaitan senario ekonomi semasa yang mempengaruhi cara hidup masyarakat.

Selain itu penonton dapat berkongsi pengisian mekanisme terbaik untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah perbincangan tidak setakat terhenti di situ kerana setelah selesai saat yang ditunggu-tunggu pembentangan Bajet 2009 di parlimen, perantara dan juga dua panel sama yang diundang akan berkongsi dan memberikan kesimpulan dari pembentangan bajet yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa sama, siaran langsung perbincangan sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2009 yang disiarkan menerusi RTM2 diadakan bertempat di Studio 2, Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pastinya kupasan dan skop perbincangan ini dipersembahkan tidak kurang hebatnya dengan mengetengahkan perantara yang tidak asing lagi, Dato’ Mahadzir Lokman.

Kali ini skop perbicangan merujuk kepada fokus pendekatan kerajaan dalam mengimbangi ekonomi global bagi memastikan Ekonomi Malaysia sentiasa kompetitif dalam mengekalkan pasaran antarabangsa.

Usaha yang dilakukan kerajaan termasuklah dilihat daripada segi mengekang inflasi dan soal mekanisme terbaik untuk mempertahankan ekonomi semasa bagi menarik pelabur asing.

Pastinya kupasan skop ini dengan lebih mendalam dilihat dengan merujuk senario politik semasa yang pastinya menyumbang kepada faktor mempengaruhi keyakinan pelabur asing melabur di Malaysia.

Turut disiarkan juga lintas langsung pembentangan Bajet 2009 di parlimen sebelum disusuli topik kesimpulan dari pembentangan bajet yang telah dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dato’ Mahadzir Lokman yang diangkat sebagai moderator bakal berkongsi idea dan pendapat dengan panel jemputan yang sememangnya berkebolehan memperkatakan isu ini iaitu Prof. Mohd Arief yang menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Malaysia Institute Of Economic Research (MIER) dan Mr. Chew Theam Hock, Pengarah Eksekutif Tax, KPMG.

Kepada anda yang ingin berkongsi maklumat pembentangan Bajet 2009, jangan ketinggalan menonton siaran langsungnya menerusi RTM1 (Bahasa Melayu) dan RTM2 (Bahasa Inggeris), pada 29 Ogos 2008, jam 03.30 petang.

[tags]siaran langsung, hari merdeka, pengumuman, hari raya, bajet, moderator, pembentangan, mier, feel good, ford models, niyang rapik, garter belt, indonesia, la senza, lace wear, lingerie models, aec channel, afc, channel news asia singapore, cnn, crystal teenager raped clip on youtube, cute girls indonesia awek[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program Menarik Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008
  • LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1
  • WARTA WILAYAH DI RTM1
  • Saluran Muzik Aktif Rtm Di Astro
  • Datuk Siti Nurhaliza, Mawi di Konsert Ambang Merdeka Dataran Merdeka
  • Siapa Finalis Anugerah Juara lagu Ke 24
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • Siaran Langsung 3D Pertandingan Golf Terbuka Sony












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK