Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]








Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Sekitar Karnival Filem Evolusi KL Drift 2: Part 1




Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?

time April 26th, 2008 | category Category: Siti Nurhaliza |
comment 22 Comments »

Semakin lama, Datuk Siti Nurhaliza dihujani dengan pertanyaan peminat dan para media, bilakah Datuk Siti Nurhaliza akan melahirkan anak? Namun, sekian lama menanti, akhirnya Siti Nurhaliza akan melahirkan cahaya mata terbarunya pada penghujung tahun ini. Jangan terkejut, yang Budiey maksudkan… Datuk Siti Nurhaliza akan mengeluarkan album terbarunya. Memang ada niat Siti untuk mendapatkan anak, cuma mungkin tidak ada rezeki lagi.

Siti Lahirkan Cahaya Mata Akhir Tahun Ini
Setelah berehat seketika, Datuk Siti Nurhaliza akan mula merakamkan lagu di dalam studio pada bulan Jun atau Julai ini. Cahaya mata terbaru Siti, dijangka akan menemui peminat-peminatnya pada penghujung tahun 2008.

Album berentak etnik dan fusion kontemporari ini akan membariskan nama-nama besar dalam industri rakaman seperti Zubir Ali, Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Abot, Radhi OAG dan beberapa orang lagi. Siti juga telah merakam sebuah lagu hasil dari komposer Indonesia, Katon Bagaskara untuk dimuatkan dalam albumnya.

Siti merancang untuk berduet dengan beberapa orang artis ternama dan turut mengundang Saida yang baru terkeluar dari Akademi Fantasia. Namun, beliau berharap agar mendapat kerjasama pihak Maestro dalam menyusun jadual Saida.

Berikut ini foto-foto Datuk Siti Nurhaliza yang tampil sederhana di Sesi Temubual bersama Media di PNB Darby Park siri kedua untuk tatapan korang.

siti nurhaliza

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Nash Ubaidillah di Perasmian Kayla Baverly Hills
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!


  • Sekitar Sidang Media Matta di Planet Hollywood

    time April 25th, 2008 | category Category: Matta |
    comment 6 Comments »

    Pada 23 April lalu, dengan kerjasama Radio Era, satu sidang media telah diadakan di Planet Hollywood pada jam 3 petang. Budiey turut berada di sana untuk berkenalan dengan enam orang anak muda yang sangat gemar mengeksplorasi muzik.

    Asal kewujudan grup indie ini, Sunu sebagai vokalis bersama Uwok (pemain drum) telah menjumpai Dicky (pemain gitar), Setia (bass), Igoy (gitar) dan Yudi (keyboard) dalam suasana iklim muzik yang berbeda. Itu yang uniknya, Budiey kira kesemua anggota Matta mempunyai genre aliran muzik berbeda dan ini memberi warna yang indah untuk Matta. Grup yang kaya dengan muzik pop ini turut mendendangkan dua buah lagu untuk para media.

    Kemaruk Mahu Berduet Dengan Siti Nurhaliza?
    Ingat tak korang dengan persembahan Matta di APM yang lalu? Huh! Sempat turun ke pentas dan secara spontannya menghulurkan mikrofon kepada Datuk Siti Nurhaliza! Huh! Nasib baik Siti Nurhaliza hafal lagu Ketahuan, kalau tak, buat malu je kan? Popular sangatkah lagu Matta ni? Yang Budiey dengar, memang Sunu (vokalis) sangat minat dengan lagu Siti Nurhaliza dan hafal lagu-lagu diva popular itu. Hajatnya, kalau diberi peluang Matta ingin berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza…. Mmmm… cocok ke?

    Matta akan terus bereksplorasi sehingga kehabisan idea… kerana mereka ingin lagu mereka boleh didengar orang seramai mungkin. Bukan hanya untuk yang mengerti muzik.

    Diciplak & Istimewa Ketahuan
    Asalnya, lagu Ketahuan katanya telah dinyanyikan lagi oleh Uut Permatasari tetapi tidak berjaya menarik pendengar dan nampaknya lagu ini menjadi siualan anak muda terus memberi tuah kepada Matta. Lagu yang membicarakan tentang pengkhianatan cinta yang dikemas dalam nuansa pop alternatif ini mendapat sedikit sentuhan dangdut. Budiey rasa Matta berjaya melengkapkan eksplorasi muzik kerana gabungan dua genre ini tidak mencacatkan keindahan lagu ini.

    Mengapa pilih lagu Ketahuan?
    Ketahuan adalah irama yang segar dan yakin diterima ramai. Matta ingin mencari resolusi bagaimana cara untuk jadi orang yang kaya dengan seni dan cuba buat formula untuk menjadikan orang suka dengan lagu ini.

    Berasal dari kota Bandung, kelahiran Matta bukan seindah yang digambarkan. Bermula dengan muzik underground, kurang mendapat promosi meluas, berjuang di jalanan, Matta menongkah arus… dikatakan terlalu sombong kerana tidak mengukir senyum ketika bersama wartawan, lagu mereka dikatakan terlalu kekampungan dan macam-macam lagi.

    Namun, yang penting bagi Matta, mereka kini mendapat perhatian ramai. Matta terus berazam untuk mencari formula baru untuk mengelak pendengar tidak bosan dengan irama dari Matta. Kini juga lagu Matta telah memasuki dan mendominasi juara di carta-carta radio sekitar Bandung.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Zainal Abidin, Ramli Sarip, Anuar Zain at Planet Hollywood
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Bersama Menyambut Hari Kekasih di Planet Hollywood
  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood
  • Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood
  • Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!