Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




KERLIPAN BINTANG-BINTANG BERSAMA NURFATIMAH DAN NORANIZA IDRIS

May 15th, 2008 | Category: Noraniza Idris, RTM |
5 Comments »


Pada Sabtu ini 17 Mei 2008, Kerlipan Bintang-bintang Bersama Nurfatimah Dan Noraniza Idris akan disiarkan Di RTM2.

Bergelar artis popular dan meniti dunia glamor memang menjadi impian semua. Kenyataan ini mendorong penglibatan seseorang itu menyertai pertandingan nyanyian yang boleh menjadi paltform untuk mencapai impian mereka.

Menyingkap kembali sejarah penglibatan artis-artis kelahiran RTM, maka lahirlah rancangan Bintang-Bintang yang bersiaran sebanyak 14 episod. Minggu ini Bintang-Bintang bakal mengetengahkan artis kesayangan ramai, Nurfatimah (Juara Gala 2 1999) dan juga Noraniza Idris (Separuh Akhir Bintang RTM 1985).

Kemunculan dua artis ini berkongsi pengalaman suka duka mengharungi kehidupan sebagai anak seni pastinya menyumbang pengetahuan kepada peminat setia mereka bukan senang dilabel artis rakaman.

Malah penonton setia Bintang-Bintang sejak lima minggu siarannya lalu pastinya seronok dapat berkongsi dan mengimbas kembali memori klip video artis yang menjadi sanjungan mereka itu. Malah mengundang rasa teruja kerana sebelum ini mereka tidak berpeluang dan berkesempatan mengetahui sepenuhnya rahsia dan pengalaman hidup selebriti kesayangan mereka itu.

Nur Fatimah telah mencebur diri dalam bidang nyanyian seawal umurnya 17 tahun dan pernah dimahkotakan sebagai pemenang Golden Teen Search pada tahun 1999. Berbekalkan dengan pakej bakat vokal nyanyian mantap dan rupa yang eksotik, Nur Fatimah kembali untuk album kedua berjudul Gadis pada tahun 2003. Album yang menggabungkan pelbagai element pop, R&B dan soul ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada karier Nur Fatimah. Namun, yang diimpikan tidak pastinya akan digapai dengan mudah. Yang bermutu tidak semesti mendapat perhatian ramai pendengar. Nur Fatimah kembali sunyi menyepi dalam beberapa ketika. Beberapa tahun selepas itu, Nur Fatimah menjadi pembaca berita di satu stesen TV.

Untuk menambah lagi pengetahuan dalam bidang muzik, Nur Fatimah menyambung pengajiannya dalam bidang muzik dan persembahan di ICOM & OCEAN. Nur Fatimah juga berbakat dalam penulisan lirik lagu dan setakat ini lebih 40 lirik lagu telah dihasilkannya.

Seorang lagi selebriti yang terlibat dalam episode kali ini ialah Noaniza Idris. Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album ‘Melayu Deli’ yang diterbitkan oleh Life Record. Dalam rakaman itu Noraniza Idris telah banyak dibantu oleh Hamidi Rashid yang merupakan A&R Life Record waktu itu. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah ‘Melayu Deli’, Noraniza Idris merakamkan album ‘Singkong dan Keju’. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu dari filem, sebanyak 9 Volume dan seterusnya ‘Nostalgia Malindo’ sebanyak 3 Volume. Setelah tiga tahun menyanyikan lagu-lagu dari filem dan lagu orang lain, akhirnya beliau diberi peluang menyanyikan lagu sendiri dalam albumnya yang bertajuk ‘Inginku Sandarkan Harapan’ pada tahun 1988. Album tersebut berjaya menarik perhatian pendengar dan membuat kehadirannya semakin diterima. Noraniza Idris kemudian mengambil keputusan beralih ke syarikat rakaman Sony Music. Selepas itu beliau tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman lain, sebaliknya hanya membuat album sendiri bersama penyanyi Allahyaraham Abdullah Chik.

Pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album yang bercorak pop tradisional, ‘Ala Dondang’ dengan kerjasama Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti ‘Masyhur’ dan ‘Seri Balas’.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaruan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu ‘Ngajat Tampi’ (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album ‘Bekaba’. Seterusnya, terlahir pula ‘Aura’ dan ‘Sawo Matang’. Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu ‘Lenggok Noraniza Idris: 20 Tahun’. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, ‘Dayung Sampan’, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton rancangan ”Bintang-Bintang” minggu ini bersama dua orang bintang kelahiran RTM yang berbakat besar Nurfatimah (Juara Gala 2 1999) dan juga Noraniza Idris (Separuh Akhir Bintang RTM 1985) yang bersiaran pada 17 Mei 2008 bersamaan hari Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2, Saluran Famili Anda.

[tags]noraniza idris bercerai, gossip kak ani, nurfatimah, artis, beauty, cantik, chinese, cool, die hard fans, ajensi pekerjaan, breast augmentation, breast feeding record, breasts enhancements, filipino maids, guiness book world of records, harian metro online, how to take care of your breasts, indonesian maids, orang gaji indonesia ajen, phillippines escort, pinay scandal blogspot, pinoy girls, sensasi, utusan malaysia, fashion, free showcase, gambar, gap, hbh 60, icon, lagu, live performance, malaysia, marie digby show, gadis melayu, one utama, phenomenon paris hilton, record, umbrella, youtube siti nurhaliza[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Tunang & Bakal Suami Noraniza Idris
  • Majlis Perjanjian Persefahaman Noraniza Idris Production (NIP) dan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Noraniza Idris Makin Sombong?
  • Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood & NTV7
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Noraniza Idris Mahu Dedah Status Rumah Fareez
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Lirik Lagu Terukir Di Bintang Yuna
  • Gambar Faralyna Idris di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara



  • Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15

    May 3rd, 2008 | Category: Anugerah Industri Muzik, Peraduan |
    8 Comments »


    Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

    Budiey ingin memberikan kepada anda 2 keping tiket VIP – AIM15 kepada 2 orang pembaca yang dapat menjawab soalan berikut:

    Soalan 1:
    1. Sebutkan 2 orang penyanyi yang akan mempersembahkan nyanyiannya di AIM malam ini.

    Soalan 2:
    2. Datuk Siti Nurhaliza akan menyanyikan sebuah lagu seorang sifoo / komposer / penyanyi terkenal. Cuba teka siapakah komposer tersebut?

    Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
    Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik secara live di PWTC malam ini kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

    Sertakan juga maklumat peribadi:
    Nama:
    Alamat surat menyurat:
    Email:
    Nombor telefon:

    Hantarkan jawapan anda kepada:

    dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15

    Tarikh tutup peraduan:
    Jam 2 petang 3 Mei 2008

    Terima kasih EQ Music Malaysia Sdn Bhd atas tiket jemputan VIP tersebut.

    Kemaskini pada jam 3.27 petang: Budiey telah pun memilih 2 orang pembaca untuk menerima 1 keping tiket VIP setiap seorang untuk menonton secara live AIM pada malam ini. Tahniah Budiey ucapkan kepada:

    1. Maisarah Hassan dari Puchong, Selangor
    2. Mohamad Fathri Bin Mohd Rethuan dari Universiti Malaya

    Kita jumpa di sana!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Safura di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Datuk Sharifah Aini di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010
  • Pemenang Peraduan Menangi Album Waheeda – Melodi Ahlan



  • Dato’ Siti Nurhaliza Teruja di Anugerah Industri Muzik 15

    April 29th, 2008 | Category: Anugerah Industri Muzik, Siti Nurhaliza |
    53 Comments »


    SITI PASTI MENANTI
    Dato’ Siti Nurhaliza teruja untuk menanti keputusan Anugerah Industri Muzik 15 yang akan berlangsung pada 3 Mei nanti, samada lagu Menanti Pasti akan mengulangi kemenangan seperti di Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini.

    Lagu yang dihasilkan oleh Ajai ini begitu berhantu dan menjadi pilihan juri tahun ini apabila berjaya menewaskan beberapa nama besar di dalam industri muzik nusantara. Ini terbukti apabila Siti Nurhaliza berjaya menewaskan beberapa nama besar dari seberang. Menanti Pasti terkandung di dalam album runut bunyi filem ‘Kayangan’ yang sedang hangat di pasaran.

    Ditanya, apakah kekuatan lagu ‘Menanti Pasti,’ Siti menjawab,

    “Bagi Siti, mungkin kekuatannya terletak pada susunan muzik atau melodi lagu itu sendiri. Bagi Siti, lagu ini cukup mencabar, kerana Siti perlu menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikannya. Jadi, Siti perlukan lebih emosi untuk menjadikan lagu ini terbaik. Siti akan cuba dapatkan feel dan improvisasi. Siti kena lembut sesuai dengan irama yang perlahan dan membuai-buai. Juga Siti akan kawal suara untuk tidak terlalu menjerit. Siti selalu tercalon tetapi tidak semua pencalonan Siti akan menang.”

    Sebenarnya, untuk lagu Menanti Pasti, Siti Nurhaliza telah merakamnya dalam masa yang sangat singkat. Ketika rakaman album runut bunyi ini, Siti merupakan orang yang terakhir merakamkan suara, namun menjadi yang pertama menyiapkannya. Selain dari itu, Siti Nurhaliza mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana berjaya memberikan jiwa kepada lagu “Menanti Pasti’ walaupun filem tersebut belum ditontonnya, kerana kerja-kerja penyuntingan belum selesai.

    Lagu Menanti Pasti dimuatkan dalam album runut bunyi ‘Kayangan’ dan telah berada dipasaran. Setiap album CD dijual dengan harga RM25.90. Setiap pembelian album yang asli berpeluang mendapatkan MTV Karaoke album runut bunyi ‘Kayangan’ secara percuma. Dengan penjualan yang semakin rancak, peminat-peminat diharap mendapatkannya dengan segera.

    Anda ingin memiliki CD Album Runut Kayangan? Jangan lupa untuk memenanginya di peraduan album ini di Sensasi Selebriti.

    Behind the scene…

    [tags]gambar diva, konser 3 diva, apm09, klip video menanti pasti, karaoke, 7, barca, barcelona, borak man utd, borakmanutd, champion league, cj7, cristiano ronaldo, epl, generation, jersey, lionel messi, man utd, number, old trafford, pow yik, seven, soon, spain la liga, tujuh, artis melayu, bertakhta di hati, Surat Dari Iblis, Manusia, cantik, farah dhiya, farahdiya, lagu best, lirik lagu, sex, bogel, live performance, malaysia, melayu, peragawati, pramugari, tam spider, video klip, ann julie, diana danielle beeson, nora space, budak bunian, gambar artis, jue, juliana sophie evans, scandal, video, vagina, jullian, kami the movie, my selebriti, picture, pontianak, project kami, saya fuqaha, Revolutionary Concept, Wildlife Presentation, D.Arul, Rajoosophi evan[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK