Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]








Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Temubual Budiey Bersama Aril AF7 - Hos Trek Selebriti




DIRTY SEXY MONEY di 8TV Lakonan Donald Sutherland

time August 7th, 2008 | category Category: 8TV, Drama |
comment No Comments »

DIRTY SEXY MONEY

Di sebalik kemewahan dan kuasa tersembunyi suatu rahsia…

Jika anda fikir Dallas and Dynasty akan sentiasa menjadi drama kegemaran anda, fikir sekali lagi apabila stesen TV Malaysia terhangat; 8TV akan membawakan kepada penonton sebuah drama bersiri terbaru berjudul Dirty Sexy Money  yang mula ditayangkan pada 12 Julai 2008.

Garapan idea oleh Craig Wright sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh ABC Studios, drama bersiri dengan peratusan penonton yang tinggi ini merupakan drama yang lain daripada yang lain dengan memaparkan kisah kehidupan mereka yang hidup dalam kemewahan dan persekitaran keluarga yang porak-peranda serta dipenuhi dengan skandal.

“Dirty Sexy Money diperhebat  dengan pemilihan para pelakon handalan dan juga jalan cerita yang menarik.  Pelbagai plot menarik akan dapat disaksikan sepanjang musim ini ditayangkan,” ujar Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim. 

“Drama ini padat dengan kombinasi emosi dan suka-duka kehidupan.  Secara peribadi, saya berpendapat drama ini akan menjadi salah sebuah lagi drama yang paling diminati tidak lama lagi,” tambah beliau lagi. 

Berlatarbelakangkan gaya hidup mewah dan popular di kota New York, siri ini bermula dengan memperkenalkan Nick George (lakonan Peter Krause) yang hidup di sebalik bayangan kemewahan keluarga Darling.  Bekerja sebagai seorang peguam, kehidupannya berjalan lancar tetapi semuanya berubah apabila bapanya yang merupakan peguam peribadi keluarga Darling, mati secara misteri dalam sebuah kemalangan udara. 

Selepas kematian bapanya, Darling meminta Nick untuk menjadi peguam peribadi mereka menggantikan tempat bapanya.  Dia menerima tawaran itu kerana memikirkan keluarga Darling itu mungkin dapat mengubah hidupnya tetapi mula mencurigai segala urusan keluarga Darling tidak lama selepas itu. 

Nick menyedari keputusan menerima tawaran pekerjaan tersebut merupakan satu kesilapan besar apabila dia diberitahu oleh pegawai polis yang menyiasat kejadian kapal terbang terhempas yang menyebabkan kematian bapanya itu, merupakan satu kes pembunuhan terancang. 

Nick yang mula mengesyaki keluarga Darling mempunyai hubung kait dengan kematian bapanya, dia berazam untuk menyiasat aktiviti Darling secara rahsia dengan harapan kebenaran akan muncul. 

Antara watak di dalam drama bersiri ini ialah Tripp Darling (Donald Sutherland) sebagai ketua keluarga Darling; Brian Darling (Glenn Fitzgerald) sebagai paderi yang menjengkelkan; anak perempuan Nick, Lisa George ( Zoe McLellan); Isteri Nick, Kiki George (Chloe Moretz), ahli keluarga Darling yang mempunyai kekasih transeksual, Patrick Darling (William Baldwin); ahli keluarga Darling yang menaruh perasaan terhadap Nick, Karen Darling (Natalie Zea) dan ramai lagi. 

Episod-episod seterusnya akan memperlihatkan perkembangan bagi setiap watak dan juga membongkar rahsia mereka.   

Untuk mengetahui sama ada keluarga Darling adalah dalang bagi pembunuhan terancang bapa Nick, jangan lupa saksikan Dirty Sexy Money secara eksklusif di 8TV pada setiap hari Selasa, pada jam 10.30 malam bermula pada 12 Julai 2008 atau secara alternatif di Astro melalui saluran 708.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • DIRTY SEXY MONEY @ 8TV
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • Kiefer Sutherland Officially Charged With Two DUI Counts
  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • The Mirrors Trailer Poster Synopsis Kiefer Sutherland
  • Program-Program Baru di 8TV
  • 24 New Seasons Premiere January 13th, 2008 (Spoilers)
  • Golden Globes Awards 2008 Nominees
  • Photos Sexy Model Ammar Alfian Aziz
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!