Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Program ‘Soccer Kids’ TV3

March 13th, 2008 | Category: Berita, TV3 |
12 Comments »


Program ‘Soccer Kids’ TV3 Tampilkan Pelapis Muda Harapan Negara
Berita baik untuk semua peminat sukan bolasepak tanahair! Jangan lepaskan peluang untuk menonton, Soccer Kids, program televisyen sukan realiti terbaru TV3 yang akan mula bersiaran pada 16hb Mac ini, setiap Ahad, jam 7.30 malam.

Soccer Kids bakal mencetus satu fenomena televisyen baru, terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana ia  berkonsepkan rancangan realiti yang mencungkil bakat-bakat muda di arena sukan bola sepak Negara.

soccer kids

Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2007 yang lalu. Seramai 24 calon telah disenarai pendek untuk menyertai program latihan intensif kelolaan FAM untuk persediaan fizikal dan minda sebelum di saring ke pemilihan terakhir bagi membentuk skuad Soccer Kids.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Farisha Pawanteh,

“Soccer Kids bukanlah sekadar rancangan realiti untuk kanak-kanak semata-mata. Selain daripada elemen hiburan dan sukan yang ditonjolkan, para penonton yang terdiri daripada peringkat umur dan pelbagai minat juga dapat melihat pendedahan tentang segala aspek bola sepak; kemahiran asas, keupayaan tahap kecergasan, faktor pemakanan, faktor kesihatan, team player, kemahiran individu, koordinasi, dan situasi permainan di mana ianya boleh dijadikan pedoman kepada para penonton.

“Penonton yang mengikuti rancangan ini pasti akan teruja melihat aksi-aksi dan keletah pemain cilik yang telah terpilih malah akan turut sama merasai suka-duka pengalaman mereka berkenalan dan bersahabat setelah berjauhan dengan keluarga masing-masing. Ikuti juga jejak usaha dan penat-lelah mereka berjuang untuk menjadi pemain yang terbaik yang mampu mengharumkan nama Malaysia apabila hanya 16 orang pemain sahaja yang dicarum bagi menentang pasukan kelab antarabangsa bawah 12 tahun dari Jepun, Vissel Kobe.”
   
“Sufian b. Mat, Muhammad Irfan, Mohd Shahrul Aiman, Muhammad Aniis dan Adam Aidil Iskandar. Inilah di antara nama-nama yang dijangka akan meniti di bibir peminat-peminat bola sepak negara apabila berakhirnya musim Soccer Kids nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang muda ini beraksi dan anda akan terpegun dengan bakat-bakat yang ditonjolkan.”

Sambil menonton, jangan lupa untuk menyertai kuiz istimewa Soccer Kids dengan mengumpul dan menjawab soalan-soalan yang disiarkan setiap minggu kerana penonton yang bertuah dan terpilih akan berpeluang memenangi wang tunai dan himpunan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak penaja.

Pemenang pertama bakal memenangi wang tunai RM5,000 (TV3 & Tiger Biscuits) termasuklah barangan Adidas bernilai RM2,000, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco. Pemenang kedua pula akan menerima wang tunai RM3,000 (TV3 & Tiger Biscuits) serta barangan Adidas bernilai RM1,500, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco. Tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 (TV3 & Tiger Biscuits), barangan Adidas bernilai RM1,000, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco.

Soccer Kids diterbitkan oleh TV3 dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dibawakan khas oleh penaja utama, Tiger Biscuits dan Oligo sebagai penaja bersama. Episod terakhir musim ini akan disiarkan pada 8 Jun 2008, jam 7.00 malam selama 1 jam dan menampilkan perlawanan persahabatan di antara skuad Soccer Kids menentang pasukan Jepun, Vissel Kobe yang telah berlangsung pada 16 Disember 2007 yang lalu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya

[tags]soccer kids, tv3, pelapis muda, dunia sukan, bolasepak berita, news football, farisha, adam, tiger biscuits, adidas.com, element download, akademi al quran, bongkar, emosi,peti undi, alexa.com, yahoo.com, friendster.com, windows live, blogger.com, kesan blog[/tags]

soccer kids

Berdiri dari kiri- Haryanti, Eksekutif Jualan dan Pemasaran Power Root Sdn Bhd, Beh Pol Yee, Penolong Pengurus Jenama Tiger Biscuits, Shareen Ooi, Pengurus Besar, Kumpulan Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad, Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dunstan Cheng, Penolong Pengurus Adidas (Msia Sdn Bhd) bersama skuad Soccer Kids.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Perlawanan Soccer Kids TV3 VS Burnley FC
  • Ujibakat Soccer Kids di TV3
  • TV3 Kids School Attack Jana Minda Cerdas Kanak-Kanak
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • Soccer Kids VS Conburi FA Ahad Ini
  • Life Stories Hyper Parents & Coddled Kids
  • TV3 Bakal Anjurkan My Kids Awards
  • Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Aliff Dalam Super Soccer Star Malaysia
  • Siapa Pemenang Anugerah My Kids Awards
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009



  • The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3

    June 17th, 2007 | Category: Gangstarz, NTV7, TV3 |
    5 Comments »


    Tahniah buat The Lima karena telah pun dinobatkan sebagai juara musim pertama Gangstarz TV3. Seakan kemenangan mereka telah pun dapat diramalkan seawal konsert pertama lagi. Kelibat 3 anak muda ganteng lincah dan optimistik dari Indonesia ini seakan menjadi gabungan serasi dan bijak mengatur susunan vokal harmoni dengan kemantapan persembahan mereka. Mereka pria terhebat yang begitu happy dan bahagia katanya menerima habuan AS$100,000.00 itu tidak lupa untuk bersyukur dengan melaungkan kalimah Allahuakbar sebanyak 3 kali bergema di Stadium Melawati Shah Alam. Mereka dikira menjadi jutawan di Indonesia, bayangkan duit sebanyak itu ditukar kepada duit rupiah. Syabas dan tahniah. Buat kumpulan yang gagal, diharap kalian tak usah keciwa ya. Mungkin di lain masa, rezeki menanti buat kalian. Saya terkilan sangat sebab Infinatez tak dapat menang. Malah, kumpulan ini jauh terperosok ke bawah, baik dari SMS penonton dan bintang dari pihak juri. Sedih! Lagi sedih bila tempat kedua dan ketiga tidak diumumkan dan mereka tidak disediakan hadiah. Betul ke tak kasi hadiah? Kesian tul. Flava, Mendua dan Infinatez… mereka sudah buat yang terbaik saya kira. Cuma nasib seolah berpihak buat The Lima. Satu lagu juara kumpulan yang ada huruf I…. heheh ingat lagi kuasa I dalam realiti TV?

    Selesai Gangstarz, TV3 ada satu lagi program realiti TV yang akan mencipta satu hype yang meletops iaitu MyStarz LG. Lewat petang tadi ada disiarkan sedikit pengenalan dan sekitar pemilihan Top 50 di NTV7.

    Layari laman web terbaru dan dapatkan info tentang MyStarz LG di sini: http://www.mystarzlg.com/

    [tags]The Lima, Juara Gangstarz, TV3, vocal, sustain, Mystarz LG, Juara Pertama Gangstarz, vokal power, tips suara sedap, Siapa The Lima, Stadium Melawati Shah Alam, Indonesia, Flava, Glamour, popular, Mendua, Infinatez[/tags]

    The Lima

    The Lima konsert pertama

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3
  • Lirik Separuh Masa – The Lima
  • Kuasa Huruf “I” dalam Program Realiti TV
  • Foto Sekitar Konser Agnes Monica di Stadium Negara
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ
  • HOTLINK Sponsor Budiey Melancong Ke Bali Bersama One Nation Emcee
  • Profile Iesya



  • Website Buat Peminat Drama Emil Emilda

    June 12th, 2007 | Category: Drama, TV3, Ulasan |
    7 Comments »


    Nampaknya, satu Malaysia dah jadi ‘gila’ dengan drama Emil Emilda di slot Samarinda di TV3. Agak-agak korang, mengapa drama ini begitu diminati. Adakah kerana jalan ceritanya? Atau kerana pelakonnya? Atau sebab anda ini peminat Sharifah Amani atau Aaron Aziz? Atau kerana kelainan montaj nya? Kerana kesederhanaan sinematografi atau kerana lokasi pengambarannnya terutama penthouse Emilda di LOFT itu? Kerana lagu-lagu tema drama ini; lagu Dayang Nurfaizah – Inginku Miliki atau lagu Jaclyn Victor – Cinta Tiada Akhirnya? Saya rasa semua yang saya sebut ni, memang X-factor yang menarik ramai peminat menanti setia depan TV setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

    Kepada peminat siri drama arahan Sharulezad Mohameddin ini, saya mahu mengajak anda untuk melayari laman website ini. Terdapat ruang forum untuk peminat drama ini berdiskusi. Isma Yusoof, pelakon watak Mac pun tidak ketinggalan membalas pertanyaan peminatnya. Glamour dah Isma sekarang ni nampaknya. Watak selamba yang ‘ala-ala’ dipegang oleh Isma memang punya impak besar dalam karier beliau sebagai pelakon. Anda juga boleh memuaturun poster eksklusif di laman tersebut. Bukan itu sahaja. Segala kandungan nampak fresh. Terutama sekali kepada anda yang ingin membaca skrip drama ini. Jarang sekali saya lihat produksi drama memberikan skrip untuk dibaca oleh peminat. Memang seronok membaca skrip sebenarnya. Ramai yang ingin mengetahui kisah selanjutnya dan ramai juga yang bertanyakan kepada saya tentang ending drama Emil Emilda ini. Manalah saya tau… hahahaha. Layan je la sampai habis. Samada sad ending atau happy ending, semua tu saya kira satu kejutan akan menanti anda. Belum pun drama ini tamat, sudah ada peminat yang menyarankan kepada pengarah drama ini supaya Emil Emilda musim ke-2 dibuat. Camna tu?

    Saya sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dengan drama ini. Anda semua memang happening!

    Antara dialog skrip yang saya suka baca masa Emil dan Emilda bertengkar…

    EMILDA: Pergi jahanam dengan kerja awak tu!! Awak dengar sini Emil!! Jangan fikir awak boleh tipu saya!! Kalau Nisa bolehlah awak tipu! Tapi bukan saya!!! Saya tak termakan dengan semua tipu helah awak tu!! Dasar lelaki buaya!!

    Emil tersentap mendengar nama Nisa disebut. Dia tak pedulik terus memegang bahu Emilda.

    EMIL: Mana awak tahu pasal Nisa ni!!? Emilda menepis tangan Emil kasar.

    EMILDA: Mana saya tahu tu bukan persoalannya… Soalnya sekarang awak jangan main mainkan perasaan saya lagi!! Saya tak suka awak faham tak!!?

    Emil semakin tercabar egonya. Sikapnya yang sacarstic dan bermulut celupar semakin menjadi.

    EMIL: Main mainkan perasaan kau!!? Hei perempuan!! bila masa aku main mainkan perasaan kau!!! Aku cuma jalankan tugas aku sama macam dalam kontrak tu!!! Yang kau nak perasan lebih lebih ni apahal!! Kau ingat aku hadap sangat ker perempuan macam kau ni!!

    Meanwhile Sunarti terperanjat lagi bila mendengar perkataan kontrak itu disebut.

    Anda pula suka part yang mana pulak?

    [tags]Aaron Aziz, Sharifah Amani, Emil Emilda drama, TV3, Isma Yusoof, LOFT Suasana Sentral, KL Sentral, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, poster[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela
  • Lirik Ingin Ku Miliki – Dayang Nurfaizah 2007
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
  • Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?
  • Nantikan Siri Drama Samarinda Emil Emilda
  • Isma Yusoof dan Impak Maksima Emil Emilda
  • Chat Shawal & Heliza: Antara Teruja & Teruji








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK