Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Ella, Faizal Tahir, Butterfingers dalam Album Live GUAMUZIK Supergig 08

August 9th, 2008 | Category: Album, Nora, Promo |
1 Comment »


Sejurus selepas mengadakan konsert pertama mereka pada penghujung bulan Mei lalu, portal muzik terulung Malaysia www.guamuzik.com.my (GUAMUZIK) dengan bangganya mengumumkan pelancaran album Supergig ’08 yang telah lama dinantikan. Konsert tersebut yang telah diadakan untuk menyambut pelancaran laman itu, kini menampilkan pula sebuah album digital yang memaparkan persembahan-persembahan terbaik dari acara tersebut. Dengan barisan artis-artis terhebat di Malaysia, album ini dijangka akan menjadi rebutan para peminat industri muzik tempatan, khasnya komuniti maya setempat.

Apabila memuat turun lagu di GUAMUZIK, peminat muzik bukan setakat dapat menikmati lagu kegemaran mereka, tetapi bonus tambahan turut menanti mereka. Peminat bertuah yang memuat turun keseluruhan lagu-lagu di dalam album digital ini bakal memenangi t-shirt GUAMUZIK Supergig yang ditandatangani oleh artis-artis yang membuat persembahan sewaktu konsert! Selain daripada itu memorabilia artis eksklusif turut menanti bagi yang memuat turun lagu-lagu terpilih.    

Di antara artis-artis yang ditampilkan di dalam album ini termasuklah Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Altimet, Nora dan ramai lagi. Para pembeli album digital ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik secara eksklusif dari GUAMUZIK. 

Album ini telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan GUAMUZIK untuk menghasilkan muzik yang eksklusif bagi menggalakkan lagi pemuat turunan muzik secara maya.  

Konsert yang dinamakan GUAMUZIK Supergig ‘08 itu telah diadakan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dari jam 9 hingga 11.30 malam. Ia menyaksikan kehadiran 6,000 orang yang mengerumuni ruang legar awam seawal jam 7 petang lagi dan menampilkan gabungan artis solo serta berkumpulan terbaik di negara ini. Acara muzik ini telah diacarakan oleh Cheryl Samad serta Awal Asha’ari, dan telah disiarkan di 8TV pada 15 Jun jam 12 tengah hari serta di TV3 pada 17 June jam 11 pagi. 

Para peminat yang terlepas konsert itu boleh memuat turun keseluruhan album tersebut pada harga RM25 sahaja ataupun boleh membeli lagu-lagu daripada album tersebut secara berasingan pada harga RM2 setiap lagu. Album ini dijangka pasti dapat menggambarkan keseluruhan konsert tersebut dengan sempurna! 

[tags]Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Album Live GUAMUZIK, Supergig 08, Altimet, Nora, sports, hot fm, hukum nikah kahwin, kintamani, kuta, olympic, closing, photo[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Faizal Tahir Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Ella di Sidang Media Mentor 6
  • Zatul, Caroline & KJ Bertarung di Konsert Kumpulan B Mentor 6
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Dapatkan Lagu Raya di GUA MUZIK



  • Pass Ticket For MTV Asia Awards 2008 Voting Party & Mosh Pit Audition

    July 15th, 2008 | Category: Uncategorized |
    6 Comments »


    Budiey BlogMTV Asia Awards 2008 kembali setelah sekian lama menyepi. Kali ini lebih besar, lebih gempak dan lebih meriah. Sebab apa? Hehehe, dah tentu lebih meriah apabila berlangsung di Kota Keriangan (Genting City of Entertainment) Genting Highland pada 2 Ogos 2008 ini.

    Pertama kali beb, buat kat Malaysia. Pertama kali juga, Budiey telah dijemput untuk ke acara ini sebagai media. Eloklah, 1 Ogos tu, birthday Budiey, so boleh sambut dengan Jaret Letto atau Pussycat Dolls kat sana la ek? Haha, acah aje la.

    Anugerah pada malam itu akan dibuka dengan hiburan gempak dari Pussycat Dolls dengan lagu mereka “When I Grow Up”. Mantap ke? Ianya akan dihoskan oleh Jaret Letto dan Karen Mok. Kepada yang tak kenal Jaret Letto, dia adalah seorang vokalis American rock band 30 Seconds To Mars.

    Budiey dapat tahu agak susah juga nak dapatkan pass atau tiket untuk masuk acara tahunan yang mengumpulkan penyanyi dari Asia ini.

    Camna nak dapatkan pass?

    Apa-apa pun, untuk korang yang nak pergi sangat, ada caranya. Selain vote di laman web MTV Asia, peminat boleh berkumpul dan masuk ujibakat untuk menjadi Mosh Pit di Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2008 dari jam 6 petang hingga 9 malam. Ianya diadakan dalam satu party yang meriah. Tapi masa tak sesuai sangat sebab bermula jam 6 petang. Sepatut buat jam 8 malam ke atas untuk menghormati waktu Maghrib. Tapi ada penganjur kisah?

    Jomlah datang untuk meriahkannya!

    Penonton saluran MTV yang hadir ke parti ujibakat di Zouk pada hari itu akan dihiburkan juga dengan beberapa persembahan artis tempatan dan peminat juga dapat memenangi barangan MTV Asia Awards yang begitu eksklusif.

    MAA Roadshow

    Date: Saturday, July 19 & Sunday, July 20 Jam 12 tengahari
    Venue: Cineleisure, Kuala Lumpur 

    Voting Party

    Date: Saturday, July 19
    Time: 9 – 11pm
    Venue: Zouk Club, KL
    Performing acts: One Buck Short and Bitter Sweet

    Yang paling penting, anda juga berpeluang untuk memenangi GOLDEN tiket untuk menyaksikan secara langsung acara gempak itu di Arena of Stars pada 2 Ogos nanti. Dapat tiket VIP lagi tu!

    Pada parti ujibakat itu juga, selain muzik, satu pertunjukan fesyen akan berlangsung di EDC Fashion Show yang mana EDC Espirit adalah penaja untuk MTV Asia Awards kali ini. Acara ini diacarakan oleh hos terkenal Utt dan Taya! Wow! Budiey like Taya!

    Hos MTV Taya ni HOT giler!

    Tiket untuk MTV Asia Awards tidak dijual, jadi anda boleh menyertai juga peraduan yang terdapat di Hitz FM dan My FM.

    Pada tahun ini, anugerah ini mempertaruhkan pencalonan dalam 167 kategori yang mana 10 antaranya ditentukan oleh undian penonton di laman web rasmi MTV Asia Awards dan secara SMS.

    Sekali lagi Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Singapura, Stefanie Sun tersenarai dan Budiey jangka kemenangan masih berpihak kepada mereka atas sebab jumlah peminatnya begitu ramai.

    Persaingan lebih mengancam bila Superman Malaysia, Faizal Tahir dan Pop Shuvit turut terpilih memasuki senarai. Kita tunggu sahajala sape yang menang!

    [tags]Pass Ticket, MTV Asia Awards 2008, Voting Party, Mosh Pit Audition, nomination, faizal tahir, pop shuvit, siti nurhaliza, photo, pussycat dolls, gossip, jaret letto, karen mok, how to get pass, edc spirit, taya mtv, utt sex, One Buck Short, Bitter Sweet[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • Gambar Bittersweet & One Buck Short @ Voting Party MTV Asia Awards
  • Autograph Session with David Archuleta
  • Early Bird Promotion For Sunburst KL Pineapple Concerts
  • The Biggest Loser Asia Season 2 Auditions
  • Pavilion KL receives Outstanding Achievement Award
  • Farai Hughgrie Is The Winner Of THE U.O.X. BATTLE OF THE BANDS!
  • 8TV at PROMAX ASIA AWARDS 2009
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Konsert Pitbull di Malaysia



  • Gambar Heliza AF5 di Pengambaran Filem Syurga Cinta

    July 4th, 2008 | Category: Filem, Heliza AF5 |
    112 Comments »


    Gambar ini diambil ketika pengambaran filem Syurga Cinta yang melibatkan Heliza, Awal Ashaari dan pelakon kanak-kanak Haziq di sebuah sekolah di Subang Jaya pada 2 Jun lalu.

    Heliza membawa watak gadis berkerjaya sebagai guru bercirikan Islamik yang menjalinkan percintaan dengan seorang pemuda yang bersifat urban yang dilakonkan oleh Awal Ashaari. Haziq memegang watak adik kepada Awal Ashaari yang akan menjadi orang tengah atau posmen antara Heliza & Awal.

    Manisnya Heliza bertudung. Budiey suka…! Tapi baju Heliza tu terlalu berfesyen sangat. Cikgu sekarang biasanya pakai baju kurung biasa saje. Ni fesyen riben kat tengah tu macam baju bibik rumah menteri je. Ops!

    [tags]gambar heliza, akademi fantasia, shooting, x-files movie, synopsis, anuar ibrahim, isu liwat menteri, saiful bukhairi, gambar kereta, mpv, toyota, photo, new car, maknyah, malaysian theatres, mitsubishi racing, Movie Reviews, patung kertas, purdah, teacher, how to be, syurga cinta[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Filem Syurga Cinta Lakonan Awal Ashaari & Heliza
  • Sekitar Wrap Party Filem Syurga Cinta Arahan Ahmad Idham
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu
  • Gambar Heliza di Sidang Media Anugerah Juara Lagu 23
  • Gambar Heliza Helmi di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta
  • Wajah-wajah Heliza AF5








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK