Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Irma Hasmie Bertudung di Malam Gala ABP Rafflesia

March 19th, 2011 | Category: Fesyen, Irma Hasmie |
14 Comments »


Selain pelakon Miera Liyana mendapat perhatian di Malam Gala Rafflesia semalam, Irma Hasmie juga tak ketinggalan. Penampilan terbaru Irma Hasmie yang bertudung litup diwar-warkan sebelum ini di portal dan blog hiburan. Dan pada malam tadi, Budiey telah bertemu dengan Irma Hasmie dengan rekaan fesyen tudung dan busana Hatta Dolmat. Bagi Budiey, ini baru betul-betul satu kelainan.

Ramai yang memuji dan memberi galakan untuk Irma Hasmie terus istiqamah memakai tudung. Bukan senang untuk kekal bertudung sementelah lagi Irma Hasmie bekerjaya sebagai pelakon.

Menurut Irma Hasmie, sejak pulang dari Mekah, dia terasa tidak biasa bila tak memakai tudung. Saat itu, hatinya terbuka untuk mengenakan tudung. Tambah Irma lagi, dia akan mengerjakan umrah sekali lagi dalam masa terdekat ini. Satu pilihan yang tepat buat Irma.

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung

Tags: , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Irma Hasmie Cantik Bertudung di ABPBH2010
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Irma Hasmie Nekad Bertudung
  • Gambar Rekaan Raya Ezuwan Ismail di The Blue Kebaya Showcase
  • Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Detik Irma Dipeluk Nabil di ABP 2008





  • Gambar Menarik Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 2007

    May 21st, 2008 | Category: Anugerah Bintang Popular, Blog, Gambar |
    10 Comments »


    Anugerah Bintang Popular 2007 telah melabuhkan tirainya pada 30 Mac lalu, dan pada 20 Mei lalu, semua pemenang telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah di West Garden Lawn, Hotel Palace of Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor. Semua pemenang 16 kategori bersama dengan pemenang Bintang Paling Popular dan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat telah menerima habuan masing-masing. Namun, ramai juga pemenang yang tak dapat hadir.

    Pemenang setiap kategori menerima RM3,000 kecuali dua kategori berkumpulan iaitu penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Penyanyi Nasyid Popular telah menerima wang tunai RM5,000.

    Budiey nak ucap tahniahlah kepada Mawi kerana menerima sebuah kereta Peugeot 407 2.0 bernilai RM143,000 tajaan Nasim Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Naza, barang kemas Habib bernilai RM150,000 tajaan Habib Jewels Sdn Bhd dan Pakej Penginapan Mewah di Hotel Palace of Golden Horses. Mawi mendapat jumlah undian tertinggi bagi kategori utama secara keseluruhannya ialah 119,268 undi.

    Selepas Mawi, Faizal Tahir mendapat tempat kedua undian paling tinggi, diikuti Dato’ Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Hj Nawawi.

    Ini je pemenang yang hadir? Yang lain pergi mana? Oh! Sibuk ya.

    Ini pula gambar dua orang hos meletop pada petang itu… Anne dan Ikhwan, penyampai radio Hot FM.

    Suasana ala-ala majlis dalam sebuah taman… bertemakan merah dan putih.

    Dan, hadirin dijamu dengan menu masakan yang sedap-sedap seperti sate ayam, daging dan kambing… serta minuman koktail ini…

    Juga dihiburkan dengan selingan nyanyian. Antaranya dari Dafi yang menyampaikan sebuah lagu… Bila Terasa Rindu.

    Dan ini pula… adalah antara pemenang Undi dan Menang Senarai Pencalonan Akhir ABPBH 2007 yang hadir. Mesti korang ni cipta slogan yang kreatif lagi meletop, kan? Kalau tak, takde nak menang nih…. tapi nasib gakla. Tahniah buat korang yang menang.

    Dan di bawah ini pula, antara selebriti dan pemenang yang turut hadir…

    Setelah penyampaian momento kepada para penaja ABPBH 2007, pemenang pula dipanggil satu persatu untuk menerima cek idaman berupa wang tunai. Kira ok lah tu.

    Mula-mula Dafi… pemenang Artis Baru Lelaki Popular.

    Dynas pun ada dapat. Makin slim dan berseri Dynas lepas kahwin nih. Apa rahsia?

    Rosyam Nor tetap nak jugak…

    Rabbani dapat RM5,000.

    Juga Dato’ Siti Nurhaliza. Siap kena serang kat wartawan pada petang itu yang mempersoalkan tentang rumah kediaman Siti sekarang ini. Yang dekat KLCC tu ke atau rumah Ku Yah yang didirikan oleh Dato K bernilai RM7 juta? Jawaban Siti ringkas dalam keadaan terkejut dengan soalan ditanya, Siti berulang-alik dan mengikut Dato K dalam soal itu.

    Kalau nak diikutkan perjanjian, memang rumah tu milik Tengku Zawiyah tetapi Siti dah mengaku yang beliau ada tinggal di rumah tersebut tetapi tidaklah sepenuhnya. Siti harap pihak media tidak memperbesarkan tentang tempat tinggal Siti lagi selepas ini.

    Mawi yang dinobatkan Bintang Paling Popular pun dapat habuan. Banyak tu Mawi… bak mai sikit.

    Rusdy Ramli…. wah, sukanya dia dapat hadiah dari Habib…

    M. Nasir juga telah menerima hadiah untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

    Sebagai selingan juga, sebuah lagu Doa Buat Kekasih dinyanyikan secara duet oleh Mawi dan Dato’ Siti Nurhaliza.

    Kemudian, ada sesi fotografi. Bertuahnya pemenang dan pembaca ni dapat kereta.

    Pembaca dari Kuantan pun dapat kereta. Tahniah la bro!

    Wow, AKU KAYA!

    Wow, Mawi bergambar dengan set barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM150, 000. Bolehlah Mawi kasi kat Ekin kan, Mawi. Mungkin buat majlis pertunangan ke, atau kahwin pada bulan Disember ni. Senang je, tak payah nak beli lagi. Hadiah tahun lepas Mawi kasi kat ibu dia, tapi kali ini dah ada kekasih tu… kasi je la kat kekasih.

    Budiey kira, artis kita perlu lebih gigih menghasilkan karya terbaik dalam karier mereka dan tidak mengharapkan populariti yang datang dari kontroversi atau gossip semata. Yang penting sekali, produk kena berkualiti dan imej peribadi juga perlu dipamerkan.  Selagi ada kesungguhan, dan tahu menjaga imej dan reputasi, selebriti akan berjaya memikat hati peminat.

    Untuk tahun akan datang, Budiey harap anugerah ini akan terus menjadi satu anugerah yang lebih mementingkan mutu karya daripada populariti semata.

    [tags]wedding, ina, mawi, ekin, ikin, abp, anugerah, bintang, popular, berita harian, senarai pemenang, tunang, kahwin, gambar, pakej perkahwinan, jay jay, juruhebah hotfm, loans, malaysian number one radio, mendua, mg pandithan died, panggilan hangit mp3, parti progresif rakyat malaysia, reduce debt, reduce mortgate payments, sofaz, student loans, 10th shanghai worldstar quest 2008, 2009, gambar siti nurhaliza[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Tas Tangan Pelakon di Penyampaian Hadiah ABP – Rafflesia
  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Rating Anugerah Bintang Popular 2007 4.5 Juta
  • Sekitar Penyampaian Hadiah Suria Ku Di China SURIAFM
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Gambar Sekitar Rumah Terbuka Radio Era – Hotlink 2007
  • Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan TM Rewards Loyalty Contest
  • Hampir 4 Juta Tonton Anugerah Bintang Popular 2009
  • Gambar Stacy di Sidang Media ABPBH 2011





  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas

    April 30th, 2008 | Category: Drama, Gambar, Siti Nurhaliza |
    36 Comments »


    Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.

    Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.

    Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.

    Mmm… sabor je la ya.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah Planet Muzik 2008
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK