Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik

February 4th, 2012 | Category: Adzriefaiz, Anugerah Juara Lagu |
No Comments »


Anugerah Juara Lagu ke-26 sudah pun berlangsung. Tahniah buat Awan Nano yang menjulang trofi anugerah pertandingan lagu terbesar di Malaysia. Budiey dengar, sempena meraikan kemenangan Awan Nano, pihak Astro akan mengadakan kenduri dan jamuan makan untuk media dan semua yang terlibat pada minggu depan.

Wah! Pastinya juga, nama pelanton suara untuk Awan Nano yang turut mendapat gelaran Persembahan Vokal Terbaik di AJL26 akan terus harum subur mewangi dalam industri muzik tempatan. Vokal mantap lagi cemerlang dari Hafiz terbukti masih jelas terunggul kerana tiada siapa yang dapat menandingi beliau untuk masa ini dalam AJL.

Oh ya, selepas AJL26 tamat, maka pihak TV3 terus mencari lagu-lagu terbaik untuk musim ke-27 pula. Sudah tentu, pemilihan dan pencalonan akan dipilih berdasarkan lagu-lagu yang mendapat carta di Muzik-Muzik. Agak-agak lagu mana pula yang akan jadi juara lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-27 eh? Adakah milik lagu Yuna, TERUKIR DI BINTANG? Huhu, masih terlalu awal lagi untuk meneka ya. Cakap pasal Yuna, figura indie ini dah bertolak ke New York untuk jadi retis kat sana. Good luck beb. Take care, Yuna. We always love you.

Cakap pasal Muzik-Muzik ni, Budiey dapat tahu untuk musim ini, rombakan dan perubahan berlaku secara besar-besaran di mana dua orang pengacara baru diperkenalkan untuk menggantikan Faizal Ismail dan Cheryl Samad yang sudah 5 tahun mengendalikan program Muzik-Muzik bersama-sama. Sementara itu, Cheryl mengacara secara solo sebelum itu untuk 3 tahun berturut-turut menjadikan antara pengacara paling lama di MM iaitu 8 tahun bersama Muzik-Muzik. Tahniah!

Dua pengacara baru Muzik-Muzik itu ialah Adzriefaiz & Chad Hot FM. Wah, Budiey rasa ini satu rezeki yang besar untuk kedua-dua selebriti ini untuk tahun 2012. Untuk Adzriefaiz, pastinya rezeki untuk beliau yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dan untuk Chad pula ini masanya untuk memperkenalkan dirinya kepada penonton TV pula setelah beberapa tahun menjadi penyampai di Hot FM.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Adzriefaiz & Chad Hot FM dan seharusnya mereka akan membuktikan mereka juga dapat mengendalikan program Muzik-Muzik dengan jayanya. Siaran pertama untuk musim baru ini akan disiarkan pada jam 5 petang bermula hari ini (Sabtu – 4 Februari 2012). Dengarnya, Muzik-Muzik dah dipendekkan setengah jam berbanding sebelum ini.

Good luck untuk Adzriefaiz & Chad Hot FM. Buat yang sehabis molek dan terbaik, okay?

Berita tentang Muzik-Muzik ini juga disebarkan oleh pengacara lama MM iaitu Faizal Ismail di twitter miliknya.

@faizal_hotfm: Setelah 5 tahun, Muzik2 berwajah baru. Tahniah buat hos baru Faiz & Chad. All da best! Musim baru bermula ptg ini di TV3! Terus sokong!

Adzriefaiz
Adzriefaiz

Chad Hot FM

Chad Hot FM

Tags: , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Majlis Pertunangan Adzriefaiz & Suliza
  • Gambar Pengacara Muzik-Muzik Adzriefaiz Azlan Jadi Pelakon Gadis Cuci
  • Gambar Faiz Muzik-Muzik Bersama Kekasihnya
  • Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26
  • Pengacara TV3 Adzriefaiz Akhirnya Bernikah
  • Tiket Percuma Pentas Muzik Muzik 26 Separuh Akhir
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Jom Undi Paparazzi Infinatez di Muzik-Muzik
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Azriefaiz Pelakon Drama Ku Milikmu Buat Promo





  • Gambar Afzriefaiz di Sesi Ramah Mesra Pelakon Dram Ku Milikmu

    August 4th, 2008 | Category: Adzriefaiz, Drama |
    17 Comments »


    Suka Watak Johari
    Adzriefaiz dalam Drama Ku Milikmu memegang watak sebagai Johari yang berkawan dengan sepupu kepada Anisah dari kecil lagi. Anisah adalah sepupu kepada Suraya lakonan Iera Syaziera. Apabila Anisah ke Amerika Syarikat, mereka berpisah seketika namum, bertemu kembali dalam keadaan Suraya yang sudah berubah. Dalam drama ini, Johari terpaksa berhadapan dengan konflik dengan Anisah. Macamana bentuk konfliknya, itu korang kena tonton sendiri.

    Sebenarnya Faiz yang kini popular dengan hos Muzik-Muzik berkata, dia cuma menjadi bidan terjun untuk drama ini lantaran menjadi pelakon ganti. Anak kelahiran Pulau Pinang ini adalah lulusan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya, Seksyen 14 dan mengambil jurusan Automatif Engeneering di Kolej Negeri Sembilan sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar UiTM. Budiey pernah siarkan gambar girlfriend faiz tak lama dulu, ingat tak?

    Mahu Watak Ganas
    Faiz teringin sangat untuk membawa watak jahat atau antagonis. Selama ini, Faiz banyak mendapat tawaran untuk watak remaja biasa yang begitu senang untuk dihayati. Walaupun muka Faiz nampak macam baik dan ‘nerd’ tapi Faiz mahu mencuba watak jahat sebab dia rasa dia dapat buat dan dia yakin banyak idea untuk dicuba bagi memberikan lakonan yang terbaik.

    Saksikan Faiz dalam drama Ku Milikmu mulai 5 Ogos 2008 di slot Lestary jam 9 malam di TV3.

    Gaya seksi dari Faiz. Mengancam tak?

    [tags]hairstylist, faiz, adzriefaiz, hos tv3 kahwin, minyak rambut, soh hem sem brylcreem, stylist, konsert keenam af6, mama rina, memek, pocong, spa q ulangan, tali pocong perawan, how to reduce debt, intan asmara, admiral marina, alcohol, miley cyrus topless[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Gambar Terbaru Alif AF di Malam Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Stacy
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Mini Karnival Tari Tirana
  • Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2
  • KIDS PARADE & CAKE DAY





  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira

    July 24th, 2008 | Category: Drama, TV3 |
    26 Comments »


    Slot Lestary bakal menceriakan para penonton TV3 dengan hidangan drama bersiri terbaru berjudul Ku Milikmu bermula 5 Ogos 2008, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam. Ku Milikmu ni macam pernah dengar la… ooo baru Budiey ingat, takke tajuk lagu Siti Nurhaliza kan? Khabarnya, satu majlis ramah mesra akan diadakan bersama para pelakonnya iaitu Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah dan Buzen untuk memberi ruang kepada pihak media beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut mengenai drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini. 

    Sinopsis Ku Milikmu

    Ku Milikmu mengisahkan Iqbal dan Suraya yang telah menjalinkan percintaan selama dua tahun melalui internet. Iqbal mengenali Suraya sebagai Kirana kerana Suraya menggunakan nama samaran sebagai Kirana di dalam internet. Suraya merupakan anak Malaysia dan dibesarkan di luar Negara. Suraya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bertemu buat pertama kalinya dengan Iqbal. Namun, ketika di lapangan terbang Suraya terfikir untuk menguji kejujuran Iqbal dengan menyuruh pembantunya yang bernama Kirana untuk menggantikan tempatnya.

    [tags]drama kumilikmu, lagu siti nurhaliza, Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah, Buzen, lirik blog, utusan malaysia[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower
  • EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Gambar Afzriefaiz di Sesi Ramah Mesra Pelakon Dram Ku Milikmu
  • Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani
  • Drama Syurgamu Ramadan












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK